Wednesday, July 27, 2011

Baju hero papa...

Hujan dan redup.. betul boring buat aku nak tidoq saja.. bos pulak outstation. kalau bilik bos aku ada sofa panjang macam bilik bos aku yg dulu, mesti dah jadi pot beradu..hahaha.. nasib la.

Since peknen, kaki aku selalu krem masa tengah tido. salah mengeliat je mesti kejong. kurang kalsium ke? mungkin. kesian anak aku dapat mak macam aku. ubat memang perkara paling tak di minati.. tak consisten langsung pemakanan suplement semasa mengandung. hopefully, baby sihat dan kuat hendaknya. apa boleh buat, aku tak boleh nak menahan loga kalau terbau ubat.

Semalam, alang-alang si suami bercuti boleh la aku ajak dia p queensbay mall. nak jayajusco la.. saja cuci mata baju baby kan. sebenarnya aku dah beli dah baju baby tru online blogshop. sangat cute. rasa aneh sangat bila ada baju kecik dlm rumah aku tu... so aku mms la si suami haritu "baju hero papa" hahaha... cute!
remote kat tengah tu saja nak tunjuk yg baju tu sebenarnya mmg cinonet... 
Semalam pulak hasih shopingan aku dan si suami, cuma dapat 2 pasang baju warna putih suci dan dua pasang mitten and bootee pun kaler puteh.. 

Ikut je lah kehendak si papa yang nak anak dia pakai serba puteh masa dalam pantang nanti kan. itu je yang aku baru beli. lagipun masih baru. baru 22w...... anyway, saja nak share hasil scan 4D putera kecil dalam perut haritu.. kecik lagi.. belum chubby doc cakap... tapi dia malu.................
berapa hari aku keciwi tok som tido dgn pict ni.... first baby kot mmg ada perangai macam ni. orang lain tak tahu la... bukan aku je. aku rasa si papa pon macam control macho je padahal dia nk je tenung lama2 pict anak dia. tapi malu-malu sebab si bini suka gelak2 kan dia... hehehehe...

Indah masa mengandung? yes, memang indah ada si kecik menendang, mengeliat n main macam-macam dalam perot.. tapi tenaga agak menurun bila mengendung sesuatu ni. biasala tu. aku kena biasakan. nanti nak beranak lagi kan! hahahaha..

Kena produce anak yg banyak since aku anak tunggal.. tak nak hidup kesunyian dan kesepian seperti diri sendiri..... wekkk......

Tuesday, July 26, 2011

Rumusan dan perkongsian hidup...

Aku antara orang yang kadang-kadang tak puas dengan apa yang aku ada. bukan tak bersyukur. tapi mahukan perubahan hidup dari satu fasa ke satu fasa yang sepatutnya. Alhamdulillah, dalam umur yang dikatakan sesuai, 23 tahun (ikut tarikh lahir), seru jodohku sampai dengan jayanya. dan Alhamdulillah juga dengan penderitaan mental yang aku lalui sebelum ni nyata membuat aku bahagia pada hari ini. hanya rakan terdekat yang mengerti apa yg aku lalui sebelum aku dinikahkan dengan lelaki yang aku kenal cuma setahun sahaja. cuma setahun.

Ya, tidak dinafikan memang ada yang bersuara di belakang, aku perempuan yang putus tunang. padahal masa tu hanya tinggal sebulan saja tarikh perkahwinan. semuanya sudah di booking dan di bayar depositnya. tahukah mereka bahawa sehingga harini aku insan yang paling bersyukur? mungkin tak tahu. putus tunang mungkin perkara yang memalukan bagi mereka. tapi bagi aku, nasib baik aku tak sempat berkahwin dgn orang yg bukan seakhlak dengan ku.

Tidak sampai setahun aku putus tunang. cuma beberapa hari saja. Atas bantuan abang aku, aku berkenalan dengan lelaki itu. setahun menyulam cinta atas restu keluarga kedua belah pihak, kami dinikahkan atas dasar cinta dan kasih syg. Kami tinggal berjauhan dalam tempoh 'bulan madu' bagi orang yg baru berkahwin. Bergaduh? usah cakap. kerna mungkin masing-masing rindu. dua minggu sekali baru berjumpa kerana suami aku mendapat projek besar selepas bernikah. ya, itu REZKI ALLAH... masalah bukan sekadar itu. masalah dikeruhkan lagi dgn penantian cahaya mata. semua orang berkahwin akan mahukan cahaya mata. tapi gagal dari sebulan ke sebulan. FRUST! walaupun aku tau usia perkahwinanku masih awal sangat-sangat. itulah. aku bukan golongan yang sabar. tapi bukan bermakna aku tak bersyukur. Mungkin jarak kami yang jauh. masa ini aku sujud dan mohon pada Allah permohonan pertukaran di luluskan. tanpa henti aku berdoa. aku mahu dekat dgn dia.... doaku masih laku.


