Thursday, October 29, 2009

Sebenarnya apa??

Sebenarnya apa?? ego? ok fine........ tak pa... show me ur ego over all.... and we will see wat gonna be happen.. and dun blame me ok... i'll try to understand u at all... but, i cant... becoz, i neet ur attantion jugak....

"hey, bleh tak jaga ati aku sikit??? sakit tau takkkkk!!!!"

Mood tarbiah....

lepas ni kalau ada orang cakap aku kurang ajar, aku akan cakap

" yes, memang aku kurang ajaq... so wat????"

Wednesday, October 28, 2009

I miss her...


Long time no see.... hanya bermesesan sja dgn nya..rindu la Ira.. bila la aku nak g jumpa ko ye...

Dulu selalu sangat mencapap sama-sama di kala bos outstation.. tak outstation pon sama je kan... imbas kembali detik kegiragan bersama beliau.....

Tuesday, October 27, 2009

Petua Menambat Hati Isteri...

  • bertanya secara khusus mengenai kegiata isteri sepanjang hari.
  • Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesaikan masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
  • Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian berkualiti terhadap isteri.
  • Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah. (bestnya lau dipujuk camni...hihihi..)
  • Tolong masak atau ajak makan di luar sekali-sekala.
  • Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya)
  • Pujuk bila isteri marah atau kecil hati. (Penting untuk aku..hihi)
  • Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
  • Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bertindak atau bergerak. (bg masa untuk sy make-up..hihi)
  • Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefom rumah. (sebab sy tunggu awak kat rumah)
  • Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
  • Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.
  • Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
  • Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.
  • Apabila hendak keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
  • Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.
  • Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari. (so sweet..)
  • Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, atau sekadar ingin memberitahu “AKU CINTA PADAMU”.. ( i like...)
  • Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari. (sukaaa....)
  • Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.
  • Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.
  • Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.
  • Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.
  • Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali-sekala.
  • Sentiasa lakukan ibadah bersama.(solat berjemaah jum..)
  • Jika “outstation”, telefon isteri beritahu nombor telefon tempat penginapan dan beritahu anda sudah selamat sampai.
  • Sentiasa kemas dan wangi sebelum masuk tidur bersama.(namau bau rokok k..hihi..)
  • Urut belakang isteri sekali-sekala.(urut jgn tak urut naa)
  • Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
  • Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.
  • Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan. (ini tips penting ni..mesti buat..ehehe)
  • Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan. (mesti buat tau..)
  • Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.
  • Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa. Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di khalayak ramai.
  • Lebihkan isteri dari anak-anak. (penting...)
  • Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda. (betul.....)
  • Seeloknya masuk tidur serentak. (mesti...)
  • Belai isteri sebelum pergi kerja.
  • Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.
  • Cari masa untuk berdua-duaan sekali-sekala.
  • Lakukan riadah bersama isteri.
  • Bawa isteri pergi berkelah sekali-sekala.
  • Tolong cuci atau jemur pakaian sekali-sekala. (tolong ye abg..)

Nota Kaki : Selamat belajar!...hihihih

Home sick..

Salam...
Morning...

Last weekend aku kena demam kura.. cmna ey demam tu?demam kura ni lau dok dalam rumah demam la... lau kuar segar bugar.. huuuu.. mak aku cakap demam rindu kot.. ye la.. demam rindu la... rindu nak lik kampung... lau tak sebulan sekali aku balik... tapi kali ni dah cukup sebulan tak lik lagi..huuu... raya nanti la baru balik...

Arghhh~ tensi la pala batu aku ni.. dah la gaji lambat.. nak beli baju raya lagi...huuu..


nota kaki : mak.. buat loan dgn mak dulu bleh? nk beli baju raya ni..hihihi..

Monday, October 26, 2009

takdir itu kadang-kadang...

Takdir kadang-kadang mempertemukan sesuatu yg tak diundang, menduga dalam bermacam ragam, memberi apa yg tak dirancang, membuat kita mengalir air mata kesedihan, dan takdir membuatkan kita merasa kehilangan, namun takdir memberikan erti perkenalan, menyulam erti kasih syg, mengenal erti sebuah persahabatan, merasai erti kegembiraan, mengenali sebuah ketabahan, memberi erti sebuah keakraban, memberi peluang mengenal siapa sahabat, kawan, siapa hanya sekadar kenalan dlm mengisi ruang dlm episod kehidupan..

bleh buat novel dah kisah aku ni...huuuuu

Segalanya ketentuan tuhan.....

Mungkin terputus di tengah jalan...
Mungkinkan terlerai tanpa ikatan...
Usah ragu dgn takdir...
mungkin kita akan berbeza haluan...
berakhirnya cerita percintaan..
SEGALANYA KETENTUAN TUHAN....

