Tuesday, November 24, 2009

Eksen!

Huh, eksen la ko ey? (tiba-tiba kecek KL)

Yup, dgn duit memang semua benda bleh buat.. tapi aku nengok life ko (KL lagi) tak berubah pon....sama je... apa kata dgn duit yg ko war-warkan itu ko p jumpa pakar fesyen ke, penasihat penampilan ke... kan bagus... jgn la dok perabih ayaq liuq bagitau duit ko banyak...tapi habuk tak nampak... even aku bekerja dgn gomen dan berstatus PA, aku still leh hidup dan bernafas dgn lega walaupun ada kekadang terover enjoy terus tersesak nafas dan tersedak kahak..wakakakak... ari-ari mai opis, dok dalam aircond n kembangkan montot... ok what....!

mesti hang cakap keja hang rileks kan?? bis hang ingat keja aku tak rileks ka?

yelah... hang (kedah balik) kan swasta.. gaji maybe weekly... tak gitu? taste nak mcm dato' K... blagak la hang lani noh... cakap tak tengok bawah dah..... jgn Allah tarik rezki tu sudey~

aku tau.. hang jeles sebab hang tak dapat keja cam kami semua kan?? ngaku cepat~!!!


nota kaki : jgn taksub dgn duniawi.. jangan terus mendongak ke atas tanpa memandang bawah ketika berkata-kata... bukan paaa... aku takut ayaq hujan masuk dalam hidung hang jaaaaa.......


Monday, November 23, 2009

Keajaiban...

Bila lah benda ajaib nak jadi dalam hidup aku...... kalau lah ada ceret aladin.. leh aku gosok-gosok supaya ada jin yg keluar n masa tu aku akan mintak macam-macam kat dia.......... apa yg aku nak mintak? sat aku bagi list..

Antaranya :

1. Duit 10k sebulan.. (aku tak mintak banyak...ckup la 10K..taknak tamak..)
2. Sony Satio (lau sony satio out of stock leh je jin bagi aku E71)
3. Prince charming pinang aku esok jugak, lusa kawen..
4. Hutang bank semua bank halalkan....
5. Dapat posting kedah bulan depan leh dok bawah ketiak tok aku...
6. Secret admire yg ensem anto bunga ari2..wakakak..
7. Jam tangan baru..... tag heuer ke..
8. Cincin sakti...





dah.. merepek kalah mak jenin.....

------------------

apa pon, aku bersyukur dgn apa yg telah dikurniakan skrg...

----------------

p/s : vavi bila nak setel hutang?? hang mampos lagi bagus!

Thursday, November 19, 2009

Berlaku lagi...

Hari ni meeting... perkara yg aku tak suka.. tapi apa leh aku buat.. aku cari rezki.. n ni tugas aku...
tapi aku nak buat camne ye.. aku mesti down lau bab2 meeting ni... tensiiiiiii~~~~~

Wednesday, November 18, 2009

Romantiknye Rasulullah SAW

Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapanbaginda lalu bertanya siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi". Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian~. "

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain~ . Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka". Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.

Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa~. ada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga~ kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda ke syurga.

"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman...." Aaaammmmmiiiiin~ Ya Rabbal 'Alamin~^^ Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, Insya Allah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya ALLAHUAKBAR~

credit from : http://202.71.110.104/portal/forums/showthread.php?threadid=111558

Tuesday, November 17, 2009

Bertambah rakyat malaysia lagik!!

~ni la bakal mak orang tak lama lagi~


Morning... aku kembali dengan entry yg agak teruja untuk aku...

Alhamdulillah, dgn usaha keras kawan aku yg baru melangsungkan perkahwinan Raya Posa aritu, akhirnya usaha keras itu telah berjaya... yahooo!!~~ hihi

aku baru dapat berita dari classmate aku yg sama blajaq kat poli dulu yg Roshimah sudah berbadan dua... bestnya.. bila la aku nak merasa pengalaman mcm tu ye? walaupun hubby dia keje kat langkawi, and dia di bukit kiara, tapi masih mampu menghasilkan masa yg berkualiti untuk menghasilkan rakyat baru ye... tahniahhh~~~ hahah..

aku dan kawan-kawan mendoakan semoga shima mendapat anak2 yg comel lote mcm mak pak dia jugak.. amin..

_____________________________

weh.. raya nanti aku tidak memandu secara solo okeh! mak ndak aku n gemoq akan turut serta.. yahooo!!~~~
atas pertolongan makcik yg berjaya meracun mereka berdua untuk balik beraya bersama... terer la makcik aku..
tapi.. rabbit tak ikut skali pon..huhuhu..