Namun, REZKI ALLAH datang lagi. bukan cahaya mata. tapi, permohonan pertukaran ke utara di luluskan. walaupun aku hanya ditempatkan di Penang, namun aku rasa puas hati dan bersyukur kerna jarak perjalan semakin singkat.selagi aku berhasrat, aku akan berusaha untuk mendapatkan apa yg aku mahu bagi memastikan fasa kehidupan berada pada tahap yang betul.

LELAKI, walaupun nampak biasa pada dasarnya. tapi aku tahu sudut pandangannya pada kanak-kanak memang pandangan menginginkan sesuatu. aku risau kalau-kalau aku tergolongan dalam golongan yg tak mampu melahirkan. semua lelaki mahukan anak. mungkin dia tak mahu aku turut tertekan, alasan yang dia bagi "rileks, awal lagi.."

Dalam pada itu, aku sujud pada Allah dengan hasrat mohon bantuan. aku mahu anak. zuriat kepada suami ku daripada rahimku. aku mahu anak. itu yang aku doakan setiap kali menyembah Allah yg Esa. Sebulan kemudian, masih gagal. Namun aku tak berputus asa. aku teruskan berdoa dan masa tu aku rasakan aku cukup konsisten. dan sebulan berikutnya.....................

Aku selalu terkena gastrik walaupun sebelum ni aku tak ada pun gastrik. pedih ulu ati. mood nak merias kurang. malas usah cakap. walaupun sebelum ni aku malas. tapi tak ada lah semalas kali ni. naluri ku kuat untuk beli UPT walaupun tarikh sepatutnya masih belum sampai. beli sekadar simpanan. bila cukup sebulan masih boleh bersolat, aku bangun pagi-pagi buta dan test diam-diam tanpa pengetahuan suami. tapi! cuma satu garisan merah yg terang. aku FRUST dan aku pijak-pijak benda alah tu terus flush dalam toilet. OK, aku diam. seminggu kemudian, aku test lagi. tapi jugak 1 line merah yang terang. dan aku biarkan saja upt di atas singki. 15 minit kemudian aku tengok semula pada upt tadi. Ada dua line, tapi samar. aku mms gambar upt tu pada suami. dia balas "ada 2 line, tapi tak nampak sangat".. aku makin yakin yang aku bukan berimaginasi sampai menampakkan dua line di atas rod. dan aku jalani kehidupan seperti biasa. REZKI ALLAH. dengan doa yang kosisten, Dia telah mendengar dgn kasih sayang dan mengurniakan apa yg aku inginkan. Berdoalah kepada yang masih belum. aku test lagi sekali seminggu berikutnya. yup, memang dua garisan. Confirm!


Tak terhingga kebahagian itu bila dia senyum dengan bahagia sekali. aku tak nafikan, itu memang kebahagia kami. "thanks syg..." cuma perkataan pendek yang dapat buat aku terbang tanda bahagia. yes, setelah 4 bulan berkahwin kami disahkan bakal bergelar mama dan papa. namun masih fregile. bila-bila status yg bakal kami pegang akan berubah.

Bahagia cuma ketika baru disahkan. 2 minggu kemudian aku menderita. menderita dek alahan yang teruk. bila fikirkan kembali, aku mula hilang rasa bersyukur dikurniakan jantung kecil di dalam rahim. muntah rutinku dari pagi sehingga malam. makan ku tidak menentu. sampai suatu tahap aku merasa serik untuk mengandung lagi. sumpah! aku serik pada ketika itu. aku terpaksa mengambil cuti tanpa gaji selama dua bulan bagi memastikan keadaan ku betul-betul pulih. alahan beransur hilang bila kandungan mencapai minggu ke 18. lama bukan? tak semua orang yang akan melaluinya. ada yang teruk ada yang biasa-biasa saja. jadi jangan letakkan kefahaman alahan hanya biasa-biasa sahaja. giliran kamu akan tiba! bertapa menderitanya aku ketika itu.. seperti kain buruk mungkin.