Allah tidak pernah berhenti dari menguji umat-Nya.. maybe itu cara dia menunjukkan kasih syg-Nya pada aku.....

cuma aku berdoa diberikan kekuatan.. Dia lebih mengetahui setakat mana ketahanan aku untuk bertahan dgn ujiannya... dia takkan bagi aku ujian Master level pada Diploma holder... heheh..
Best Regard~
Yanie wayar spark!!!



Thursday, October 22, 2009

kadang-Kala

Aku tak faham dgn sikap manusia terutama pompuan.... busuk ati...... nanti kawan-kawan jugak dicari.... ingat.. fire stone!

umo mcm dah tua.. gaya ala mak tiri.. tapi ntah apa-apa....

sapa terasa amik.....

jgn nanti nak mintak tolong aku, ko sendiri malu nak cakap k...

Aku tidak sesat lagi...


Gud Morning... mengantuk lagi la arini... ari-ari mengantuk kan..hihihi.. sebab aku ni bukan jenis yg suka bangun pagi2.. tapi dgn umo yg makin tua ni, kena blajar bangun pagi.. kan nanti nak menguruskan rumah tangga nanti..wakkakak..

Semalam aku p exam.. mcm hampa semua tau la kan.. tapi aku tak confiden la leh lulus..eheheh.. bleh ke camtu? dah la aku jawab cepat abis..pastu pensel tak bawak, rubber tak bawak, yg aku bawak buku PKPA n Pen biru je...hihihi.. bukan aku malas k... aku tak tau lak exam tu OMR paper.. and one more, aku ni bengap sebab tak bertanya pada yg sudah berpengalaman a.k.a hazzy ishak..hihihi.. lagipun memang tu la kekurangan aku untuk semalam.. preparation yg paling hampeh sepanjang aku menhadapi exam... takpa, next time make sure struggle okeh!!

btw, bila dah p exam untuk jawatan yg sama, mesti la aku berjumpa dgn kaum kerabat segala PA kan... and sudah semestinya aku jumpa member2 poli dulu... miss u all tau... tapi tak sempat jumpa lama sebab aku amek 1 paper jew... heheh... tunggu Ali kawen la baru jumpa semula ye... next krismas tau... jgn aku lupa sudey..

Bagi mengelakkan kesuntukan masa (preparation untuk jalan jem n sesat), aku ke rumah sepupu aku di ampang.. p kros kros kat sana... so that, dekat la sket untuk aku ke Adamson Hotel tu... Nasib baik la ada pertolongan encek-encek polis yg amat bersungguh-sungguh memberikan petua kepada aku untuk sampai ke hotel tersebut tanpa kesesatan..hahaha... thanks kepada Cik Nor, En. Nasir & En. Zaidi.. hhihihihi..

Ni pic budak sakit perot semalam.. cian dia.. hahah.. mak dia pon tak sanggup untuk membauuu... hihihih..



ni tunggu gemoQ punya pasai.... so, terpaksa la tahan hidung... hihih


Tuesday, October 20, 2009

Tazkirah - Lelaki dan Wanita

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3. anak perempuannya
4. saudara perempuannya.


Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita .....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Exam

Morning.... Esok exam la plak... kat hotel mana ntah.. malam ni baru nak explore dgn gemoq n kak nor.. (bleh ke?) hihihihi..

aku terlupa yg exam aku bulan 10.... nasib la ada orang tolong ingatkan...hihihi..sapa agak2 yg tolong ingatkan tu??huuu... arini baru aku kalut call library tanya sal buku.. baca la kunun..tapi mak aiii... tebal..aku ni bukan ulat buku sangat..ulat keyboard ye la kot...heheh..tapi esok bleh open book. so aku kena rajinkan diri untuk buat tagging la kan...

"bos, jgn kacau tau arini"..hihihihi.....

sebenarnya, aku salah isi borang exam... sepatutnya aku kena amek part B & C.. tapi aku isi part B je... reda je la... part C next year maybe on april kot.... so, takde la banyak benda yg aku nak kena ingat di saat2 terakhir kan.. ada juga la kebaikannya... kebaikan saja.. nak sedapkan ati sendiri..ehehe...

so, aku nak buat2 rajin tagging buku ni... mampu ke nak ingat?? tebaLLLL..

Monday, October 19, 2009

Tazkirah - Sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:
Allah berfirman:
“Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam dirinya, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam Diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari.”

Sungai Congkak - Jangan Pandang Belakang...

Well... ahad lepas, semalam la kot kan (cepat betui aku update).. ingin saja aku nyatakan pada satu dunia life aku sekarang yg penuh dgn warna warni kehidupan... ehehe.. tak salah kan.. jgn tanam sifat hasat dengki dalam hati.. nanti hati busuk... letak perfume pon takde makna lagi...

