Thursday, August 12, 2010

Perkara-perkara kecil untuk menjalinkan kemesraan berpanjangan antara suami dan isteri

Orang selalu mengingatkan tentang perkara - perkara kecil yang perlu dilakukan untuk menjalin kemesraan yang berpanjangan antara suami isteri.

Berikut ialah perkara kecil yang boleh dilakukan untuk menumbuhkan rasa kasih mesra berpanjangan antara suami isteri :

- BERCAKAP seperti sedang dilamun cinta.
Pasti isteri akan bahagia apabila mendengar nada suara suami yang sentiasa tenang dan penuh kasih. Dan, tentu sekali bernada tegas dalam keadaan tertentu. Dalam suasana seperti ini, mudahlah untuk menyelesaikan apa juga masalah, selain menjadikan hubungan terus harmoni.


- BERCUMBU layaknya mabuk asmara.
Pada malam hari atau waktu yang sesuai tak kira sesibuk mana, ambil waktu seketika untuk bercumbu mesra dengan perlahan tapi mendalam. Luahkan kasih melalui cumbu rayu, seperti anda mahu menyatakan bahawa anda sangat menyintainya.


- Selalu nyatakan PENGHARGAAN.
Ungkapan terima kasih kepada isteri umpamanya mungkin dianggap hal remeh. Walhal ia boleh mendorong pasangan untuk lebih rela melakukan banyak lagi pekerjaan. Apa juga hal kecil yang dilakukan oleh suami atau isteri, hargailah dahulu dengan ucapan teruima kasih.


- Ketika tidak bersama, luanglah waktu untuk MENELEFON, SMS atau BERBALAS E-MEL. Berbalas e-mel nakal kadangkala juga berkesan untuk menghangatkan hubungan.


- PELUKAN di pagi hari.
Cara terbaik untuk memulakan hari anda ialah dengan pelukan yang nyaman. Sambutlah pagi hari dengan pelukan dan senyuman disusuli ucapan syukur dan ungkapan kasih sayang. Pastinya keintiman di awal pagi ini akan diingati sepanjang hari.


- Saling MENGGODA.
Sewaktu bercinta dahulu mahupun semasa awal perkahwinan biasanya pasangan akan saling menggoda. Tetapi mengapa kebiasaan yang membahagianakn  itu dihentikan selepas punya anak atau cucu ? Hubungan seharus terus diceriakan dengan godaan - godaan dan canda yang berpatutan.


Sebenarnya banyak lagi perkara kecil  yang boleh dilakukan untuk mengukuhkan lagi ikatan suami isteri. Asasnya ialah pasangan harus menjadikan hal - hal kecil itu satu kebiasaan.


Cubalah :-)


Credit to : nuranilelaki@yahoo.com

my wedding progress~ help~

Oh My Got~

Only 3 monthe 1 week and 1 day = 100 days to go.... huhuh.. lambat lagi ke?

Ok, setakat ni rasanya aku perlu fikirkan borang2 yang perlu diselesaikan semasa balik kampung nanti. maybe raya nanti baru dapat bercuti panjang. tapi aku kompius........

1. borang di pejabat agama tu sebelah pompuan atau sebelah laki yang perlu amek?atau dua2 perlu amek dari pejabat agama daerah masing2 ek? yg blog 2b aku baca semua jais.. aku kedah cam susah lak nak faham konsep tersebut..huhuh.. help~

2. ujian hiv test perlu appointmen ke? atau terjah je ke hospital? help~

________________________________

Semalam dah p tengok artwork wedding card.. omak aii.. byk error lak.. camne la diorang baca tulisan aku... tapi takpa. aku dah conteng baik punya kat atas kertas tu.. hopefully masa dah cetak nanti jgn ada silap lagi la kan.. lau silap gimana ye? perlu ka aku masam mencuka?hehehe.. ups... jgn jangan jangannnnn...... harap2 semuanya cantik berlaka..

Kenangan itu indah kalau di ingatkan.....

Assalamualaikum.... (jgn lupa jawab salam)

2 Ramadhan 1431H... 1 Ramadhan yg dinanti haritu dah pergi menginggalkan kita. setahun lagi baru nak jumpa balik. itupun kalau di panjangkan umur. dan mungkin ketika itu aku sudah berada di sisi si dia tersayang untuk makan dan berbuka bersama.. aminnn.... doakan aku ye.. tak nak hadapi perkahwinan jarak jauh...huhuhuh...

Tadi tengah drive balik dari merayap di sebabkan opis aku black out, tiba-tiba tersenyum sorang cam orang gila meroyan. teringat pertama kali terpandang wajah lelaki ini.. dari tepi sebelah kirinya. aku di dapur ketika tu membasuh pinggan mangkuk selepas tetamu pulang pada hari raya ke-2. Si dia kawan kepada abang aku. nak berkenalan dengan adik kawannya yang baru sahaja kecewa bercinta dengan orang yang salah di saat genting. dalam hati "hensemnya...." (hensem itu subjektif ok).... bapak sedara aku "pak ndak tengok muncung kereta dia pun pak ndak dah berkenan. kalau tak jadi yang ni pak ndak tak mau p kenuri ang".. sampai begitu hukuman yang bapak sedara aku bagi. aku "kita bekenan kat orang. orang entah bekenan tak dengan kita ni".. ayat pasrah..

Aku tak pernah kenal dia sebelum ni, tapi dia kenal aku melalui abg aku sejak aku masih blajar lagi. masa ni aku bergelut dengan family kerana di suruh tukar pakai baju kurung dan bawak air hantar padanya. rasa macam drama tv pulak. nak tak nak sebagai anak mithali kena la tukar baju.. ecehhh...... masa p anto air rambut aku terlalu panjang di depan. masa tunjuk tu rambut tutup muka (dia cakap) so tak nampak la muka aku yg cute miut ni. ahaha..

Malam tu, aku ingat dia dah balik. pastu abang aku mesej cakap sidia nak jumpa aku, tapi ditemani oleh abang aku. kami bertemu dan bertentang mata buat kali pertama di Old Town White Coffe Jalan Kancut Alor Star. masa tu "Abg sham, adik segan la.... orang dah la low profile je..." abg aku tak kesah langsung aku cakap camtu. dia jalan menuju je ke arah si dia. then aku duduk bertentangan dgn dia. sidia masa tu eksen giler muka sambil mengadap note booknya. aku ni ngadap hp je malu..... aku sempat bersembang dgn dia bila abg aku bangun dari tempat duduk n menjawab phone. masa tu mula la sesi temubual aku dan dia... bla bla bla bla......

Dan dipendekkan cerita, masa nak balik abg aku tanya, "dia tak mintak no fon?" aku geleng n cakap "dia tak suka adik kot".. abg aku pun diam. dia tertinggal baju di rumah aku. so, abg aku bawak sekali untuk bagi pada si dia. aku pulak di suruh hulurkan baju tu pada sidia. dah la tak kenal! aku tak nak. tapi di paksa oleh abg aku pulak..... so bagi jelah. dan ketika itu masa dia nak ambik baju mula lagi drama tv di dalam hati aku sendiri. berdebar sehh.. tak caye?? betul tak tipu........  then lepas tu aku nak masuk keter dia panggil and hulurkan business card.. aku tensi sebab aku takde business card "sorry, sy takde business card..." dia sengih "takpa, nanti apa2 contact lah"..... dalam ati aku "(ceh, aku lak nak kena cari dia... aku kan pompuan...."(aku ego)... aku masuk keter n bagitau abang aku dia bagi card. abg aku cakap ok la tu...