Ketika itu, dorongan suami sangat penting. balik dari kerja dia akan paksa aku siap2 bawak aku jalan2 tepi pantai Kuala Sanglang. kalau tak, boleh terkena kemurungan. para suami sila ambil perhatian. jangan biarkan isteri anda terperuk di atas tilam saja pada waktu alahan macam ni. takut masalah lain pulak yang timbul. Meroyan.


Aku pulang ke penang semula semasa kandungan mencapai 19 minggu. aku rasa segalanya sudah kembali pulih seperti sedia kala. aku mula bersemangat dlm semua perkara. cuma bab memasak aku tak mampu lagi. masuk minggu ke 20, rasa bahagia datang semula. bila ada gerakkan halus di dalam perut. makin hari makin kuat. rasa tak sabar nak tau anak aku hero atau heroin. yes, papanya yang beria meneka hero. ok, let's confirm.. tekaannya benar. di situ, senyuman bahagia seorang lelaki terpamer lagi. siapa boleh bayangkan senyumannya meleret sampai ke dalam kereta. aku tahu dia bahagia bila tengok anaknya sedang bergerak-gerak di dalam rahim isterinya. nampak jari-jari comelnya. sangat manis kenangan itu.................

Kini, kami menghitung hari. menanti putera kecil yang comel untuk didakap sepuasnya.
_________________________________________________________________________________________________

*Ada seorang kawan merungut, aku lain... berkahwin pada usia yang muda dan mengandung dengan cepat.
  - aku rasa usia 24 tahun bukan usia yg terlalu muda. itu usia yg ideal untuk berkahwin bagi seseorang perempuan. dan usia ideal untuk seorang lelaki adalah 26 tahun ke atas. Dan suamiku ketika itu berumur 27 tahun. mengandung dgn cepat? aku tak bunting pelamin. aku mengandung setelah 4 bulan berumahtangga.

*Semua ini perkongsian pada mereka yang mahukan seperti yang aku mahukan. Berdoa lah. sehari 5 kali. jangan cakap tak larat nak berdoa tapi tiada. tak, Allah maha mendengar. dia suka kita merayu dan merintih padanya. dalam pada yang sama dia melihat pada kesungguhan dan keikhlasan kita berdoa memohon sesuatu daripadanya... menyerahlah sepenuhnya. Allah tak pilih kasih. Cuma manusia yang pilih kasih.

Setelah sekian lama.....

Dah lama aku lupakan blog ni since aku bertukar status penduduk. dari penduduk Bangi kepada penduduk penang. aku memang betul2 terlupa password dan address blog ni... tapi, ENCIK IT kat tempat aku ni terjumpa plak blog aku ni... camna ek? aku tak penah buka pon blog ni kat sini kot.... hohoho.. tak kisah la.. asalkan aku terjumpa balik blog kesayangan aku ni.. macam-macam ada kan... seronok ada, sedih ada, mengada-ngada ada..... tak kisah la... asalkan aku seorang yg jujur dlm berblogging... :p~

Actually aku baru je mula bekerja setelah bercuti panjang. bukan cuti bersalin. tapi cuti mengandung. tak patut memang tak patut kalau di fikirkan. tapi nasib aku la terkena alahan hingga ke tahap menjadi seperti kain buruk. lembik dan tak terurus.. tu lah.. sampai aku serik nak peknen lagi.. lagi tak patut. tapi sekarang dah best dah.. hehehe... aritu je tak best.. entry without picture memang membosankan.... tapi nak buat mcm mana. aku menumpang laptop bahagian je.....

Tuesday, January 18, 2011

Dating lepas majuk-majuk

Last weekend (15 Jan 2011)....

malam sebelum tu sebenarnya majuk.. ye lah.. sepa tak majuk. suami asyik keja saja... aku bukan nak demand. cuma kadang-kadang nk kan perhatian... last2 aku off hp.. padan muka abg..hihihih... and yg surprised nya, bangun pagi aku on hp, dapat mesej "ayang cepat la bangun. abg kat parking ni.." ha, baru nak datang.. kalau tak jgn arap la kan nk mai kat aku.........

Dating kali ni aku bawak abg p Taman Pertanian Malaysia kat shah alam.. mula-mula nek beskal. sewa rm5/hour untuk sebuah basikal. amek dua jadi la rm10. tapi kami naik tak sampai sejam pon sebab aku dah semput + mengah. best jugak la dating macam tu.. sebab selama bercinta tak penah pon naik moto or naik beskal....heheheh.. so enjoy the moment la kan.......