Thursday, July 29, 2010

mimpi indah semalam

Semalam aku tidur nyenyak sangat.. tak terjaga langsung. kadang2 tengah malam mesti terjaga kejap lau bergolek ke kiri dan ke kanan... dan terjaga pukul 5.45 pagi. then pejam balik sebab tengah mimpi indah n aku rasa bahagia sangat dan seronokkkkk!!

Aku pun tak pasti mimpi tu membawa petanda atau apa2.... aku mimpi aku dapat baby. tapi baby tu bukan dari rahim aku. aku tak tau anak sapa. tapi aku mintak utk membelanya. very cute, baby masih dalam pantang. bersarung tangan dan mudah terkejut time dia tido. aku jaga dia macam anak aku. menyusu dan meriba. aduhhhhhh! aku rasa aku nak terus bermimpi. tapi aku mesti bangun pagi untuk datang kerja..

Indah tak? aku tak sabar nak rasa keadaan yang sebegitu. siyes aku cakap!

Wednesday, July 28, 2010

Yaasin small booklet or Asma 'ul Husna

Salam....

Sebenarnya aku dah kering idea mencari something favor utk di letakkan di dalam paperbag kenduri and akan dijadikan kenangan dan orang tak sampai hati nak buang. maybe surah yaasin atau asma 'ul husna la kan.... and sekarang aku mencari dan mencari benda-benda sebegini atau korang ada idea nak letak apa dalam paperbag tu..... atau tempat yg boleh tempah custom yaasin booklet ni........ suggestion?

Tuesday, July 27, 2010

Tolonglah saya untuk bertenang...

Assalamualaikum..

Nasib baik aku berpuasa hari ni. so aku masih boleh mengawal kemarahan. memang sengal la si boroi kat opis ni. kenapa dia suka buat onar di opis aku????????? semuanya untuk kepentingan masing-masing...

Kalau kamu kawan-kawan saya.. tolong saya klik di sini untuk tenangkan hati saya. dan untuk info ketenagan dan kesegaran untuk anda juga...... jom kita sama-sama support kempen kebaikan buah-buahan.......... supaya kita tidak menjadi boroi...

Monday, July 26, 2010

Suami Boroi Petanda Bahagia!

Lelaki yang sudah berkawin memang senang di kenalpasti. tapi berhati-hati kerna ayat mereka lebih power daripada lelaki bujang.. ehehehehehe..
Lelaki berpotensi boroi selepas kawen. tapi korang jgn silap bahawa pompuan takkan terpikat pada lelaki boroi ye.. banyak faktor yang menyebabkan lelaki boroi selepas kahwin.

1. Makan sedap di rumah sebab isteri masak. kebanyakkan lelaki berkahwin disebabkan  mereka nak makan di rumah. cuba tengok kebanyakkan lelaki bujang banyak perot yang leper je. sebab kalau nak makan kena keluar. kalau ada bini, anytime boleh jerit suro bini masakkan atau makanan sedia ada di atas meja.

2. Selepas berkahwin, lelaki jarang melakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh kecuali aktiviti sex. dan hanya aktiviti sex shj menjadi medium utama pembakaran lemak. adi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut. Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain. Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua di mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit.

Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah.. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan. Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang slim dan masih tampan.

Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang namun itulah hakikatnya. Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga.

3. Faktor hubungan sex adalah salah satu penyebab sesorang lelaki itu berperut muncit. Air mani isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka buncit. Semua lelaki tidak dapat lari dari permasalahan ini. Faktor ini juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang.. Namun jika aktiviti seks tidak dilakukan dalam waktu tempoh yang lama buat seseorang lelaki yang pernah berkahwin, perut mereka akan kembali kendur manakala zakar pula akan mula mengecut malah kulit zakar akan mengering. Ini banyak berlaku kepada lelaki yang telah bercerai, mereka yang telah lama menduda ataupun mereka yang sudah lama tidak melakukan hubungan seks bersama pasangan.

 aku taknak laki aku boroi sampai macam ni.. tolong jaga perut ye syg..hihih..

Perkongsian wajah halus dan berseri...

Salam...