Aku pun tak ingat aku contact dia selepas berapa hari. tapi yang pasti bukan haritu gak aku contact dia. mula-mula kena jual mahal dulu k.. ehehehe...dalam masa aku tak contact dia, sibuk je suro abg aku mesej n tanya aku tak suka dia ke......... depan cam kerek je.. belakangggggggg!!! aku ja tau..eheheh.. love u~


Hasilnya~


dan bermula dari pertemuaan itu, kami bersama-sama menghitung hari untuk bersama. sorang di kedah dan sorang di bangi.. jauh.. jumpa sebulan sekali ja.. kawen nanti camne? tak tau lagi...huhuhuh..

Tuesday, August 10, 2010

INFO RAMADHAN

malaikat berdoa kepada Allah supaya barangsiapa yang tidak memohon maaf kepada ibu bapa, suami isteri serta rakan-rakan sebelum bulan ramadhan supaya Allah menolak/tidak menerima puasa golongan yg tidak memohon maaf itu.

 

jadi dengan rasa keinsafan dan rendah diri, aku memohon kemaafan kepada anda semua tak kira kawan atau musuh. sama-sama kita mencari keberkatan di bulan yang mulia ini. wallahualam~

Monday, August 09, 2010

Dugaan Pertunangan:

Assalamualaikum...

Entry yang sangat hot-hot akhir-akhir ni. bagi yang memahami sahaja tau kenapa dan mengapa. kenapa nak letakkan api pada kertas yang ditiup angin. kelak terbakar terkena diri sendiri.

Aku bercakap tentang diri aku sendiri yang diserang secara maya. yes, zaman makin moden. gaduh takde nak tarik-tarik rambut dah sekarang. hahaha. tapi haritu yes, aku sangat hot. hari ni, walaupun perkara dan hal seperti itu masih disebut lagi hingga ke hari ini seolah-olah puncanya adalah berpunca daripada aku, aku rasa aku perlu cool. buat apa aku nak berlawan. takde pekdahnya. biarlah dia nak bercerita atau mengata yang dia sangat baik pada aku. kadang-kadang terfikir apa MOTIF UTAMA dia menulis seperti itu? untuk nak membakar lagi ke? tapi hakikat, aku dan kawan-kawan aku lebih mengetahui. segala yang direka, aku mohon pada tuhan buka kanlah hatinya untuk sedar akan kesilapannya. aku takkan doakan kehancurannya. sebab aku tau Allah itu maha adil. selagi aku redha, aku maafkannya. begitu juga dengan tunangku. biarlah apa yg dituduh, tak mungkin hubungan kami goyang.silap aku juga. sepatutnya aku biarkan saja perkara itu and buat seolah2 aku bolayan. tapi banyak provokasi yg cuba di konfiuskan. itu tak adil bagi aku ye....... and aku patut membela diri.

Dugaan pertunagan bagi aku satu cara utk mengenal diri macam mana nak handle situasi yang akan datang pada alam perkahwinan nanti. macam-macam jenis orang di dunia ini. ada berhati busuk, berhasad dengki, drama queen dan macam-macam lagi. dan aku tak nafikan sesekali ada perasaan ini dalam ati aku. aku tak nak cakap aku terlalu baik dgn orang. sesekali ada jugak sakit atinya. cuma di pendam sahaja tanpa menyerang walaupun keadaannya amat kritikal. kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita buat tu sakitkan ati orang. dan jgn lupa orang juga mampu sakitkan hati kita juga.... jadi aku berhati-hati sekarang nak menulis atau nak becakap takut2 kalau2 orang tak buat taik kat aku, aku buat taik kat orang pulak. aku pernah alami situasi ni. dan apabila tersedar, kalau puncanya dari aku, cepat-cepat aku mohon maaf dan perbaiki keadaan. takut-takut berlarutan nanti tak bau syurga langsung. itu takut. aku juga cuba berhati-hati ketika berbicara takut teraibkan orang atau terfitnah dalam tak sedar. hati-hati...........

Dugaan pertunangan banyak faktornya. antaranya diri sendiri, nafsu, kenalan, kawan, sahabat, keluarga, tempat kerja dan lain-lain. aku cuba untuk tidak mengeluh dengan dugaan ini.

Diri sendiri - kadang-kadang kita akan menjadi panas baran and asyik nak gado je dgn tunang tu. tapi kena cepat2 sedar and boleh repair semua tu. fasa ni aku dah lepas rasanya. ada pon kadang-kadang time nak piyed je....

Nafsu - nafsu ni mahaye. tapi aku jumpa tunang aku sebulan sekali je. harap aku dan dia boleh menahan segala nafsu yang bergelora. lagi jarang jumpa lagi bagus ketika ini.

kenalan - ni orang di sekeliling kita. ini bukan kawan. kita juma kenal je dgn dia. dia boleh buat cerita macam-macam untuk rosakkan hubungan kita.


kawan - kawan ni kita berkawan dgnnya dan tak terlalu rapat. dugaan melalui kawan-kawan contohnya mesej kita atau ajak kita kuar (lelaki)


sahabat : ketika ni aku rasa obses nak jumpa sahabat. bukan jumpa saja. kalau jumpa nak p berkelah, karoke, boling and merayap. ni boleh menghabiskan duit ni..ehehehehe..

keluarga : merancang majlis akan melibatkan keluarga sepenuhnya. mungkin persilisihan pendapat akan berlaku. tapi fasa ni aku dah lepas. sekarang aku cuma wait n nikah je. boleh?hohoh..

tempat kerja : dugaannya aku rasa tak nak kerja di sini lagi. teringin nak cari suasana lain such as posting ke kedah ke.....huhuhuh.. tak semangat dah nak datang opis semenjak dua menjak ni....... maybe ini seketika. nanti ok balik kot.


lain-lain - untuk bakal pengantin, ketika ini ramai lelaki akan terpikat pada anda. sebab time ni muka manis n berseri-seri orang tua-tua cakap. ini dugaan berat. pandai2 la nak handel. jgn buat kerek reject orang terang-terang mcm kita ni cantik sangat ok. kita terus terang lah kita dah bertunang and terima dia sebagai kawan. cukup. lagi bagus bawak tunang berkenalan dgn kawan baru kita tu.. mithali betul aku ni!hohohoh..


_______________________________________
masih wujud lagi entry panjang berjela di blog ni. kira bagus la tu kan. jgn disebabkan anasir, aku tak semangat nak buat apa-apa. nasihat : let' it be......
Weekend lepas, dari nothern dia datang ke central utk berjumpa dgn buah hati pengarang jantung. yes, cinta jarak jauh ni bagus. tapi perkahwinan jarak jauh tak bagus la.. ehehe..
dari KL ~ PD ~ Melaka ~ KL
penat, tapi masa itu berkualiti kalau berjumpa sebulan sekali. banyak sangat gambar. but no need to show off.. hehe.

Friday, August 06, 2010

Kecil hati si bakal pengantin..

Terasa seronok nak menaip bila aku sorang je tinggal di opis. cam perasan je panggil diri as bakal pengantin. boleh ke panggil camtu? tak kisah la kan. jodoh pertemuan di tangan tuhan. jgn manusia menjadi pengadil utk menuding ke sana sini. cait~

_________________________________________________________
Sejak hari makin dekat utk berpakaian pengantin and tido berteman (gatal kejap~), aku rasa ati makin sensitif pulak. makin di control makin nak menjadi. so mula la jadi seorang pemendam dan pendendam. kadang-kadang aku kesiankan tunang aku. dia yang terpaksa nak hadapi angin kus-kus aku ni. terpikir jugak, aku sorang ke ada masalah camni? ati cepat sakit n rasa nak merajuk sakan. dalam masa yg sama nak di pujuk sakan gak. lau pujuk sket2 mula la nak cakap orang tak sayang kita. ada ke patut?