Aku p rumah sepupu aku la cam biasa every weekend... cuma last week je tak p sebab ada dating.. dating ke? so tiba-tiba minah senget (k.nor) ajak p sg. congkak.... aku lau ajak bejalan.. memang mau sangat laaaaaa.......hihihihihi.. so ikuti rentetan keseronokkan kami bercanda di dlm sungai yg cetek itu ye.........

*harini phone di ofis aku tak de line.. so sempat la aku update blog...hohoho.. tanpa telefon siapa la aku disini..wakakaka*

sebenarnya banyak lagi picture yg aku amek.. tapi maybe tidak sesuai untuk tontonan umum kan..hihihi.. so biala menjadi rahsia hidupku..hohohoho...

Friday, October 16, 2009

Tazkirah - Tegur cara berhemah

Ismail Kamus menambah, jika sukar atau tidak sampai hati menegur suami yang buat perangai, gunakan orang tengah. "Memang susah mencari yang boleh dipercayai tetapi itulah cabaran yang mesti dihadapi. Bagaimanapun cara penyampaian orang tengah itu biar betul dan kena caranya sehingga suami tidak menyalahkan si isteri. "Selain memberi nasihat, isteri hendaklah mohon kepada Allah dan bermunajat kepada-Nya tanpa jemu. Di samping itu bacalah surah Ali-Imran, ayat 83 yang maksudnya:

"Apakah selain daripada agama Allah mereka cari, dan baginya, menyerahlah sesiapa yang di langit dan yang di bumi, secara sukarela dan terpaksa dan kepada-Nya jua mereka dikembalikan."

"Ayat ini hendaklah dibaca sebanyak 1,000 kali sehari. Apabila hendak digunakan baca tiga kali dan tiup kepada orang yang berkenaan atau ditiupkan ke dalam air untuk diminum oleh orang tersebut. Mudah-mudahan, berkat doa dan air itu akan lembut hatinya."

Menjawab persoalan, bagaimana membelai cinta jika si suami asyik panas baran beliau menjelaskan. Apabila suami baran, isteri kena sabar dan redha kerana itulah suami kita. Orang yang baran sebenarnya ada masalah. Jiwanya sakit tenat dan perlu diubati. Perhatikan di mana kelemahan suami dan cari punca kenapa dia marah. Kemudian kita cari jalan supaya dia tidak marah. Umpamanya kalau isteri lambat masak, suami akan marah, jadi si isteri hendaklah menyegerakan memasak. Ataupun setiap kali balik kerumah, suami mesti hendak minum, jadi cari jalan cepat-cepat sediakan minuman. Ertinya kita hendaklah menutup segala punca kemarahan suami dan lama-kelamaan penyakitnya akan reda.

Kalau dia yang menyalakan api kemarahan, isteri hendaklah mendiam diri. Jangan sesekali marah kerana marah itu bukan milik kita tetapi haknya. Jika kita tentang kemarahannya, ia akan lebih cepat terbakar atau merebak. Lagipun api bukan lawannya api sebaliknya hendaklah disimbah dengan air supaya padam. "Untuk meredakan, amalkan surah Toha ayat satu hingga enam dan baca sebanyak 1,000 kali. Tiup kepada ubun-ubun atau mukanya sehingga kepusat sebanyak tiga kali. Insya-Allah akan lembut hatinya. Antara maksudnya,

"Tha, Ha, (Hai manusia), tiada Kami turunkan al-Quran ini supaya engkau mendapat susah. Melainkan peringatan bagi orang yang takut (kepada Tuhan). Wahyu yang diturunkan dari Tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Tuhan yang Pemurah berkuasa di atas singgahsana. Kepunyaan-Nya apa yang ada dilangit, apa yang ada di bumi, apa yang ada di antara kedua-duanya dan apa yang ada di bawah tanah."

Sebelum mengakhiri perbualan, beliau sempat menegur sesiapa sahaja yang masih mengabaikan rumah tangga sebaliknya hanya mahu berseronok dan berserakah, hendaklah segera bertaubat.

Nabi bersabda, Barang siapa yang telah melampaui 40 tahun namun kebaikannya tidak mengatasi kejahatan hendaklah dia bersiap sedia untuk masuk api neraka."

::Berapa ramai lelaki anggap isteri sebagai anugerah dan bukan simbol sex??::

Tazkirah - wanita:tulang rusuk lelaki yang bengkok

Walaupun hakikatnya bahtera rumah tangga itu sepatutnya dikemudikan oleh si suami namun era kini menyaksikan lebih banyak wanita yang lebih sensitif mengekalkan kerukunan. Maknanya wanitalah yang lebih banyak bersabar, menelan pahit maung kekurangan pendapatan atau menghadapi kerenah suami yang kadang kala membosankan. Wanita sepatutnya berbangga dengan kejayaan ini walaupun asalnya daripada tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok.

wanita itu ibarat daripada tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok, maknanya jika dibiarkan sikapnya yang tidak elok, maka begitulah ia kekal selama-lamanya

Lantaran itu andai si suami ingin memberi nasihat, hendaklah secara psikologi dan lemah lembut sehingga yang bengkok itu akan lurus. Sebaliknya jika menggunakan kekerasan, maka tulang yang bengkok itu akan mudah patah atau pecah. Misalnya jika isteri pemarah, membebel dan cakap banyak, si suami anggap sahaja ia cubaan yang amat kecil.