Tajuk entry memang tak boleh blah kan? ok, ni aku cuma nak berkongsi dengan semua pembaca blog aku. aku bukan nak membodek, atau apa2.. segmen kali ni tak di taja oleh mana2 pihak. aku tidaklah terlalu obses dengan kecantikan. tapi cuma sikit2 sebagai perempuan mesti ada keinginan untuk cantik di mata yang tersayang kan.. ehehehehehe... sejak kurang dari 4 bulan aku nak bernikah ni, aku jadi nak segala2nya puas di mata si dia. aku cuba cari produk yang sesuai, aku belajar masak dan aku cari produk untuk kesihatan dalaman. ini aku nak berkongsi apa yang aku pakai untuk maintainkan semua tu.. kecuali berat badan okeh! asalkan dia kata badan aku tak gemuk, aku tak kisah langsung! and aku tak obses nak diet......

Muka aku sebenarnya berparut jerawat. kesan parutnya sangatlah ketara walaupun dikenakan make-up and muka aku kelihatan sangat lah sebam dan tak bermaya cam orang dah beranak 1... jadi aku cuba cari solution.

1. Krim malam natasya : memang berkesan. tapi utk kulit yang sensitif tak boleh pakai nanti kemerahan. kulit aku boleh tahan dgn krim ni. so aku pakai dekat setahun jugak. and then terkena yang cetak rompak terus jadi tak berkesan. kalau taknak kulit jadi merah, pakai krim semasa muka tengah basah. so jadi cam bedak sejuk.. hihihih.. cubalah!

2. Selepas natasya, aku bertukar ke Tia Emilia. Krim ini pun berkesan tapi tak boleh pakai lama sebab bila dia dah imune dengan kulit kita dia tak berkesan dah. so untuk nak stay dengan produk ni maybe susah. tak tau la kot dengan kulit orang lain elok kan......... so, boleh di cadangkan jugak. cubalah!

3. Bila aku dah stop Tia, kulit aku mula kasar dan berjerawat halus. then oleh cadangan kawan-kawan aku cuba pakai ST atau Sendayu Tinggi. glamer kan? tapi kesannya hampeh! maybe kulit aku tak sesuai..... tak berbah apa2 pada kulit. elok pon tak, tak elok pon tak. so sama je.........

4. And the lastly bila aku blogwalking, aku terjumpa blog ni A Walk To Remember aku rasa jeles tengok muka akak ni smooth je.. then bila aku selak2 lagi blog dia, aku terjumpa Buy My Family Product baru ku tahu kenapa kulitnya begitu.. rupanya ada bahan rahsia yang di amalkan... kalau nak tau dengan lebih lanjut, boleh lawati blog beliau........


Product ni bukan untuk kulit yang bermasalah je tau. kalau yang tak de jerawat tu pun boleh pakai untuk nak haluskan kulit. sangat ni syorkan. setakat aku pakai ni kiranya okeh sangat. tapi kesan untuk mula2 pakai, kulit anda anak menggelupas. tapi ada gak kulit yang tak menggelupas. teruskan memakai, kesannya akan kelihatan selepas seminggu. aku dulu datang opis dengan muka menggelupas. ada gak mulut jahat yang menegur, tapi aku buat dun know je. sekarang diorang sibuk tanya aku pakai apa lak... yg tak tanya tu maybe ego atau dengki...hahaha.. gurau je.. jgn amek hati.



Setakat ni aku dah repeat order ok. bila repeat confirm productnya sangat best. dia terdiri dari 3 jenis iaitu toner, bar soap (ni bukan mcm product lain yg bar sopnya semua kaler oren n bau papaya ok. ni bau cam sabun mandi. wangi!) and cream ( cream ni boleh dijadikan sebagai alas bedak dan i bukan consiler yg boleh menutup cela.. tapi bila pakai, kulit akan hilang parut okeh.)

Gambar ni aku baru je snap sebab barang baru sampai. aku order khamis, isnin dah sampai okeh.... faster-faster. untuk second order aku cuma order bar soap 2 ketul (sebab penggunaannya maksimum) dan cream.. toner ada lagi.. walaupun bekasnya kecik, boleh pakai sampai sebulan ye.... ni aku sertakan gambar sebelum dan selepas....... aku berkongsi sebagai kawan baik.......
Dulu polka dot memang banyak tapi sekarang tak lagi sebab Chahaya Whitening.... aku tak pakai consiler pon.. sebab aku tak reti pakai...ehehehe....