Setem cantik custom made

haritu masa blogwalking b2b (dah lama dah) aku jumpa setem cantik yang ada muka bride n grome to be. cantik. lagi2 kalau bride to be yang buat pre-wedding photo shoot. lagi la lawa kan.. cam aku pulak, aku tak buat pon pre-wedding photoshot. semua under bajet. lagi satu, perlu menyimpan utk acara selepas perkahwinan. tupun tak tau duit tu kukuh di simpan atau sket2 hanyut keluar oleh keborosan diri.huhuh. duit belanja kawen aku, aku yg punya.. tapi aku ingat kalau ada lebih tu utk kehidupan selepas berkahwin nanti.

Bila aku husha kat Pos Malaysia aku godek2 memang jumpa la setem cantik tu. tapi bila tengok pakej2 yang di tawarkan, semua RM500 so aku blah terus la.. ehehe.. setem tu pun utk di buang. kalau letak gambar kita silap2 jatuh di lantai di pijak2 gambar kita tu kan.huhuhuh.. bukan kedekut. tapi utk sesuatu yg tak penting lebih baik abaikan saja. aku ingat nak buat 20 keping utk suka2 je.. tapi tak jadi lah...

Ok, bagi sesiapa yg berminat ni Sample and Sample dia. and kalau berminat nak tempah terus je ke Sini! untuk isi borang.... selamat menghabiskan duit... hihih..

Wedding Card Invitation - peta belum hantaq ok!

Salam... refer to my ticket wedding conting day ada lagi 3 bulan 2 minggu. masih sempat ke berlengah? since aku p tempah kad aritu, n janji dgn kedai kad utk p anto peta, masih tergantung janji yg tak bertali itu. aku nak lukis aritu takut comot. so dgn perasaan rajin aku bagitau dia yg aku akan balik creat cantik2 guna photoshop. peta tu dah pon siap. cuma aku liat nak ke situ anto menda alah ni.

Aku rasa masih awal. tapi ada yg suro aku cepat2 buat sebab dah tak lama status ticket tu akan jadi 2 bulan.. wah... week by week goes faster... tapi aku masih cakap rileks, awal lagi utk sedapkan hati sendiri. at the end? belambak kot rasanya bnda yang tak siap. pastu ketaq lutut. lagipun aku bukannya nak buat kenduri grand pon. simple n sempoi. cukup. tambahan pula keduri tu di sponser penuh oleh family. mak aku cuma cakap, aku perlu tumpu pada barang2 hantaran n kad saja. yang lain2 jangan sibuk. so wat can i do? takut juga kalau2 semua yang di buat oleh orang tua kita tak menepati cita rasa. tapi utk jadi seorang yg tidak mengecilkan hati keluarga, aku turutkan saja...hehehe...



aritu aku blog walking di blog Mrs. Engineer and aku jumpa kad jemputan yg simple A4 bahagi 3..... aku nak buat camni gak.. so that taknak kertas yg lipat2 4 atau lipat dua......... boleh sapa2 tolong bagitau margin so that aku boleh setting terus dalam photoshop...... Mrs. Engineer jgn mara tau..ehehe.. nama kita sama...huhuh..

Thursday, August 05, 2010

"Itu Perangainya"

Salam...

Aku rasa aku dah cacatkan blog ni dengan rasa sakit ati aku sendiri pada seseorang yang tak bertanggungjawab langsung. then, bila terkeluar semua yang aku nak luahkan kepada kawan dan tunang aku, dan dengan nasihat yang diberikan aku rasa "ye, betul apa yg di nasihatkan".. lagipun bukan sal aku sorang yang di perkatakannya. ramai lagi yang dia merepek sal orang kat blognya. maybe para reader apabila membaca akan berkata orang selalu buat masalah dgnnya. padahal? but no wonder......... dia je yang betul. orang semua tak betul. fewl~ apa jenis daaaa...



Now, i don t wanna take any risk to be with her. and i choose to ignore what she's goint to say about me n us. only start an issue to make everyone said she's the NICE person????....bla bla bla........

nota kaki : thanks tunang n kawan-kawan..sekarang bukan masa nak pikir pasal sesorang yang dot dot dot...........

Wednesday, August 04, 2010

macam sial!

ok, aku ingin maki hari ni.......... sial!

orang berbudi, kita berbahasa. jgn jadi kurang hajar!

takkan nak naikkan blog visitors sampaikan nak letak cerita tentang ko tak puas ati dgn orang. ko pon ramai orang meluat. so jgn ingat diri tu perferct sangat k............ jgn buat sampai orang bercakap sal ko... skrg ni bukan kerana mulut je badan binasa. kerana penulisan pon badan binasa jugak ye........

ni amaran aku, jgn cari pasal dgn aku!

You Are Beautiful..

Salam....

No entry bout B2B buat masa skrg kerna progress tidaklah terlalu berjalan kerna aku sangatlah rileks tentang segala persiapan. semuanya diserahkan kepada keluarga kecuali benda2 yang kecik2 je aku buat.

Sejak bis study, aku dah lama tak jadi penagih drama korea. sebab laptop aku tak leh nak running cd since virus jadah melekat. tapi baru-baru ni, housemate aku bawak balik dvd drama korea. mula tu aku pandang sebelah mata je. tiba2 aritu masa aku nak sidai kain, aku terlayan kejap citer tu. tu pun episod yang dah tengah. so weekend lepas aku tinggal sorang. apa lagi, khatam balik dari awal episod. sampaikan aku tak leh nak bangun mandi pon. syg nak tinggal drama tu. even aku nak p solat pon kena pause dulu n sambung balik. memang tak makan n tak lapar langsung. mesej dgn si tunang? sepatah dua saja.. ahaha.. sori ye..

Aku memang ada sikap yang buruk bila aku mula tengok cerita kegemaran n baca novel kegemaran. memang aku tak leh buat keje lain la termasuk mandi n makan..hahaha..

Drama U'r Beautiful ni memang tengah hot kat download site sekarang. try guna pakcik google mesti dia ranking kat atas. dan aku mula angau dengan hero dia...... sampaikan aku jadikan sebagai wallpaper desktop aku..hihih..


ni muka dia semasa mie nam rate tahap kesukaan 







sambil di tepuknya montot pig+rabbit yang dia buat utk mie nam.......
Aku taknak citer sinopsis dia di sini. tapi  yang aku tau citer ni memang best!! meleleh air mata dan boleh buatkan korang gelak berdekah-dekah jugak.... sesekali nak rasa jadi seperti heroinnya Go Mie Nam yang di di kiss and di peluk oleh Oppa Teak Hyung.. lalalalalala...

Di sini aku sertakan gambar yang boleh membuatkan seseorang lebih teruja nak cari cerita ni..ehehehe.. beli DVD lagi bagus daripada tengok di tv...ehehehe.

kenapa aku suka Teak Hyung dlm citer ni? sebab watak dia kasar,caring, ego sket, klakar, tegas, cumil n leader. macam watak sesorang dalam hidup aku....... hihih..poyo.. tapi dia susah nak senyum n selalu siyes je.. then bila dia senyum tengok la pic kat atas ni betapa cutenye....and aku suka coz dia jugak sentiasa nampak kemas and sangat simple. dia belikan sepit rambut utk Go Mie Nam, and buat bear bermuka pig+rabbit (sgt creative).. arghhh.. tak nak citer lagi!!
 Ranking : 100 stars!!!!

i lovin' it~

You're Beautiful OST

Thursday, July 29, 2010

mimpi indah semalam

Semalam aku tidur nyenyak sangat.. tak terjaga langsung. kadang2 tengah malam mesti terjaga kejap lau bergolek ke kiri dan ke kanan... dan terjaga pukul 5.45 pagi. then pejam balik sebab tengah mimpi indah n aku rasa bahagia sangat dan seronokkkkk!!

Aku pun tak pasti mimpi tu membawa petanda atau apa2.... aku mimpi aku dapat baby. tapi baby tu bukan dari rahim aku. aku tak tau anak sapa. tapi aku mintak utk membelanya. very cute, baby masih dalam pantang. bersarung tangan dan mudah terkejut time dia tido. aku jaga dia macam anak aku. menyusu dan meriba. aduhhhhhh! aku rasa aku nak terus bermimpi. tapi aku mesti bangun pagi untuk datang kerja..