Allah berfirman, "Apa yang kamu tidak suka, itu adalah yang terbaik untuk kamu." Namun dengan perkembangan hari ini, nampaknya dunia sudah terbalik, si lelaki pula nampak gayanya banyak yang bengkok, selarnya.

.....Renungkanlah wahai lelaki budiman.....

Jamuan Raya Nuklear...

Pejam celik, pejam pastu celik lagi.... dah dekat sebulan dah aku beraya... puasa tak cukup lak sebulan...hehehe... no wonder la kan... nama pompuan normal..wakakaka.. sudah-sudah la merepek.. berangan nak p amek ic baru arini.. tapi maleh la.. banyak keja aku weyyy... keja apa??keja mcm2... next week bos aku dah balik dari france.. so ketaq la aku weyy......

tadi aku makan nasi beriyani je.. kenyang... kenyang dgn tengok orang ramai sangat.. malu sebab tu kenyang...hohohoho... tak kisah la kan.. yg penting japgi ada lagi jamuan kat department aku.. itu kompom tak malu... melahap lagi la pasni yooo... jgn gemuk suda~maintain takpe kan....heeee...
~danau - Nuklear Malaysia~


ni laksa tapi mcm tak mau bagi makan je... mangkuk alahai ciput..ehehe..tersalah bawak mangkuk agaknya..hohoho..ini orangnya kicik saja..tapi roti jala yg asalnya dia amek untuk 3 orang, dia telan sorang je...hohohoh.



Ini orang-orang yg sukakan camera

selepas puas berkawad kat danau, aku pun bergegas balik.. kunun nak p amek ic... last-last tak dan sampai pon coz dah time rehat diorang.. so balik la.. next week baru p okeh!!

roadtax pon tak dapat lagi ni.. takut la nak meronda lebih2..huuuhuhuh..

aku sangat hepi menjalani life sebegini.... thanks dear...

Thursday, October 15, 2009

cakap tak serupa bikin..

ingat tak semalam aku cakap tak mau p makan nasik dah??

tapi sekarang aku baru balik dari makan kat kedai yg sama...wakakakakak..

tak bleh pakai...


Wednesday, October 14, 2009

Tazkirah..


  • Doa ini diajar oleh Nabi kepada sahabatnya; "Ya Allah, kurniakanlah kepada ku Cinta terhadap Mu dan Cinta kepada mereka yang Mencintai mu, dan apa saja yang membawa aku hampir kepada CintaMu, dan jadikanlah CintaMu itu lebih berharga kepadaku dari air sejuk kepada orang yang dahaga."

  • Allah berfirman:"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagi kamu. Sesungguhnya orang-orang yang meyombongkan diri dari menyembahKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." -(Surah al-Mukmin :Ayat 60)

  • Tembam ke tembun??

    Fuh... baru balik dari melahap nasi lemak neng di bangi.. aku memang ketagih gila dgn nasik dia... apa dia letak eyy?? itu rahsia resipi dia la kan...hehehe..

    tengah aku riak mengunyah.. Bob a.k.a yusri a.k.a tok penghulu masa kursus induksi aku muncul... dengan muka ganasnya dia cakap..."yanie, tudia pipi hang tembamnya" sambil tangan dia tarik pipi dia sendiri.... so aku cakap "shut up you~" huhuhuhu... betul ke apa yg dia cakap tu?? ke sebab aku kurus then dia terasa jeles... wakakaka..

    pastu dia datang makan belakang aku... dia cakap "tembam la hang.. lepas induksi terus menghilang... bukan tembam dah... tapi tembun" kureng btui bob... huhuhuhuh..

    aku bertekad tak mau p makan nasik lagi start rini...hihihi.. tapi aku rasa aku da kurus la... sebab levis aku yg asalnya aku tak bleh pakai sebelum posa aritu, kini sudah boleh n mudah dipakai...hihihihih.. so? apa kata survey????

    ni aku tunjukkan gambo bob yg sehat tu...
    macam orang terbang daaaa.....

    maybe ati aku sedikit tenang sekarang kot... eheheh.. sebab tu makan lalu walaupun selalu makan tak abis...heeee....