Jumpa di next entry apa yang aku touch up supaya muka nampak gebu...wakakakak... wekkk~~jgn mara..

Kad kaweh the crock hunter...

Assalamualaikum....
Mulakan hari isnin dengan senyuman yg manis seperti tapai. InsyaAllah hari-hari anda akan tenang. dah ganti posa belum? aku tengah ganti untuk harini.. ehehehe..

Apa yang aku buat masa weekend ni? ok, aku berdating dengan housemate pada hari Sabtu tu. ke Alamanda. mula tu nak ke The Mines, tapi terasa malas teramat lak. so decide la nak p ke Alamanda menghabiskan duit. Beli kasut raya.. konon... padahal beli kasut baru bukan utk raya pon. skrg baru aku tau kaki aku ni tak sesuai dengan kasut vincci n nose ok. sebab cuttingnya agak kecik molek lau nak dibandingkan dengan kaki big foot seperti ku. so aku akan tukar jenama kasut kegemaran selepas ni. sabtu aritu aku grap Le Sandee...... glamer tak brand ni? tak pon... tapi cukup untuk merabakkan poket ye....

Itu lah hakikat percintaan jarak jauh, pertunangan jarak jauh dan selepas ini perkahwinan jarak jauh. selama percintaan jarak jauh aku mampu harunginya, pertunangan jarak jauh pon aku masih mampu lagi. tapi kalau perkahwinan jarak jauh, aku belum pasti. harap-harap aku dapat posting ke kedah secepat mungkin. mintak-mintak JPA tak malas nak proceed permohonan aku tu. sapa ada member di JPA boleh la tolong daku......

Ok, ini baru berkenaan dengan tajuk di atas. ari ahad aku ke PKNS kompleks, bangi je kawan. so aku memang tak bercadang nak ke kahwinku.com ke apa bala yang kad kawennya expensive and elegant. so aku decide nak tempah dgn kiosk2 kad kahwin je.. harga ja lebih murah berbanding dengan kedai yang berdotkom. aku tak kisah lau orang nak cakap "alar, biasa ja kenduri dia...." yes, memang aku rancangkan kenduri yang biasa. aku bukan anak datuk. cuma aku bakal isteri kepada bakal datuk je... wakakakakak.. so bagi aku, kehidupan selepas perkahwinan lebih penting.
Kad kahwin aku sebenarnya ada dua kategori. VIP and non-VIP. yang VIP tu harga rm0.80 x 600 keping je.......... dari 600 bahagi dua dengan tunang aku so dapat la sorang 300 saja untuk golongan VIP di mana akan di berikan kepada kawan-kawan terdekat dan warga pejabat aku sahaja. yang non-VIP aku design sendiri guna photoshop cs3 dan di photostat atas kertas warna sahaja. kedekut kah? tidak.......... buat pe nak buat kad kahwin yang berhardcover semua akhirnya orang akan campak je. tak semua yang nak hargai pemberian seperti itu termasuk aku..........


Itu formnya, dan kad berhotstamping memang sangat2 aku minat simple and nice2 gitu.. kan? bagi aku la... cantik itu subjektif. yang mana kad aku? maybe di antara kad itu tapi yang mana 1 tunggu jelah....

Part emosional : semasa isi form ada ruang untuk "Nama Bapa Pengantin Perempuan" so aku rasa sangat tak best sebab aku perlu isi nama orang lain tapi bukan nama bapa. sampaikan pakcik tu terkejut sebab aku cakap nak isi dengan nama nenek (org kedah panggil tok) aku. so, aku explain cakap sy tinggal dengan tok saya since kecik and ayah dah takde... so conversation btw aku and tukang jual tu amatlah smooth sekali sebab dia pon orang kedah jugak.. ehehehe. semalam aku berseorangan je.. tak di temankan sesapa. padahal orang yang singgah di situ kebanyakkannya bercouple. apa boleh buat, aku mesti terima keadaan ini seadanya walaupun hati tak sedap.. mungkin sekarang perkongsian segalanya agak terbatas. mana tahu esok-esok semuanya akan menjadi serba warna-warni... wekkkk~

Kalau ikutkan tunang aku, dia cuma nak yg rm0.60 without hotstamping. so di sebabkan aku nak sangat hotstamping, kos tambahan 20sen aku akan kumpul menggunakan menda alah  ni.... cute tak?hihihih..