Indah tak? aku tak sabar nak rasa keadaan yang sebegitu. siyes aku cakap!

Wednesday, July 28, 2010

Yaasin small booklet or Asma 'ul Husna

Salam....

Sebenarnya aku dah kering idea mencari something favor utk di letakkan di dalam paperbag kenduri and akan dijadikan kenangan dan orang tak sampai hati nak buang. maybe surah yaasin atau asma 'ul husna la kan.... and sekarang aku mencari dan mencari benda-benda sebegini atau korang ada idea nak letak apa dalam paperbag tu..... atau tempat yg boleh tempah custom yaasin booklet ni........ suggestion?

Tuesday, July 27, 2010

Tolonglah saya untuk bertenang...

Assalamualaikum..

Nasib baik aku berpuasa hari ni. so aku masih boleh mengawal kemarahan. memang sengal la si boroi kat opis ni. kenapa dia suka buat onar di opis aku????????? semuanya untuk kepentingan masing-masing...

Kalau kamu kawan-kawan saya.. tolong saya klik di sini untuk tenangkan hati saya. dan untuk info ketenagan dan kesegaran untuk anda juga...... jom kita sama-sama support kempen kebaikan buah-buahan.......... supaya kita tidak menjadi boroi...

Monday, July 26, 2010

Suami Boroi Petanda Bahagia!

Lelaki yang sudah berkawin memang senang di kenalpasti. tapi berhati-hati kerna ayat mereka lebih power daripada lelaki bujang.. ehehehehehe..
Lelaki berpotensi boroi selepas kawen. tapi korang jgn silap bahawa pompuan takkan terpikat pada lelaki boroi ye.. banyak faktor yang menyebabkan lelaki boroi selepas kahwin.

1. Makan sedap di rumah sebab isteri masak. kebanyakkan lelaki berkahwin disebabkan  mereka nak makan di rumah. cuba tengok kebanyakkan lelaki bujang banyak perot yang leper je. sebab kalau nak makan kena keluar. kalau ada bini, anytime boleh jerit suro bini masakkan atau makanan sedia ada di atas meja.

2. Selepas berkahwin, lelaki jarang melakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh kecuali aktiviti sex. dan hanya aktiviti sex shj menjadi medium utama pembakaran lemak. adi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut. Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain. Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua di mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit.

Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah.. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan. Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang slim dan masih tampan.

Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang namun itulah hakikatnya. Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga.

3. Faktor hubungan sex adalah salah satu penyebab sesorang lelaki itu berperut muncit. Air mani isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka buncit. Semua lelaki tidak dapat lari dari permasalahan ini. Faktor ini juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang.. Namun jika aktiviti seks tidak dilakukan dalam waktu tempoh yang lama buat seseorang lelaki yang pernah berkahwin, perut mereka akan kembali kendur manakala zakar pula akan mula mengecut malah kulit zakar akan mengering. Ini banyak berlaku kepada lelaki yang telah bercerai, mereka yang telah lama menduda ataupun mereka yang sudah lama tidak melakukan hubungan seks bersama pasangan.

 aku taknak laki aku boroi sampai macam ni.. tolong jaga perut ye syg..hihih..

Perkongsian wajah halus dan berseri...

Salam...

Tajuk entry memang tak boleh blah kan? ok, ni aku cuma nak berkongsi dengan semua pembaca blog aku. aku bukan nak membodek, atau apa2.. segmen kali ni tak di taja oleh mana2 pihak. aku tidaklah terlalu obses dengan kecantikan. tapi cuma sikit2 sebagai perempuan mesti ada keinginan untuk cantik di mata yang tersayang kan.. ehehehehehe... sejak kurang dari 4 bulan aku nak bernikah ni, aku jadi nak segala2nya puas di mata si dia. aku cuba cari produk yang sesuai, aku belajar masak dan aku cari produk untuk kesihatan dalaman. ini aku nak berkongsi apa yang aku pakai untuk maintainkan semua tu.. kecuali berat badan okeh! asalkan dia kata badan aku tak gemuk, aku tak kisah langsung! and aku tak obses nak diet......

Muka aku sebenarnya berparut jerawat. kesan parutnya sangatlah ketara walaupun dikenakan make-up and muka aku kelihatan sangat lah sebam dan tak bermaya cam orang dah beranak 1... jadi aku cuba cari solution.

1. Krim malam natasya : memang berkesan. tapi utk kulit yang sensitif tak boleh pakai nanti kemerahan. kulit aku boleh tahan dgn krim ni. so aku pakai dekat setahun jugak. and then terkena yang cetak rompak terus jadi tak berkesan. kalau taknak kulit jadi merah, pakai krim semasa muka tengah basah. so jadi cam bedak sejuk.. hihihih.. cubalah!

2. Selepas natasya, aku bertukar ke Tia Emilia. Krim ini pun berkesan tapi tak boleh pakai lama sebab bila dia dah imune dengan kulit kita dia tak berkesan dah. so untuk nak stay dengan produk ni maybe susah. tak tau la kot dengan kulit orang lain elok kan......... so, boleh di cadangkan jugak. cubalah!

3. Bila aku dah stop Tia, kulit aku mula kasar dan berjerawat halus. then oleh cadangan kawan-kawan aku cuba pakai ST atau Sendayu Tinggi. glamer kan? tapi kesannya hampeh! maybe kulit aku tak sesuai..... tak berbah apa2 pada kulit. elok pon tak, tak elok pon tak. so sama je.........

4. And the lastly bila aku blogwalking, aku terjumpa blog ni A Walk To Remember aku rasa jeles tengok muka akak ni smooth je.. then bila aku selak2 lagi blog dia, aku terjumpa Buy My Family Product baru ku tahu kenapa kulitnya begitu.. rupanya ada bahan rahsia yang di amalkan... kalau nak tau dengan lebih lanjut, boleh lawati blog beliau........


Product ni bukan untuk kulit yang bermasalah je tau. kalau yang tak de jerawat tu pun boleh pakai untuk nak haluskan kulit. sangat ni syorkan. setakat aku pakai ni kiranya okeh sangat. tapi kesan untuk mula2 pakai, kulit anda anak menggelupas. tapi ada gak kulit yang tak menggelupas. teruskan memakai, kesannya akan kelihatan selepas seminggu. aku dulu datang opis dengan muka menggelupas. ada gak mulut jahat yang menegur, tapi aku buat dun know je. sekarang diorang sibuk tanya aku pakai apa lak... yg tak tanya tu maybe ego atau dengki...hahaha.. gurau je.. jgn amek hati.



Setakat ni aku dah repeat order ok. bila repeat confirm productnya sangat best. dia terdiri dari 3 jenis iaitu toner, bar soap (ni bukan mcm product lain yg bar sopnya semua kaler oren n bau papaya ok. ni bau cam sabun mandi. wangi!) and cream ( cream ni boleh dijadikan sebagai alas bedak dan i bukan consiler yg boleh menutup cela.. tapi bila pakai, kulit akan hilang parut okeh.)

Gambar ni aku baru je snap sebab barang baru sampai. aku order khamis, isnin dah sampai okeh.... faster-faster. untuk second order aku cuma order bar soap 2 ketul (sebab penggunaannya maksimum) dan cream.. toner ada lagi.. walaupun bekasnya kecik, boleh pakai sampai sebulan ye.... ni aku sertakan gambar sebelum dan selepas....... aku berkongsi sebagai kawan baik.......
Dulu polka dot memang banyak tapi sekarang tak lagi sebab Chahaya Whitening.... aku tak pakai consiler pon.. sebab aku tak reti pakai...ehehehe....