    Don't Judge A Book By It's Cover

    Gud Morning.... Morning lagi... semua entry ada morning... aku ni mai keja pagi-pagi berblog je kot...huuu... blum ada mood nak memulakan kerja... hari-hari takde mood ke skrg? tak juga... tgh amek mood la ni...hihihihi..

    skema je tajuk karangan aku pada ari ni kan.... ntah la apa yg aku nak kupaskan tajuk-tajuk di atas... terasa nak tukar link sepintaliyan to something else... tapi lantakla.....bia jela orang nak membaca dan menilai....

    yes, pada luarannya aku memang happy n cergas... tapi dalaman aku sebenarnya tak semeriah tu pun.. sebab? maybe respect, hidden, or apa2 je la kan.... aku memang sorang susah nak cakap "tak boleh", "taknak", "tak"... bukan sebab aku tak tegas.. tapi maybe aku perlu menyusun ayat yang lebih indah bagi mengelakkan ada ati yg terluka or mengatakan aku ni 'kurang ajar'... itu saja... aku taknak lukakan ati orang yg tak pernah melukai aku.. lain la mcm si jantan bangsat tu kan... itu lain kes.. org mcm tu tak layak nak dapat penghormatan dari sesapa pon...

    ye, ati ni terusik bila dikatakan aku ni senang dipijak-pijak... tak, aku tak biarkan orang pijak aku. maybe rasa respect aku buat orang pandang aku senang dipijak-pijak.. nak pijak?? pijak la..huuuu... tapi bila aku tak suka, hanya tindakan aku saja yg menunjukkan segalanya.. bukan dari kata-kata... bukan menipu. tapi kadang-kadang kata-kata mudah disalah tafsirkan... maybe bagi aku cara tu dah lembut.. tapi orang lain rasa kasar n sakit ati.. betul?

    _____________________________

    tapi bila hati ni sudah suka.... lepak depan KLCC sampai 2-3 pagi pon tak pa kot....


    "Excuse me sir.. how many stories this building?"

    haaa... jawab kamal jgn tak jawab...



    "tahun bila Nabi Muhammad wafat??"

    ngeeeeee.......



    masa ni aku rasa mcm tinggal di oversea je... kiri kanan mat saleh, mak arap, pak arab....shopping kalah pompuan tuuu.....
    *luv diz pict...senyum seindah suria..yg membawa cahaya..senyum lah dari hati...duniamu bersemi*

    Tuesday, October 13, 2009

    Semalaman ku tak lena...

    Gud Morning... amat mengantuk hari ni.. tapi aku still cool walaupun datang opis terlewat sket...hihihi... well, aku sedia menjadi temanmu sekiranya aku diperlukan... aku takkan menolak kerna hati selalu berbisik yg indah aje bahh..... heheh.. teringin nak post pic tersebut, tapi risau ada yg sabotaj... kat dunia ni kita susah nak kenal hati budi orang rite?? biarla semua tu sebagai koleksi peribadi aku sj... (sebenarnya bateri camera kong)


    ____________________________________

    macam mana ye aku nak berkawen dlm keadaan aku sedang menanggung hutang seorang lelaki bangsat? bukan senang aku nak gunakan perkataan bangsat itu.. tapi bila aku dipanggil anak haram, anjing n segala maki hamun, aku rasa aku pon tak teragak nak bagi satu panggilan yg amat sesuai kpdnya... betul tak? bedosanya aku... ampunkan aku tuhan.. aku cuma manusia yg selalu melakukan khilaf... walau pd hakikatnya manusia telah dilantik sbg khalifah di dunia ni, namun ramai yg tak mampu menggalas gelaran itu.... berat ke? ye, terasa berat kepada manusia seperti aku... masih bukan pada jalan-Mu... pimpinlah aku tuhan.. aku sangat mau berada dijalan-Mu itu...

    ___________________________________

    aku rasa tak meriah pulak kan kalau takde pic yg tertempek kat sini kan.... tempek je la.. nak sabotaja ke apa ke lantak p hang la manusia...

    aku malas nak describe panjang... korang tafsir jela apa yg patut sal pictures di bawah ini ye.....

    mai tengok pakcik kupas durian.... durian ni durian fresh tau.. aku p kutip kat dusun..best...



    naik segala urat saraf tuuuu....




    pandai dia posing...cukup mau dgn camera budak ni..hihihi



    mcm anak bapak da....



    kecik2 dah pandai hug anak dara orang ye....



    _____________________________________________

    pic di atas semua diambil di banting sempadan klang rumah family angkat kamal kot... betul ke?? tapi memang best la ini punya family... rasa mau pigi lagi maaa... tunggu kamal bawak la ey... hihihi......

    Monday, October 12, 2009

    saja nak share....

    tak bleh share lebih-lebih yeeee.... cukup la gambar ini bukti aku duduk atas seat idaman... ni kalau masuk myvi mcm lawa je kan..... ahahahah...


    Biar gambar saja yg berbicara..... apa maksud semua ni...hihihih..


    Forgiven..