Ni contoh kad yang aku design untuk di photostat...ehehehe.. black and white je okeh..
Sape yang berminat nak aku designkan kad korang leh la....kehkehkeh..

 Demikianlah entry panjang berjela... baca jgn sampai mutah tau....

Friday, July 23, 2010

Percubaan pertama membuat laksa...

Kah kah kah.. sila gelak...

Ye, sangat lawak kalau di fikirkan tentang diri sendiri.. dah umur 23 tahun tapi baru pertama kali nak belajaq buat laksa. reason nak belajaq cuma satu. sebab cik abg aku seorang yang 'hantu laksa' okeh... padahal aku bukan seorang penggemar laksa. tapi di sebabkan hidup aku bakal berkongsi dgn orang yang memang suka gila2 dengan laksa, pantang nampak gerai tulis 'LAKSA' mesti dia akan drop by the gerai itu..... tak kisah la tengah demam ke, tengah kenyang ke, mesti akan bantai jugak.

So, sebagai seorang perempuan yang bercita-cita nak menjadi seorang isteri mithali, jadi aku cuba belajar buat makanan kegemaran cik abg. untuk percubaan pertama ni aku rasa okeh je... hohoho.. asalkan tak muntah kira orait la. tak tergerak hati lak nak menayang kepada orang-orang ofis. bagi aku perut orang di rumah nombor 1. atau orang depan rumah? hohohohoho..

Maybe sekarang masa yg sesuai untuk aku observe apa yang patut tentang ilmu rumah tangga... konon! tapi bab majuk naper tak leh nak handle ye? kadang2 cam childish. tapi wat can i do...... i cuma nak bermanja dgn you.. welkkk~~~

Akhir kata, aku sayang dia. jadi aku kena ikat perut dia dengan masakan aku sendiri. walaupun tak sedap, aku akan paksa suro dia telan. tapi setakan ni dia cuma rasa sekali ja masakan aku. dan respon "betul ke syg abg masak ni?? sedap la.."..... tak kisahla. kang bagi rasa awal2 nanti pas kawen aku malas masak dia merungut pulak kan! masa gelfren bofren ni la masa nak tunjuk paling cantik, paling rajin, paling pandai n paling segala-galanya. tapi hakikat lepas kawen? aku takut bila selepas kawen aku tak seperti sebelum kawen kerna hipokrit. aku cuma aku. bukan orang lain. tapi aku berubah untuk kebaikan diri. bukan untuk menjadi seperti orang lain.......

to B2B : jangan sibuk buat persiapan untuk majlis kenduri je tau.. untuk kehidupan bersama juga penting....ehehehe...

 cuma kuah laksa saja yang aku snap...ehehehe...

Thursday, July 22, 2010

Berkongsi wang hantaran...

Assalamualaikum.......

Dah lama tak rajin nak update di blog ni sekarang. dun know y.. maybe hormon dah berubah sejak berat badan bertambah lagi......

Semalam aku baru je baca mingguan wanita. cover poster Ayu Raudhah. majalah yang sangat berguna utk di jadikan koleksi timbunan. komen tentang seorang ustazah tentang konsi wang hantaran antara bakal pengantin perempuan dan bakal pengantin lelaki.

Wang hantaran adalah permulaan tanggungjawab oleh seorang lelaki. lagi2 mas kahwin yang di hukumkan sebagai wajib untuk di bayar penuh dan isteri diharuskan tidak mentaati suaminya sekiranya mas kahwin tidak dilangsaikan. tapi untuk zaman sekarang, wang hantaran sangat melambuang dah setanding dgn harga rumah di Kuala Lumpur kan. kadang-kadang aku hairan mana la depa dapat duit. maybe banyak sponsership kot. sedangkan aku tengok tunang aku sangat la berhempas pulas mencari duit untuk hari besar kami. Loan? oh tidak! banyak lagi tanggungan lain untuk di tanggung. anak 10 belum tentu loan tu abis.

"Boleh ke saya tolong buatkan loan untuk tunang demi menampung perbelanjaan kawen kami?"
Membuat loan untuk bakal suami ialah ibarat menggali kubur sendiri. bila dah kawen nanti sifat 'manja' si bakal suami akan terbawa2 hingga ke alam rumah tangga. nanti dia akan cakap "dulu boleh buat loan utk tlg dia cari duit kawen, kenapa sekarang tak boleh bayarkan sewa rumah, bil api, bil ari n segala bil???"....... apa guna berkahwin kalau kehidupan selepas kawen masih macam kehidupan semasa bujang? semua bil dan sewa perlu di share sorang separuh?