Jumpa di next entry apa yang aku touch up supaya muka nampak gebu...wakakakak... wekkk~~jgn mara..

Kad kaweh the crock hunter...

Assalamualaikum....
Mulakan hari isnin dengan senyuman yg manis seperti tapai. InsyaAllah hari-hari anda akan tenang. dah ganti posa belum? aku tengah ganti untuk harini.. ehehehe..

Apa yang aku buat masa weekend ni? ok, aku berdating dengan housemate pada hari Sabtu tu. ke Alamanda. mula tu nak ke The Mines, tapi terasa malas teramat lak. so decide la nak p ke Alamanda menghabiskan duit. Beli kasut raya.. konon... padahal beli kasut baru bukan utk raya pon. skrg baru aku tau kaki aku ni tak sesuai dengan kasut vincci n nose ok. sebab cuttingnya agak kecik molek lau nak dibandingkan dengan kaki big foot seperti ku. so aku akan tukar jenama kasut kegemaran selepas ni. sabtu aritu aku grap Le Sandee...... glamer tak brand ni? tak pon... tapi cukup untuk merabakkan poket ye....

Itu lah hakikat percintaan jarak jauh, pertunangan jarak jauh dan selepas ini perkahwinan jarak jauh. selama percintaan jarak jauh aku mampu harunginya, pertunangan jarak jauh pon aku masih mampu lagi. tapi kalau perkahwinan jarak jauh, aku belum pasti. harap-harap aku dapat posting ke kedah secepat mungkin. mintak-mintak JPA tak malas nak proceed permohonan aku tu. sapa ada member di JPA boleh la tolong daku......

Ok, ini baru berkenaan dengan tajuk di atas. ari ahad aku ke PKNS kompleks, bangi je kawan. so aku memang tak bercadang nak ke kahwinku.com ke apa bala yang kad kawennya expensive and elegant. so aku decide nak tempah dgn kiosk2 kad kahwin je.. harga ja lebih murah berbanding dengan kedai yang berdotkom. aku tak kisah lau orang nak cakap "alar, biasa ja kenduri dia...." yes, memang aku rancangkan kenduri yang biasa. aku bukan anak datuk. cuma aku bakal isteri kepada bakal datuk je... wakakakakak.. so bagi aku, kehidupan selepas perkahwinan lebih penting.
Kad kahwin aku sebenarnya ada dua kategori. VIP and non-VIP. yang VIP tu harga rm0.80 x 600 keping je.......... dari 600 bahagi dua dengan tunang aku so dapat la sorang 300 saja untuk golongan VIP di mana akan di berikan kepada kawan-kawan terdekat dan warga pejabat aku sahaja. yang non-VIP aku design sendiri guna photoshop cs3 dan di photostat atas kertas warna sahaja. kedekut kah? tidak.......... buat pe nak buat kad kahwin yang berhardcover semua akhirnya orang akan campak je. tak semua yang nak hargai pemberian seperti itu termasuk aku..........


Itu formnya, dan kad berhotstamping memang sangat2 aku minat simple and nice2 gitu.. kan? bagi aku la... cantik itu subjektif. yang mana kad aku? maybe di antara kad itu tapi yang mana 1 tunggu jelah....

Part emosional : semasa isi form ada ruang untuk "Nama Bapa Pengantin Perempuan" so aku rasa sangat tak best sebab aku perlu isi nama orang lain tapi bukan nama bapa. sampaikan pakcik tu terkejut sebab aku cakap nak isi dengan nama nenek (org kedah panggil tok) aku. so, aku explain cakap sy tinggal dengan tok saya since kecik and ayah dah takde... so conversation btw aku and tukang jual tu amatlah smooth sekali sebab dia pon orang kedah jugak.. ehehehe. semalam aku berseorangan je.. tak di temankan sesapa. padahal orang yang singgah di situ kebanyakkannya bercouple. apa boleh buat, aku mesti terima keadaan ini seadanya walaupun hati tak sedap.. mungkin sekarang perkongsian segalanya agak terbatas. mana tahu esok-esok semuanya akan menjadi serba warna-warni... wekkkk~

Kalau ikutkan tunang aku, dia cuma nak yg rm0.60 without hotstamping. so di sebabkan aku nak sangat hotstamping, kos tambahan 20sen aku akan kumpul menggunakan menda alah  ni.... cute tak?hihihih..

Ni contoh kad yang aku design untuk di photostat...ehehehe.. black and white je okeh..
Sape yang berminat nak aku designkan kad korang leh la....kehkehkeh..

 Demikianlah entry panjang berjela... baca jgn sampai mutah tau....

Friday, July 23, 2010

Percubaan pertama membuat laksa...

Kah kah kah.. sila gelak...

Ye, sangat lawak kalau di fikirkan tentang diri sendiri.. dah umur 23 tahun tapi baru pertama kali nak belajaq buat laksa. reason nak belajaq cuma satu. sebab cik abg aku seorang yang 'hantu laksa' okeh... padahal aku bukan seorang penggemar laksa. tapi di sebabkan hidup aku bakal berkongsi dgn orang yang memang suka gila2 dengan laksa, pantang nampak gerai tulis 'LAKSA' mesti dia akan drop by the gerai itu..... tak kisah la tengah demam ke, tengah kenyang ke, mesti akan bantai jugak.

So, sebagai seorang perempuan yang bercita-cita nak menjadi seorang isteri mithali, jadi aku cuba belajar buat makanan kegemaran cik abg. untuk percubaan pertama ni aku rasa okeh je... hohoho.. asalkan tak muntah kira orait la. tak tergerak hati lak nak menayang kepada orang-orang ofis. bagi aku perut orang di rumah nombor 1. atau orang depan rumah? hohohohoho..

Maybe sekarang masa yg sesuai untuk aku observe apa yang patut tentang ilmu rumah tangga... konon! tapi bab majuk naper tak leh nak handle ye? kadang2 cam childish. tapi wat can i do...... i cuma nak bermanja dgn you.. welkkk~~~

Akhir kata, aku sayang dia. jadi aku kena ikat perut dia dengan masakan aku sendiri. walaupun tak sedap, aku akan paksa suro dia telan. tapi setakan ni dia cuma rasa sekali ja masakan aku. dan respon "betul ke syg abg masak ni?? sedap la.."..... tak kisahla. kang bagi rasa awal2 nanti pas kawen aku malas masak dia merungut pulak kan! masa gelfren bofren ni la masa nak tunjuk paling cantik, paling rajin, paling pandai n paling segala-galanya. tapi hakikat lepas kawen? aku takut bila selepas kawen aku tak seperti sebelum kawen kerna hipokrit. aku cuma aku. bukan orang lain. tapi aku berubah untuk kebaikan diri. bukan untuk menjadi seperti orang lain.......

to B2B : jangan sibuk buat persiapan untuk majlis kenduri je tau.. untuk kehidupan bersama juga penting....ehehehe...

 cuma kuah laksa saja yang aku snap...ehehehe...

Thursday, July 22, 2010

Berkongsi wang hantaran...

Assalamualaikum.......

Dah lama tak rajin nak update di blog ni sekarang. dun know y.. maybe hormon dah berubah sejak berat badan bertambah lagi......

Semalam aku baru je baca mingguan wanita. cover poster Ayu Raudhah. majalah yang sangat berguna utk di jadikan koleksi timbunan. komen tentang seorang ustazah tentang konsi wang hantaran antara bakal pengantin perempuan dan bakal pengantin lelaki.

Wang hantaran adalah permulaan tanggungjawab oleh seorang lelaki. lagi2 mas kahwin yang di hukumkan sebagai wajib untuk di bayar penuh dan isteri diharuskan tidak mentaati suaminya sekiranya mas kahwin tidak dilangsaikan. tapi untuk zaman sekarang, wang hantaran sangat melambuang dah setanding dgn harga rumah di Kuala Lumpur kan. kadang-kadang aku hairan mana la depa dapat duit. maybe banyak sponsership kot. sedangkan aku tengok tunang aku sangat la berhempas pulas mencari duit untuk hari besar kami. Loan? oh tidak! banyak lagi tanggungan lain untuk di tanggung. anak 10 belum tentu loan tu abis.