    Maafkan aku... aku tak bermaksud nak melukan ati kamo.. tapi aku cuma insan biasa.. cuba mengelak sedaya upaya untuk membuatkan kamo terluka, namun tersasar juga.. maafkan aku ye... sumpah, bukan niat aku untuk bermain dgn perasaanmu... izinkan aku begini, kerna Allah lebih mengetahui apa yg sedang aku alami.. aku mohon kamo fahami aku.. supaya aku terhindar dari tekanan dunia ini...

    sekian.

    Friday, October 09, 2009

    Maafkan aku seandainya aku tidak sempurna..

    Welcome... baru pas tido.. tido ke aku?? sebenarnya tak.. banyak gangguan disaat aku nak menyulam mimpi terhadap sidia.. eheheh...

    Kadang-kadang aku terfikir, kenapa aku ditakdirkan begini?sehinggakan kekadang rasa ingin salahkan takdir.. tapi alhamdulillah, aku cepat sedar. aku tau, setiap yg berlaku ada hikmah.. mcm yg baru aku lalui sekarang.. bersyukur kerna aku dipratontonkan dgn sikap yg aku tak penah nampak sebelum ini. dan dari situ aku mula menilai. kenapa aku nak menyiksa diri aku untuk bertahan dan terus menerima apa yg berlaku seadanya.. aku perlu perbaiki kehidupan aku ke arah yg lebih baik dan lebih sempurna.

    Jangan memandang aku dgn sebelah mata.. pandanglah aku dgn mata hati, kerna hati akan membaitkan rasa. pandanglah ke bawah ketika berkata2 dan jgn terus mendongak sehingga mengguriskan hati orang yang tidak sepatutnya...jgn anggap kerna tak ada orang kuat dalam hidup aku untuk membela aku, korang boleh buat apa saja okeh! aku masih ada yg tersayang..... mereka yg akan membela aku walau mcm mana keadaan aku sekalipun.. ingat?

    Walaupun aku begini, aku masih tahu menghormati keadaan. aku masih menjaga kata-kata walaupun dalam hati hanya Allah yg tahu.....

    Tak bernilai sangat ke aku ni?? persoalan yg selalui menghantui benak dan sanubari.. akhirnya, aku dekatkan diri pada-Nya yg Maha Esa dan Maha Mengetahu.. ternyata, itu ubat penenang yg paling mujarab daripada carlsberg, tiger, 99, stout, sevenseas and so on..... dan lebih tenang dari nospan, estasi (betul ke eja?), kuda n so on...... aku mula menjadi pengadil diri.. mengisi ruang kosong yg sudah lama aku biarkan tidak terisi.. dan aku diberi jawapan. melalui kata hati, aku telah membuat keputusan yg paling besar dalam hidup aku pada hayat ini.. Alhamdulillah, aku masih tenang selagi dia jauhkan diri dari aku tanpa mengeluarkan kata kesat pada aku...

    ******************
    Terima lah aku seadanya seandainya kamu pemilikku.......
    *******************

    nota kaki : aku hanya akan menangis bila aku geram n sakit ati.. kerna bila aku tak dapat melawan... aku akan menangis.. bukan sebab sedih okeh!

    Bila aku dah mencik~

    salam jumaat... jgn lupa p sembahyang jumaat ye pacar-pacar sekalian..... aku suka... ehehehe...

    tajuk aku arini.. ntah la apa kena mengena dgn kehidupan seharian untuk hari ni... skrg aku mula bencikan sesorang... actually bukan sorang... buruknya perangai aku ni.. benci kan orang... bukan tu yg mak and tok aku didik dari dulu.. tapi kenapa aku tak ikot apa yg depa dah ajar n didik aku?? berdosa kan? derhaka kan? mak, tok, ayah... ampunnnnnn~~

    Actuallu, untuk perkongsian bersama, anak-anak bukan belajar melalui perkataan ibu bapa mereka. tapi melalui perbuatan yg di pamerkan... kalau kita taknak anak-anak menipu, kita jgn menipu mereka.... apasal aku cakap sal anak lak ni???? belum kawen maa... masih solo.. but available kah daku?? huuuu... no status..

    bila aku bencik... jgn mesej aku kecuali pasal duit aku okeh! simple and mudah difahami... bleh tak jgn cakap banyak? belajaq guna bahasa orang islam k... jgn guna bahasa mcm kafirun....


    tengkiuk!!!!

    Thursday, October 08, 2009

    Aku Jatuh cinta lagi.......

    Sungguh... tiada yg mustahil untuk jatuh cinta berulang kali....... aku tak pasti ini semua satu fantasi atau realiti... tapi aku tetap akan mengorat 'perkara' yg aku cintai itu sehingga aku dapat....