Yes, dari situ baru aku tau....  mas kawen dan duit hantaran yang di anggap sebagai hadiah adalah permulaan untuk lelaki itu sejauh mana tahap tanggungjawabnya. kalau tau si lelaki tidak mampu, maybe boleh turunkan nilai wang hantaran. boleh kawteam berdua sahaja kalau tak nak keluarga berasa tak selesa. duit hantaran tu kan hak perempuan..ehehehehehe..tapi mas kawen wajib ok.. jgn nak kurang2.... lagi2 pulak nilai emas tak pernah kurang dari rm100/1gram..

Alahmdulillah sangat..... tunang aku sangat bertanggungjawab setakat ni kalau nak di bandingkan dengan yang sebelumnya. Allah itu Maha Adil kawan-kawan. dia selalu rancangkan yang terbaik untuk ummatnya. jadi, janganlah mengeluh dengan segala kekurangan. kerna, dunia adalah dewan peperiksaan. dan syurga adalah tempat bersenang lenang tanpa dugaan, sakit ati dan kesedihan. InsyaAllah....... (Pesanan untuk diri sendiri jugak)


Tamatlah siri motivasi kita kali ni. wassalam dan selamat beramal........

Friday, July 09, 2010

rambut oh rambut........

Salam...


Sejak dua menjak ni, sebenarnya dah lama pekara ni tapi aku ignore. rambut aku banyak gugur. aku tak tau kenapa. aku takut akan menjadi botak sebelum umo aku 90 tahun. aku tak nak! nanti jenuh laki aku nak spend duit beli rambut palsu. kadang2 terfikir, aku ni kena barah otak ke! oMg!!!
Bila aku shampoo... lagi parah... aku tak tau apa faktornya.. nak kata aku kuat makan megi tak pulak. ada yg kata sebab aku penah robonding. ade ke?
Kulit kepala aku sangat sensitip (maybe) kerna senang nak gatal2 n boleh garu sampai berdarah! huhuhuh.. nak kata ada kutu mana ada...... kelemomor maybe la kot.. hahahah.. aku dah tak tau nak pakai shampooo apa supaya kelemomor ni tak naik. sebab aku bertudung di tempat kerja. faktor tu membantu sangat pertumbuhan kelemumur. so, aku cuba shampoo 2 hari sekali supaya kapala aku tak gatal. kadang2 sehari sekali.... cepat gile shampoo aku abis.
aku nak try google dia cakap guna santan, daun lidah buaya, dan daun bunga raya...

kalau sikat tak yah cite okeh... so aku elakkan daripada memakai sikat ni!
aku akan gunakan sikat yang batang sikatnya beso dan jarang supaya aku tak nampak rambut yang berguguran........

maybe satu hari nanti aku akan menjadi pengunjung yun nam hair care!!~~~ oMg!!!

Thursday, July 08, 2010

D.I.Y TQ Tag

Salam...

Keje ada.. tapi sempat aku selang selikan dengan buat TQ Tag guna photoshop cs3.... untuk b2b jangan la membazir untuk menda alah ni.. kalau beli kat kedai tak semurah kita buat dan design sendiri tau.... dah siap ni kalau takde ink kaler, bwk p kedai suro dia printkan. tapi kertas bawak la sendiri.. hihihihi.. bagi yg gomen sector jgn pandai2 nak print kat opis.. ingat tu duit rakyat tau....hihihi....


Ok tak? tergege betoi aku ni... bkn nak show off.. tapi nak share kalau ada komen yang membina....

Photographer

Salam...

*aku terkejot kenapa window new post ni puteh semacam je*
ok, cool balik.....

Perkara ni dah terpendam sehinggakan aku tak boleh tido semalam.. dekat pukul 3 pagi.. pastu siap mimpi2 cassilas gol keeper spain kena belasah dengan germany sampai berdarah hidung...