"Boleh ke saya tolong buatkan loan untuk tunang demi menampung perbelanjaan kawen kami?"
Membuat loan untuk bakal suami ialah ibarat menggali kubur sendiri. bila dah kawen nanti sifat 'manja' si bakal suami akan terbawa2 hingga ke alam rumah tangga. nanti dia akan cakap "dulu boleh buat loan utk tlg dia cari duit kawen, kenapa sekarang tak boleh bayarkan sewa rumah, bil api, bil ari n segala bil???"....... apa guna berkahwin kalau kehidupan selepas kawen masih macam kehidupan semasa bujang? semua bil dan sewa perlu di share sorang separuh?

Yes, dari situ baru aku tau....  mas kawen dan duit hantaran yang di anggap sebagai hadiah adalah permulaan untuk lelaki itu sejauh mana tahap tanggungjawabnya. kalau tau si lelaki tidak mampu, maybe boleh turunkan nilai wang hantaran. boleh kawteam berdua sahaja kalau tak nak keluarga berasa tak selesa. duit hantaran tu kan hak perempuan..ehehehehehe..tapi mas kawen wajib ok.. jgn nak kurang2.... lagi2 pulak nilai emas tak pernah kurang dari rm100/1gram..

Alahmdulillah sangat..... tunang aku sangat bertanggungjawab setakat ni kalau nak di bandingkan dengan yang sebelumnya. Allah itu Maha Adil kawan-kawan. dia selalu rancangkan yang terbaik untuk ummatnya. jadi, janganlah mengeluh dengan segala kekurangan. kerna, dunia adalah dewan peperiksaan. dan syurga adalah tempat bersenang lenang tanpa dugaan, sakit ati dan kesedihan. InsyaAllah....... (Pesanan untuk diri sendiri jugak)


Tamatlah siri motivasi kita kali ni. wassalam dan selamat beramal........

Friday, July 09, 2010

rambut oh rambut........

Salam...


Sejak dua menjak ni, sebenarnya dah lama pekara ni tapi aku ignore. rambut aku banyak gugur. aku tak tau kenapa. aku takut akan menjadi botak sebelum umo aku 90 tahun. aku tak nak! nanti jenuh laki aku nak spend duit beli rambut palsu. kadang2 terfikir, aku ni kena barah otak ke! oMg!!!
Bila aku shampoo... lagi parah... aku tak tau apa faktornya.. nak kata aku kuat makan megi tak pulak. ada yg kata sebab aku penah robonding. ade ke?
Kulit kepala aku sangat sensitip (maybe) kerna senang nak gatal2 n boleh garu sampai berdarah! huhuhuh.. nak kata ada kutu mana ada...... kelemomor maybe la kot.. hahahah.. aku dah tak tau nak pakai shampooo apa supaya kelemomor ni tak naik. sebab aku bertudung di tempat kerja. faktor tu membantu sangat pertumbuhan kelemumur. so, aku cuba shampoo 2 hari sekali supaya kapala aku tak gatal. kadang2 sehari sekali.... cepat gile shampoo aku abis.
aku nak try google dia cakap guna santan, daun lidah buaya, dan daun bunga raya...

kalau sikat tak yah cite okeh... so aku elakkan daripada memakai sikat ni!
aku akan gunakan sikat yang batang sikatnya beso dan jarang supaya aku tak nampak rambut yang berguguran........

maybe satu hari nanti aku akan menjadi pengunjung yun nam hair care!!~~~ oMg!!!

Thursday, July 08, 2010

D.I.Y TQ Tag

Salam...

Keje ada.. tapi sempat aku selang selikan dengan buat TQ Tag guna photoshop cs3.... untuk b2b jangan la membazir untuk menda alah ni.. kalau beli kat kedai tak semurah kita buat dan design sendiri tau.... dah siap ni kalau takde ink kaler, bwk p kedai suro dia printkan. tapi kertas bawak la sendiri.. hihihihi.. bagi yg gomen sector jgn pandai2 nak print kat opis.. ingat tu duit rakyat tau....hihihi....


Ok tak? tergege betoi aku ni... bkn nak show off.. tapi nak share kalau ada komen yang membina....

Photographer

Salam...

*aku terkejot kenapa window new post ni puteh semacam je*
ok, cool balik.....

Perkara ni dah terpendam sehinggakan aku tak boleh tido semalam.. dekat pukul 3 pagi.. pastu siap mimpi2 cassilas gol keeper spain kena belasah dengan germany sampai berdarah hidung...

Alkisahnya begini. sebelum ni aku dah book photog yg agak tesohor untuk jadi my OP. pakejnya memang mahal berbaloi dengan kualiti yang di berikan (I Think so). dan aku secara rakus telah membayar RM500 sebagai depositnya. aku tak kisah kerna pada awalnya majlis di jangka di adakan secara pakat. tapi sekarang plan sudah bertukar. kenduri akan di adakan menggunakan khidmat katering. costnya sangat lah jauh dari cost kenduri secara pakat.

Bila di tanya balance untuk di bayar kepada photographer tu, mula la biru mata hitamku... almost 2k... aku bukan ada datuk. aku cuma orang biasa. bila dipikirkan buat apa aku nak buat custom book. nanti anak sedara aku asyik belek album tu hancur jugak. aku jugak yg nak nangis. betul? so aku decide nak amek sticky album. custom album nanti boleh buat pada masa akan datang. pun mahal jugak dan aku rasa tak sepadan dengan status aku yang cuma personal assistant cabuk ni. so aku decide nak cancel je dari hire photog tu. tapi aku risau yg deposit tu akan dapat balik atau tidak. aku cuba nak tarik rm500 tu kepada photoshoot honeymoon aku di langkawi. only sticky album kena tambah lagi rm200. mak ai.. aku rasa give up sama sekali. buat apa aku nak buang duit kat situ sedangkan duit sangatlah berguna buat ketika ini.

 Tapi mungkin ke aku boleh dapat duit rm500 tu... adoiyai..... tensen ni.....

Wednesday, July 07, 2010

Bab Kewangan akan menjadi bab yang sensitif ketika ini..



Salam...

Semalam, dugaan mendatang lagi. perkara biasa. bila discuss something about money, akan jadi taufan melanda. gunung berapi akan cepat meledak. hahaha.. aku tak tau kenapa sangat sensitif about money money and money.......... rasa nak jual apa yang ada supaya majlis dapat merjalan dgn very smooth sekali....... tapi biasa la. selera besar tapi bajet ciput.

Pada dasarnya kita akan seronok tengok orang kahwin. tapi masalah dalaman orang tak tahu kan? sebelum decide nak kahwin, kebalkan diri dengan dugaan2 yang kadang2 tak masuk akal pon nak fight......... tapi aku sayang dia. semalam je bertengkar. hari ni dah senyum-senyum balik.

Semua orang yang akan berkahwin akan ada masalah yang sama ke?

**Aku suka hantaran duit yang di buat macam ni. tak payah nak kelebek bunga bagai. simple je kan. tapi bunga dia sangat hot! aku takkan guna bunga hidup camtu. ehehehe..

Tuesday, July 06, 2010

Kerja kawen the hunter~

Salam..

Sori aku TERupdate 3 entry sekaligus.. balas dendam kesumat ke? tak lah.. takkan nak campur2 entry kan..