___________________________

nota kaki : baju raya tak beli lagi nih...

Friday, November 13, 2009

Puas Hati!

Well~ Well~ Well~

Aku baru masuk ofis setelah setengah jam menyulam mimpi di tilam sendiri... biasala.. hobi aku tak kira malam, pagi atau tengah hari... apa ko kisah aku nak tido kan?? hahah..

Alhamdulillah... tadi aku n hazzy n sorang staf di office aku pagi-pagi sudah cergas ke MOSTI (Ministry of Science Technology Inovation) untuk membuat permeriksaan saringan kesihatan yg dengan kerjasama MOSTI n Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara..... ada 2 pakej yang disediakan...

Pakej 1 : Ujian Glukosa dlm darah (Kencing Manis), Tekanan Darah, Tahap Kolestrol dalam darah, and BMI (berat badan) = RM10 (murah kan?)

Pekej 2 : Sama mcm pekej satu.. tapi di tambah Pap Smear & Mamogram... = RM25 (ni murah kaw-kaw punya)

aku cuma pilih pekej 1.. knp tak amek pakej 2? hihih.. malu la makcik..

Alhmadulillah aku masih sihat dari semua pemeriksaan di pakej 1 walaupun selalu gak aku amalkan pemakanan yg langsung tak sihat...heheh.. tapi aku masih tak berpuas hati dgn tekanan darah aku.. agak rendah.. effect dia, selalu letih la kan.. ni kena telan susu banyak-banyak (lalu ke?), makan kerang (uwelk~) baru ok kot..

agak keterlaluan ke kalau aku tunjuk ini??
berat : 52.4 kg
tinggi : 157 cm
BMI : 21.3
tekanan darah : 101/67 -agak rendah tapi masih normal.. (normal around 120/something...)
glukosa : 4.8
Kolenstrol : 4.41 - ni yg aku risau.. takut jugak terlebih kolestrol.. ari-ari aku makan nasik lemak + telur mata kobau..hihi..

Thursday, November 12, 2009

Bukan senang nak jadi senang....

Salam,
Gud Morning.. semalam aku tidoq awai.. pukul 9 tu dah mengeram... nak kata mengantuk tu ada la sket.. pastu cepat plak aku koma..hohoho.. siap mimpi-mimpi lagi... hari ni, senang la aku bangun tanpa rasa berat di mata disebabkan setan bergayut kan......

_________________

Back to our topic, bukan senang nak jadi senang.... seperti perpatah melayu mengatakan :-

berakit-rakit ke hulu.. berenang-renang ke tepian..
bersakit-sakit dahulu.. bersenang-senang kemudian..

bleh tahan gak aku menggunakan segala penjodoh bilangan tu kan...hihihi..

_________________

bkn senang nak bahagiakn semua hati dlm 1 ms yg sama.. termasuklah hati sendiri.. kadang-kadang kita perlu korbankan hati sendiri.. and kadang-kadang juga kita perlukan korbankan hati org disekeliling kita...
kadang-kadang org terlalu mengharapkan kita memahami depa, sedangkan depa sket pon tak memahami kita..huhuhu..
bila kita nak pertahankan kehendak hati kita, kita dikatakan tidak faham keadaan depa...
tapi bila kita ikot kehendak depa, kita la orang yg paling depa syg...
padahal, dlm hati kita ni mcm kena anai-anai..

betul tak?
...........................................

nota kaki : perkongsian mujarab...

Wednesday, November 11, 2009

Jom Melancong..

Dah lama tak jalan-jalan kat pulau... first time nengok gambar sipadan mabul island, jatuh ati beb.. teringin nak p.. tapi tak tau bila.. bila? zaman bujang.. takut nak p sorang.. tapi lau ada partner or kawan... adehh~ best gilaa... tak pon buat reunion kat sana ke? (gila kentang)

bila pikir balik, tak perlu la aku nak p thailand-phuket sana untuk nak tengok pantai yg cantik-cantik kn... tapi kat phuket ada 'pertunjukkan harimau'.. apa yg best aku pon tak tau...

pulau ni memang cantik.. patut pon menjadi rebutan antara Malaysia n Singapore...

Indah sungguh ciptaan Dia kan... tenang n sangat damai...
Mabul~~tunggu akuu!!!
..hahah..

Nota kaki : member aku ada kerja dgn traveller agency, so bleh la tanya pakej2 yg bleh di ambil kan... so.. aku dah semangat nak p ni.. tapi masanya blum tau bila..meybe ujung tahun depan...hhohoho..


..Jom melancong.. segala-galanya ada di Malaysia..