    Jangan jeles.... blueks~~

    hahah... aku selalu terpana dan terkesima takala terpandang bodynya yg seksi, puteh melepak n kasutnya yg besar itu menampakkan ia amat hebat dan ganteng sekali...

    Ya Allah bantulah aku untuk mendapatkannya... aku amat meminatinya... adakah dia juga mempunya perasaan yg sama seperti aku??? berikan aku jawapan dan petanda Ya Allah...

    atau aku hanya mampu berangan dan menangis di sebalik guri...hihihi...

    aku akan dapatkannya suatu hari nanti.... dan aku harap aku tak lupa diri sekiranya aku dapat memilikinya suatu hari nanti.......

    ...


    ..


    .

    tadaaa~~~~


    ::mintak maaf tuan kereta::
    ~kereta idaman~

    "mak... kalau i beli caldina, bulan2 kita share bayar boley ka??"


    nota kaki : biar papa asalkan bergaya okeh!!!


    masalah hati dan nurani

    Gud morning n selamat malas semua orang untuk memulakan pagi yang penuh dgn kemengantukan ini........ ari2 aku mantoi.. ehehe.. benda rutin la tu kan....

    **********

    susah untuk mentafsir orang di sekeliling kita... kadang2 apa yg dia cakap di hadapan kita, amat berlainan di belakang kita... (bleh tak lau aku panggil pinggan dua muka?)

    tapi, untuk apa aku kisah walau pada hakikatnya aku amat kisah.. lau dia tak kacau aku memang totally aku tak kisah..

    tapi, apa salahnya kalau dah rasa bersalah tu, rendahkan ego..... jgn nak buat tebiang! (bahasa kedah)... menyakitkan ati aku walaupun aku tetap bercakap mcm takde apa yg berlaku....

    hidup ni, kalau selalu bawak mulut merata (means tinggal la mulut jahat tu kat rumah je) susah.... kerana mulut badan binasa kan.. tapi sapa yg binasa kan dia.. bukan aku, bukan ko.. tapi Allah saja yg layak menghukum...
    Apa guna ko solat tungging terbalik tapi ko selalu membawa keaiban orang di serata pelusuk dunia?? tepuk dada tanya selera okeh!~

    ************

    susah jugak kalau lain bahasa ni... aku cakap sepanyol, dia cakap jepun.. bahasa aku lembut dikata kasar... so, kalau tak faham kena tanya.. malu bertanya sesat jalan.. tapi takkan aku nak menegur tak tentu hala kalau tak bersebab kan? aku akan meluahkan sekiranya ia menyakitkan hati, menyakitkan mata n menyakitkan telinga.... dan maybe benda tu sudah lama berlaku n perlukan perubahan untuk keselesaan semua... jgn mudah sentap bila kita hidup bermasyarakat.....

    ***********

    takpe... aku rasa semua itu totally bukan salah aku okeh! sebab apa? bukan taknak mengaku salah sendiri.. tapi, sapa yg mulakan?????? itu persoalannya... senang cerita, bila aku tak kacau life hang, just shut down ur mouth okeh... eazy rite??

    *******

    fikir-fikirkan dan selamat beramal........

    Wednesday, October 07, 2009

    waiting...waiting...waiting


    ***************************************

    aku pun tak faham.....

    Ya Allah berilah hamba-Mu yg hina ini petunjuk dan hidayah daripadamu....
    Amin.....

    *************************************

    aku suka kamu... kamu suka aku??

    suka tu sama mcm syg ke??
    suka tu sama mcm cinta ke??
    suka tu sama mcm makan eskrem ke??

    memang sah aku dah gelong......
    ***************************************

    ~End~

    Tuesday, October 06, 2009

    Ya Allah....

    Bismillahirahmannirohim..
    Ya Allah ,
    Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan aku dengannya.
    Terima kasih untuk saat-saat indah yang telah kami nikmati bersama
    Terima kasih setiap pertemuan yang telah kami lalui bersama
    Terima kasih setiap saat-saat yang lalu. Aku datang bersujud pada-Mu,
    Sucikan hatiku ya Allah,
    agar dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku.
    Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
    janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya…
    janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya.
    Kikislah pesonanya dari setiap pelusuk mataku,
    dan usirlah dia dari relung hatiku
    Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini,
    dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
    Bantulah aku agar dapat mengasihinya hanya sebagai seorang sahabat.
    Tetapi jika Engkau ciptakan dia untukku, ya Allah,
    satukan hati kami…
    Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya
    Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya.
    Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana aku yang telah Engkau ciptakan.
    Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh mencintai dan rela berkongsi suka dan dukaku dengannya.
    Ya Allah Maha Pengasih,
    dengarkanlah doaku ini…
    Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu.
    Allah Yang Maha Kekal,
    aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku,
    luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.
    Semuanya ini mengajar aku untuk hidup lebih dekat dengan-Mu,
    untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju jalan terang-Mu.
    bimbinglah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.
    Jadikanlah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang terjadi dalam setiap hidupku, Ya Allah

    Heppy-nye-lah-sekarang-ni-New Fecelift

    Ups~ jgn ada yg mare okeh!.. aritu ingat nak invisible kan rumah ni... tapi busan jugak kan... yelah, banyak ruangan sosial yg dh di blocking skrg ni.... lau blog pon di blocking jugak, apa aku nak buat??huhuhuh....

    let's check apa aku buat seminggu sebelum raya, masa cuti hari raya n last week di Ampang rumah sepupu sepusat aku......