Weekend lepas eceli aku balik kampung bukan under my planning pada awalnya.. semuanya last minit punya kerja. kebetulan tunang aku free buat masa tu, so aku terpaksa terkedek2 balik kampung. memandangkan majlis kurang dari 5 bulan, aku masih teragak-agak nak buat persiapan. takut terlalu awal.. tapi ada yang dah gertak akuc akap dah tak cukup masa! hampeh betol..... tapi Alhamdulillah, setiap dugaan pasti ada hikmah....

seawal pukul 11 tengahari.. awal ke pukul 11?? ok.. aku bertolak dari rumah makcik aku besama tunang tersayang menuju ke sekitar Alor star dengan tujuan mencari baju kawen dan survey harga sebanyak kedai yang mungkin. aku ingatkan murah sebab aku tak ambil pelamin. tapi harga tidak kurang rm2000 untuk kedua belah pihak. ini harga untuk tahun 2010. untuk tahun 2011 tak tau macam mana pulak harganya....... alang2 harga takdak pelamin sama dengan harga yang ada pelamin, aku bantai amek pakej jugak. harga rm2000 okeh.. bagi aku sangat mahal. tapi apa kan daya, kalau nak rm2000 ke bawah alamat ko pakai la baju berbulu-bulu ye... so aku dengan tunang sekadar pejam mata menyerahkan deposit. asalkan bajunya amat aku puas hati. antara 4 butik pengantin yang aku masuk, aku rekemen Romzy Studio di Shahab Perdana. sangat cantik ye baju dia.. trend sekarang ialah baju Udaimatunnur.. sangat sesuai untuk mereka yg sukakan baju muslimah ye..

Lepas tu kitorang p makan laksa.. entah sejak bila aku jadi penggemar laksa.. dah berjangkit dengan si tunang.. layankan saja. ehehhehe.. tanpa breakfast, cuma mengalas perot dengan laksa, kami bergerak untuk membeli barang hantaran pula. di sebabkan masa cuti aku yang singkat, segala-galanya kena buat dengan cepat. alasan tak nak makan nasik sebab takut nafsu shopping berkurangan nanti. kebetulan masa aku p pacifik tu ialah member card day. so, handbag guess boleh jadi 50%.. aku yang takde member card terus p sign up... gelojoh? nak jimat punya pasai......... tapi untuk perfume and levi's takdak less price pulak.


Tips berjimat : ambil pakej untuk kelengkapan perkahwinan dan beli lah semasa less price........ lainla kalau korang orang kaya tak macam aku...


Udang besar di Kepala Batas, PP...

Salam..

Weekend lepas aku balik kampung. tapi aku tak terus balik ke alor star. aku berkampung di rumah makcik aku di Ambangan Height di Sungai lalang tak jauh dari Sungai Petani. Kebetulan aku nak upah baju raya dengan makcik cina yang selalu jahitkan baju makcik aku tu. di sebabkan aku ni cucu kesayangan, tok aku pon mai rumah cik aku untuk berkampung bersama.......

Hari sabtu tu kebetulan pakcik aku pon free. tak jadi p anto baju untuk dijahit sebab nak p makan udang besar. siyes aku tak penah makan udang sebesar ni tau.. aku ingat2kan kena kelentong dgn adik2 aku cakap udang beso peha..hihihi... rupanya betul. makan tengah hari di sini memang best. kedai dia biasa saja. nama kedai seafood kepala batas kot. aku pon tak ingat. tapi orang tak henti2.. kiranya nak cari meja pon kena beratur tunggu turn.. bagi yang dok area Penang tu, p la try... aku suka gila daging bakar dia.. manis woo.. apa dia letak pon aku tak tau...huhuh...
Ni la udang gergasi tu... kiranya udang ni lagi beso dari tangan adik sepupu aku yang darjah 4...huhu..




Ni pulak daging bakar... fuh, ni memang fevret aku.. sebab bahagian lemak tu...huhuh..punca penyakit!


Ni pulak gulai batang pisang yg selalunya femes di kawasan Baling, kedah. aku tak penah makan. tapi sekali makan nak lagi rasanya...



Selalunya tuan kedai ni akan potong limau sunkis untuk disert. bila dah bantai lemak tepu, kena la potong dgn limau pula ye.. baru maintain......

Keringan aku makan-makan di tengahari berakhir.. petang aku sempat excercise main badminton dengan adik-adik aku yg aktif ni.. sempat la berpeluh. rasa cam tak cukup cuti 3 hari. sebelah petangnya pula turn aku berdating pulak ye.... dan aku di jamu lagi dengan makanan kegemaran. kali ni turn aku dengan tunang tersayang pulak. lepas maghrib kami bertolak ke Tanjung Dawai salah satu port untuk makan ikan bakaq.. perghhhhh! aku jugak yg menyetelkan semua lauk-lauk yang ada. sebab tunang aku taksub nak sokong Argentina match dgn Germany.. last-last Argentina kalah.. aku jugak yang kenyang.. wakakaka...

Itu kisah pada hari sabtu... sangat teruja apa bila dapat makan ceme ye...... makan sedap lak tu... rezki.. ehehehehe.....

Blog di buka semula...

Salam..

Dah lama aku tak 'jahanamkan' blog ni.. dan hari ini aku dah mula gatal tangan setelah sekian lamanya aku berdiam diri.. dah lama juga aku tak jenguk tempat ni.. tak tau mana hilang mood.. sebab tu la aku tak boleh menjadi seorang pemblog tegar..hehehe..

susah gilos guna Template Designer ye.. bagi sesapa yang malas macam aku baik tak payah main benda tu.. boleh mati kebulur lau asyik dok menatap coding2 nya untuk tujuan nak custom balik.... so, aku remove semua last2 amek je template ready made... senang!!!! ahahahaha...

Pssst... aku stil tak mampu nak hasilkan header transperen... help...!!! huhuh..

Wednesday, June 16, 2010

Akhirnya! bos dah sain surat aku...alalalal..

Salam..

baru tadi aku dok terketaq2 nak cari point supaya aku dapat bersembang n control mood bos aku.. tiba-tiba dia email aku mintak aku book bilik untuk dia p conference.... so aku book cepat2 ye... then aku masuk bilik dia cakap aku dh book bilik... and aku dah tolong dia jimatkan rm20...hihih.. tengah gelak+senget+renyih, aku hulur surat aku..... kena interview sket.. pastu dia sains... aku lega! tapi, dia baca pulak karangan kesian aku... ades... Dr. jgn la baca!!!..... dia cakap, mana bleh, i kna baca la...huhuhuhu...

bos : kenapa you nak pindah?
i : entahla Dr... (sambil sengih)
bos : nape lak entah. dalam surat ni punya panjang....
i : mana ada.. tu drama je.. eh! bukan.. tu betul...
bos : nape, u nak kawen ey?
i : ye kot.. eheheh..
bos : m ana leh kot2...
i : yela dr... nak kawennnn.. insyaAllah..
bos : bila langsung???
i : insyaAllah bln 11 ni.. sempat la Dr. pegi sebab Dr. belum pencen lagi..
bos : future hasben keje ape? u berapa orang adik bradik?
i : hasben i kontrekter bos..hahahaha... (ni ayat reka.. aku dah malas nak taip apa dia cakap)..

yg penting dia sain! itu saja..

aku berdoa supaya segala urusan ni dipermudah.....

Azi, nanti aku pindah aku nak angkut tong gas ye!hahahah...

Lemah semangat!

Salam..

aku memang dah tergedik-gedik nak posting ke kedah. tapi memang perit nak dapat kawan suka sama suka utk bertukar kan. tapi, sehingga ke hari ni aku masih belum hantar surat pemohonan pertukaran. dah berapa helai aku print n tukar2 tarikh tapi tak terhantar jugak. bukan bz sampai tak sempat p mengadap bos. tapi aku rasa menggigil lak nak p jumpa bos lau bab nak anto surat pemohonan pertukaran ni.... tak tau nk baca doa apa supaya dia tak banyak tanya n sain je terus. huhuhuhuh..

aku pun taknak lau dah kawen nanti sorang di sana dan sorang di sinun.. kos ulang alik tu leh buat p honeymoon kat dubai tau...ekekekek... bleh simpan buat p umrah pon bagus. tapi kalau surat tukar dok tersimpan je dlm fail, sapa pon tak leh buat apa..........