Alkisahnya begini. sebelum ni aku dah book photog yg agak tesohor untuk jadi my OP. pakejnya memang mahal berbaloi dengan kualiti yang di berikan (I Think so). dan aku secara rakus telah membayar RM500 sebagai depositnya. aku tak kisah kerna pada awalnya majlis di jangka di adakan secara pakat. tapi sekarang plan sudah bertukar. kenduri akan di adakan menggunakan khidmat katering. costnya sangat lah jauh dari cost kenduri secara pakat.

Bila di tanya balance untuk di bayar kepada photographer tu, mula la biru mata hitamku... almost 2k... aku bukan ada datuk. aku cuma orang biasa. bila dipikirkan buat apa aku nak buat custom book. nanti anak sedara aku asyik belek album tu hancur jugak. aku jugak yg nak nangis. betul? so aku decide nak amek sticky album. custom album nanti boleh buat pada masa akan datang. pun mahal jugak dan aku rasa tak sepadan dengan status aku yang cuma personal assistant cabuk ni. so aku decide nak cancel je dari hire photog tu. tapi aku risau yg deposit tu akan dapat balik atau tidak. aku cuba nak tarik rm500 tu kepada photoshoot honeymoon aku di langkawi. only sticky album kena tambah lagi rm200. mak ai.. aku rasa give up sama sekali. buat apa aku nak buang duit kat situ sedangkan duit sangatlah berguna buat ketika ini.

 Tapi mungkin ke aku boleh dapat duit rm500 tu... adoiyai..... tensen ni.....

Wednesday, July 07, 2010

Bab Kewangan akan menjadi bab yang sensitif ketika ini..



Salam...

Semalam, dugaan mendatang lagi. perkara biasa. bila discuss something about money, akan jadi taufan melanda. gunung berapi akan cepat meledak. hahaha.. aku tak tau kenapa sangat sensitif about money money and money.......... rasa nak jual apa yang ada supaya majlis dapat merjalan dgn very smooth sekali....... tapi biasa la. selera besar tapi bajet ciput.

Pada dasarnya kita akan seronok tengok orang kahwin. tapi masalah dalaman orang tak tahu kan? sebelum decide nak kahwin, kebalkan diri dengan dugaan2 yang kadang2 tak masuk akal pon nak fight......... tapi aku sayang dia. semalam je bertengkar. hari ni dah senyum-senyum balik.

Semua orang yang akan berkahwin akan ada masalah yang sama ke?

**Aku suka hantaran duit yang di buat macam ni. tak payah nak kelebek bunga bagai. simple je kan. tapi bunga dia sangat hot! aku takkan guna bunga hidup camtu. ehehehe..

Tuesday, July 06, 2010

Kerja kawen the hunter~

Salam..

Sori aku TERupdate 3 entry sekaligus.. balas dendam kesumat ke? tak lah.. takkan nak campur2 entry kan..

Weekend lepas eceli aku balik kampung bukan under my planning pada awalnya.. semuanya last minit punya kerja. kebetulan tunang aku free buat masa tu, so aku terpaksa terkedek2 balik kampung. memandangkan majlis kurang dari 5 bulan, aku masih teragak-agak nak buat persiapan. takut terlalu awal.. tapi ada yang dah gertak akuc akap dah tak cukup masa! hampeh betol..... tapi Alhamdulillah, setiap dugaan pasti ada hikmah....

seawal pukul 11 tengahari.. awal ke pukul 11?? ok.. aku bertolak dari rumah makcik aku besama tunang tersayang menuju ke sekitar Alor star dengan tujuan mencari baju kawen dan survey harga sebanyak kedai yang mungkin. aku ingatkan murah sebab aku tak ambil pelamin. tapi harga tidak kurang rm2000 untuk kedua belah pihak. ini harga untuk tahun 2010. untuk tahun 2011 tak tau macam mana pulak harganya....... alang2 harga takdak pelamin sama dengan harga yang ada pelamin, aku bantai amek pakej jugak. harga rm2000 okeh.. bagi aku sangat mahal. tapi apa kan daya, kalau nak rm2000 ke bawah alamat ko pakai la baju berbulu-bulu ye... so aku dengan tunang sekadar pejam mata menyerahkan deposit. asalkan bajunya amat aku puas hati. antara 4 butik pengantin yang aku masuk, aku rekemen Romzy Studio di Shahab Perdana. sangat cantik ye baju dia.. trend sekarang ialah baju Udaimatunnur.. sangat sesuai untuk mereka yg sukakan baju muslimah ye..