Monday, November 09, 2009

Bowling lagi....

Di saat keadaan gaji yang lambat dan membuatkan kepala aku kusut nak bajet untuk bershopping, sempat lagi aku ke Ampang nak layan boling kan..hihihihi... apa boleh buat, itu kan sukan yg sihat... tapi ramai yg tak puas ati sebab aku JUARA ACARA....(bikin line panas kat sini) wakakakakaka.... bleh caya ke aku juara??
_________________________

Jangan tak caya lau nabil pon sama naik je main boling.... tapi semalam ada pengasuh tambahan.. uncle kamal..hohoho..

...let's layan the gambo...

-Juara acara utk first game-


-junior player pon sibuk je berebut bola-


-muka dia memang jambu kan?-

-ni amek kesempatan namanya (nabil buat muka gatai)-

-ni mula-mula demam..main boling lega..pas men boling demam campak lak..wakakaha..-

~senyuman yg cukup utk menunjukkan betapa bahagiannya aku~
_______________________________

itu la rentetan permainan kami... pada cerita benarnya aku lah paling corot sekali.. bukan sebab aku tak reti main okeh!.. tapi sebab nabil la dok kaco aku....hahahahah...

nota kaki: bila aku nak nengok uncle kamal ligan anak dia pulak?????

Friday, November 06, 2009

Azam 2009,

Dalam sedar tak sedar.. rupanya dah bulan NOVEMBER pon...... sat sangat aku rasa.. and umur aku makin melonjak ke angka 23 tahun..... teruja aku nak memegang angka tu sbg umur seorang kanak-kanak rebina...hihihi...

Dulu bukan main lagi mencipta azam... tapi azam tu stakat ni masih hampesss.... apa bleh buat kan... masih blum ada kekuatan, and maybe itu sebagai komitmen kot....

tak lama lagi bulan DECEMBER... my fevret month.. sebab apa?hihihi... sebab dapat bonus lar..haha..

aku teringin nak p pulau perhentian..huhuhuhu.. aku rasa aku nak p jugak tahun depan..hohoho...honeymoon boley??

tapi pulau Mabul Labuan pun syiok jugak kan....

huuuu~

_________________________________________

p/s: dun take note.. semua tu cuma angan-angan mat jenin...

Thursday, November 05, 2009

susahnya!

Susahnya nak memiliki sesuatu yang diingini..... susahnya bila aku tak boleh terima keadaan yang mcm ni..... tak membantu langsung!!~~


aku dah takde mood skrg....!

Wednesday, November 04, 2009

Keinginan atau Keperluan??

Aku ada masalah harini.... masalah yang bercanggah di antara keinginan atau keperluan.....huuuu...

Tadi aku try isu kat staf kat sini pasal aku nak jual hp.. E63 dgn harga RM500 je... tak sangka lak dia seyes nak beli siap nak bagi deposit... lagipun hp tu in a good condition lagi... reason nak tukar hp baru yg ada secondary camera.. so that senang la aku nak 3G kan... nak 3G dgn mak aku..heeeee....

So, skrg keadaan aku tengah dlm kegawatan ekonomi... cash ada, tapi cukup makan sementara nak tunggu next gaji..... so boleh ke lau aku beli hp baru dgn swap credit card??hihihihihi.....

aku cuma aim buat ketika ini, E71(sebab kaler puteh) or EM5800 (sebab screen bagak)..... cantik... tringin lak nak pakai touch screen kan..huu...

kan best lau ada bapak gula. borrow some cash... nak add on dgn 500 supaya dapat hp yang diidami...hohohoho...

so keperluan or keinginan????

Monday, November 02, 2009

Realiti dan Fantasi

Assalamualaikum,
yanie in the aloha~~

Harini aku tidak malas seperti selalu.. tiba-tiba mood yg mcm orang wayar spark tadi kembali ok setelah aku diberitahu meeting di tunda..yahoo...heheeh..

yeah, im not okay.. perasaan bercampur baur diantara 'realiti' dan 'fantasi'.. aku terima ini sebagai dugaan utk aku lebih matang dan lebih macho dlm menjalani kehidupan seharian...

dan aku yakin, antara realiti dan fantasi itu, aku terpaksa memilih diantaranya. mst realiti akan kecewa, dan maybe jugak realiti akan kecewa.tapi hakikatnya aku tak sanggup langsung berbuat begitu... atau realiti,fantasi, dan aku sama2 kecewa.. maybe itu lebih adil kan...... ini saja yg aku sanggup... tapi cukup kuat ke aku nak buat benda sebegitu????