    Rumah kazen-Bukit Tinjau-Mid Vell
    ~Nabila Danisha~


    ~Nabil Danish~



    ~Model MNG kids~


    on the hari raya...(dah basi tapi nak update jugak)
    ~Angah~


    ~Along~


    ~Adik~


    ~Mak Teh and Anak menakan sekalian~

    ~ini la tuan punya darah daging aku..mak aku...~


    aku mcm biasa, akan menjadi orang terakhir akan mandi.... biasa la.. kena beratur mcm jalan kat kL je.... tapi aku sudah biasa dgn keadaan mcm ni.. starting aku tingkatan 5 orang dah tak bagi aku mandi awal.. nanti orang belakang tensen....
    ni la muka yg aku sempat snap sementara menunggu turn mandi...hihih.. orang dah berbaju raya tapi aku stil dalam kain batik...


    Beraya di Rumah Fitriah~Farah & Fitriah~


    ~Dia Cantek, Saya Comot~


    Loving Couple 1


    ~Loving Couple 2~


    ~no caption~


    hahaha.. biarkan... raya ke-5, tak abis lagi berjalan... ke sungai petani pulak.. kenduri classmate aku... dah kawen dah budak ni...huhuhuhu... cantik jugak baju dia.. laki dia pon hensem.. sesuai dan sepadan bangat..... aku doakan semoga hubungan mereka kekal sampai ke akhir nyawa... amin...

    ~ini bukan pengantin ok~



    ~ini baru pengantin~


    ~terpamer wajah keceriaan~


    ~candid kah ini?~


    ~sedang amek berkat~


    ~kawan seangkatan~

    berakhir sudah perjalanan bersama mida n zati ke rumah shima.. selamat sudah beliau berkahwin dgn seorang yg sudah pasti dapat memberikan 1001 sinar kebahgian di dalam diri beliau.........

    masih ada lagi gambar yg perlu di pamerkan....
    1 week after raya..... aku ke ampang lagi, tempat aku bila hari minggu.....
    minggu ni ada open house di IPD Ampang... bleh la aku menggedix sket dgn kak sepupu aku yg cumil tu kan...ahhahah.. let's dance together~~

    ~dah lama tak amek gambaQ sendiri..perasannnn~~muka sedang bencikan sesorang~


    ~aku makin slim... i likeeee~



    ~sungguh cumil mereka ini~
    ups~sila seypak kaki saya...hohoho...jgn marah~~

    ~macho tak saya??~


    ~Mak Ndak, K. cik n bella~

    ~anak sedara aku ni memang suka camera.... ada ja dia nganga lau amek gambo...~
    ~sila vote untuk saya!!~~

    Semalaman yg seronok... di tambah plak dgn additional meeting with... siapa? orang gila ke??
    ye.. sapa yg nak kat aku adalah orang gila... ahahahah...

    *aku akan buktikan org yg hidup dgn aku itu adalah orang gila..gilakan aku.. hatinya ikhlas menerima aku seadanya*

    keesokkannya....

    Nabil~ jum ikot chaQ n acik p karoke!!!!!!
    hahah.. macho tak?? anak sedara dgn mak sedara boleh kamceng tuuuu.... siap mintak pacakkan rambut dia....huuuu..

    pesanan chaQ: Nabil besaQ nanti jgn jadi playboy tau... nanti chaQ kutey keluaQ isi...hahah..

    Hanya kami ber3, tapi tetap seronok...wink* wink*...
    ~dah lama tak amek gambaQ sendiri~
    hahahah



    ~geram aku budak niii...mcm nak kutey ja rasa~~K. cik cumil~hehehe~

    berakhir sudah muka baru aku.. dah lama tak update kan... rasa mood dah down semenjak dua menjak ni... tapi sekarang bangkit kembali... why?? tak perlu la aku mantion di sini wat's going on in my life.... agak porak peranda seketika... tapi dgn kekuatan yg ada, im wake up n never give up... life must go on...

    thanks for all supporter.. perlu ke aku mantion nama diorang?? tak perlu la.... ehehehe.. bukan ada orang kenal pon kan...

    thanks for those yg selalu asking me "dah solat belum??"

    im waiting without heart....

    really wanna knoe the hidden defination....