Lepas tu kitorang p makan laksa.. entah sejak bila aku jadi penggemar laksa.. dah berjangkit dengan si tunang.. layankan saja. ehehhehe.. tanpa breakfast, cuma mengalas perot dengan laksa, kami bergerak untuk membeli barang hantaran pula. di sebabkan masa cuti aku yang singkat, segala-galanya kena buat dengan cepat. alasan tak nak makan nasik sebab takut nafsu shopping berkurangan nanti. kebetulan masa aku p pacifik tu ialah member card day. so, handbag guess boleh jadi 50%.. aku yang takde member card terus p sign up... gelojoh? nak jimat punya pasai......... tapi untuk perfume and levi's takdak less price pulak.


Tips berjimat : ambil pakej untuk kelengkapan perkahwinan dan beli lah semasa less price........ lainla kalau korang orang kaya tak macam aku...


Udang besar di Kepala Batas, PP...

Salam..

Weekend lepas aku balik kampung. tapi aku tak terus balik ke alor star. aku berkampung di rumah makcik aku di Ambangan Height di Sungai lalang tak jauh dari Sungai Petani. Kebetulan aku nak upah baju raya dengan makcik cina yang selalu jahitkan baju makcik aku tu. di sebabkan aku ni cucu kesayangan, tok aku pon mai rumah cik aku untuk berkampung bersama.......

Hari sabtu tu kebetulan pakcik aku pon free. tak jadi p anto baju untuk dijahit sebab nak p makan udang besar. siyes aku tak penah makan udang sebesar ni tau.. aku ingat2kan kena kelentong dgn adik2 aku cakap udang beso peha..hihihi... rupanya betul. makan tengah hari di sini memang best. kedai dia biasa saja. nama kedai seafood kepala batas kot. aku pon tak ingat. tapi orang tak henti2.. kiranya nak cari meja pon kena beratur tunggu turn.. bagi yang dok area Penang tu, p la try... aku suka gila daging bakar dia.. manis woo.. apa dia letak pon aku tak tau...huhuh...
Ni la udang gergasi tu... kiranya udang ni lagi beso dari tangan adik sepupu aku yang darjah 4...huhu..




Ni pulak daging bakar... fuh, ni memang fevret aku.. sebab bahagian lemak tu...huhuh..punca penyakit!


Ni pulak gulai batang pisang yg selalunya femes di kawasan Baling, kedah. aku tak penah makan. tapi sekali makan nak lagi rasanya...



Selalunya tuan kedai ni akan potong limau sunkis untuk disert. bila dah bantai lemak tepu, kena la potong dgn limau pula ye.. baru maintain......

Keringan aku makan-makan di tengahari berakhir.. petang aku sempat excercise main badminton dengan adik-adik aku yg aktif ni.. sempat la berpeluh. rasa cam tak cukup cuti 3 hari. sebelah petangnya pula turn aku berdating pulak ye.... dan aku di jamu lagi dengan makanan kegemaran. kali ni turn aku dengan tunang tersayang pulak. lepas maghrib kami bertolak ke Tanjung Dawai salah satu port untuk makan ikan bakaq.. perghhhhh! aku jugak yg menyetelkan semua lauk-lauk yang ada. sebab tunang aku taksub nak sokong Argentina match dgn Germany.. last-last Argentina kalah.. aku jugak yang kenyang.. wakakaka...

Itu kisah pada hari sabtu... sangat teruja apa bila dapat makan ceme ye...... makan sedap lak tu... rezki.. ehehehehe.....

Blog di buka semula...

Salam..

Dah lama aku tak 'jahanamkan' blog ni.. dan hari ini aku dah mula gatal tangan setelah sekian lamanya aku berdiam diri.. dah lama juga aku tak jenguk tempat ni.. tak tau mana hilang mood.. sebab tu la aku tak boleh menjadi seorang pemblog tegar..hehehe..

susah gilos guna Template Designer ye.. bagi sesapa yang malas macam aku baik tak payah main benda tu.. boleh mati kebulur lau asyik dok menatap coding2 nya untuk tujuan nak custom balik.... so, aku remove semua last2 amek je template ready made... senang!!!! ahahahaha...

Pssst... aku stil tak mampu nak hasilkan header transperen... help...!!! huhuh..