Monday, June 14, 2010

Kalau nak kawen....

Salam..

Sudah lama blog ni tidak di isi dgn merapu meraban kan. arini rasa taknak merapu sangat. rasa nk cakap menda yg siyes je.

Setakat ni, apa preparation yg aku dah buat pon tak tau la. tak nampak apa2 selain majalah pengantin yg bertimbun. tapi belum decide apa-apa termasuk tema dan warna sedangkan masa yang di tuju kurang dari 6 bulan. aku tak pasti masa bila yang sesuai untuk buat speed selaju yg mungkin untuk membuat persiapan ni. tak mau terlalu rileks2 pisang gitu... hihih..

Banyak lagi persediaan yg perlu di buat. persediaan diri sendiri utk menghadapi semua ni. aku tak biasa dgn keluarga di sebelahnya. risau kalau2 kekok n jadi patung bernyawa lak nanti. kelihatan agak jakun. ngeee....

InsyaAllah, start awal july, aku akan try buat apa yg ada dlm kepala otak aku ni. first of all, cari barang hantaran, second ke fah lean balakong untuk tengok bunga2.... aku tengok dlm majalah mcm merecik je munga2 kat sana... munga plastik je lah. kat situ bleh dapat harga yg murah. bagi yg berminat nk mencuci mata, bleh la. lokasinya jalan nak ke jusco balakong. lau nak tau, kena ikut aku! hihihih......

Monday, May 31, 2010

Cameron Highland Review







Assalamualaikum... dan selamat hari wesak untuk mereka yg menyambut wesak day....

Long weekend lepas, aku ingat aku akan keboringan berkurung di bilik tercantik. rupanya tidak kerna encik kamal mai... so kami menggerakkan modus utk buat day trip ke cameron highland. perjalanan bermula seawal pagi ye, sebab aku tak penah p so tak tau berapa jangka masa perjalanan nak ke sana. sepanjang perjalanan jalan dia ala-ala nk naik gunung jerai ye... jalan sempit je.. tapi leh tampung trela.. ehehehe... di sepanjang jalan ada kedai2 orang asli yang jual madu, kacip fatimah, tongkat ali dan macam2 hasil hutan. niat di hati nk p cari 'tok pa' yg dlm cerita adamaya.. tapi sebab takut lambat smpai ke cameron highland, kami teruskan perjalanan. alhamdulillah aku dikurniakan kekasih yg tabah memandu. dengan itu memudahkan kerja aku untuk tidoq sepanjang jalan.... agagagagag..

Aku ingat sejuk sampai parkinsen lau duduk kat cameron.. rupanya genting lg sejuk ye.... so sia2 aku bekalkan baju sejuk made in korea tapi tak guna pon... sebab baju aku dah cukup sopan nak tampung kesejukkan tu...

Walaubagaimanapun, cameron highland bukan indah seperti yg aku gambarkan.. aku ingat ada bunga di merata tempat.. tapi tak... and dirty a lil bit.. tak seperti tempat perlancongan la... yang bestnya kat situ makan tak la mahal sangat. semua mcm harga aku di bangi saja. hotel mahal sebab time tu super peak season wesak+weekend. hotel rm60 pon leh mark up jadi rm288. so, batalkan saja hasrat utk bermalam lau harga sangat2 mahal leh tampung makanan aku selama hampir sebulan. tapi kalau nak have fun kat sana, bleh je......

Tempat yg menjadi tumpuan di sana ialah (aku mula dari bawah smpai ke brinchang je..) ladang teh. memang nyaman gila tempat ni. suasana hijau menyegarkan mata yg memandang. aku tak sangka ladang teh seluas tu... aku cakap depa nak heli nak p siram pokok jauh2... eheheh.. betoi kut.. and then ladang strawberi.. ladang ni memang berlambak shiot.. ampa leh pilih mana yg nk p. salah pilih dapat ladang yg tak best.. selalunya ladang ni akan ada eskrem dan strawberi salut coklat. ada yg melayu buat, ada cina, ada india. so makanlah dgn tanpa was-was. lau nak puas ati masuk semua ladang strawberi. kat papan tanda letak self hand pick strawberi, tapi tak dapat pon... tipooo depa ni... aku cari butterfly farm tapi tak jumpa, rugi dah kat sini. and ada kebun bunga. ni pun cari tak jumpa. so rugi lagi. dan yg paling femes sekali pasar malam kat brinchang town.. fuh... lau bleh naik scooter kecik tu aku dah naik. tapi sesak masyaAllah.. cameron pon jam ok. bukan KL je.. lau nak shopping bleh shopping kat pasar malam.. sebab harga dia murah dari kedai2 lain. yang best lagi kat pasar malam ada fresh flower, awet flower, madu ori dari sarang leh makan sekali sarang sepotong rm2.. and lain2 semua berasaskan strawberi... so, selamat bercuti.. segala-galanya ada di malaysia.

Tapi kalau tanya aku lagi sekali nak p lagi tak cameron, aku cakap ohhhh tidakkkkkk..... baik aku p london youuu... hahahaha.. tapi kalau nak merasa tak salah.. sila lah... ni aku sertakan picture aku bersama mr.k buah ati......... kami happy amek gambar. dan terasa geram nak rempat DSLR tak lama lagi.. tungguuuuuuu...!
Fresh flower ni baru RM4 ye.... murah tapi tantek sangat...
lau nak bunga ni tahan lama and lambat layu, bleh letak garam atau gula pasir atau penadol.. so aku letak penadol.. ehehehe..



Tudia entry panjang berjela... dah hari ni, aku di serang selsema lagi.. tak tau la sebab apa.. aku takut jugak kena L1N1 kan.. sebab kerap sangat. tapi maybe gak sebab aku banyak cium bunga semalam... habuk masuk idung kot... entahla.. lau tak sembuh gak esok kena p bazirkan duit di klinik....

*abg aku cakap "bunga bagi makan ubat, tapi orang tak nak makan ubat.."

Penangan DSLR... anda percaya??

Monday, May 24, 2010

Shahir... walaupun kita berpisah aku bahagia...


Salam..

Setelah sekian lama aku tak update any entry di sini.. alasan? aku lebih ada mood utk main farmville di fb.. eheheh.. entah naper walaupn kena tunggu berjam aku stil tak jemu..

walaupun dah basi cita ni, aku tak kira. aku tetap nak update.. shahir.. juara AF8.. siot je.. camne la aku leh pecah tradisi p afundi.. tak penah aku afundi sebelum ni... aku cuma minat dia. aku tak cinta dia. aku cinta orang lain. dan aku tak curang dgn orang yg aku cinta.

Walaupun aku bukan dari keluarga atau kelompok kawan2 shahir, mungkin aku dari kalangan peminat yg tak berapa fanatik tapi dan akhirnya menjadi terlalu fanatik. aku tak faham kenapa aku menangis beria.. bangang jugak kadang2 aku ni... sengal campoq-campoq.. ngeeee...... siap langgan calleringtone. masa nak langgan calleringtone tu pen kat sebalah sebab nak tulis code dia. hampeh!

tapi yang penting lagu kebahagian dalam perpisahan memang syahdu la.. aku rasa nangis sebab dengar lagu ni.. hampeh jiwang lagi.. syabas KRU berjaya buat aku menangis dgn lagu2 korang... wakakakakka..

aku mintak maaf untuk VIP dlm hati aku kamalhusni... saya cuma minat dia. tapi saya tak syg dia tau.. jgn mare...ehehehe..

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih

Chorus
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

Ulang Chorus

Kebahagiaan dalam perpisahan