Sunday, March 22, 2009

::Tips untuk menjadi suami yang romantik::


Sikap romantik sebenarnya lahir dari perasaan kasih sayang yang tulus. Ia adalah manifestasi daripada hati yang baik dan akhlak yang mulia. Sikap romantik boleh diterjemahkan dalam bentuk percakapan dan perbuatan.

Antara perbuatan yang boleh diamalkan bagi membentuk sikap romantik ini adalah ;

  1. Sentiasa memberi ciuman mesra pada isteri.
    Anda boleh cium isteri anda samaada di dahi atau boleh juga dimulut pada setiap sebelum keluar bekerja. Si isteri pula bolehlah mencium tangan suami semasa bersalaman. Selain itu, anda juga digalakkan untuk cium isteri sebelum tidur. Ciumlah dahi isteri sambil mengucapkan “I LOVE YOU DARLING”. Sesungguhnya ciuman yang mesra dapat memberi suntikan semangat pada si isteri dan si suami.
  2. Sentiasa memberikan pelukan pada isteri.
    Selain daripada mencium, anda juga boleh memeluk atau mendakap isteri anda sebelum keluar bekerja pada setiap hari. Pelukan dapat mengeratkan kasih sayang. Kajian mendapati, orang yang selalu peluk isteri akan jadi lebih bertenaga dan bersemangat.
  3. Bercakap dengan lembut dan menggunakan perkataan yang baik. Setiap perkataan yang kita tuturkan sebenarnya memberikan bekas pada si pendengar. Justeru adalah sangat penting menggunakan perkataan-perkataan yang positif dalam perbualan anda dengan isteri. Jangan sekali2 meninggikan suara dan menggunakan perkataan yang menyakitkan hati isteri.
  4. Panggi isteri dengan panggilan yang manja.
    Panggilah isteri anda dengan panggilan yang paling disukainya. Anda boleh menggunakan panggilan seperti “Dinda”, “Honey”, “Sayang”, “Darling” dan sebagainya bagi menunjukkan betapa kasihnya anda pada isteri anda.
  5. Bergurau senda dengan isteri.
    Cubalah hiburkan isteri anda dengan gurauan dan usikan yang tidak melampau.
    Kadangkala buat lawak bodoh pun tidak mengapa asalkan si isteri gembira.
  6. Pegang tangan isteri ketika berjalan. Berjalan seiringan.
    Sentiasalah berpegangan tangan dengan isteri ketika keluar berjalan. Ramai diantara kita ni, hanya suka berpegangan tangan masa belum kahwin. Tapi bilah dah kahwin, dibiarkan isteri berjalan keseorangan. Lebih teruk lagi, isteri ditinggalkan jauh berjalan di belakang. Siap buat macam tak kenal lagi…ish ish

::30 Sebenar Maksud Wanita::

Sebelum kita kahwin, sebenarnya elok kita mengetahui apa maksud wanita apabila sesuatu reaksi dari wanita yang kita sayangi .

1.Bila sorang wanita mengatakan dia sedang
bersedih, tetapi dia tidak
menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis
di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu
menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa
untuk menenangkan hatinya
semula sebelum kamu
menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar untuk cari alasan yang dia benci
tentang orang yang paling dia
sayang(oleh sebab itu banyak wanita yang patah hati bila
hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang
lelaki,lelaki itu akan
sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia
sedang keluar dengan lelaki
lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung
tajam ke dalam matanya,dia
akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang suka akan pujian tetapi selalu tidak
tau bagai mana dia
menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang suka
kamu separuh hati, tolak
cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab
ada satu semangat dalam diri
wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat
keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri
darimu selepas kamu tolak
cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu
masih ingin menganggap
dia sorang kawan,cobalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka
rasa.Muzik,puisi,lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi
hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka
anggap tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood
wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam
diam memberikan respon
positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si
gadis akan bersikap acuh
tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik
nya telefon diletakkan
dia akan menjerit kesukaan dan ! tak
sampai sepuluh menit,semua
rekan-rekannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu arti bagi
wanita.Jadi jangan senyum
sembarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan
dengan persahabatan.
Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan
lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan
setiap kali kamu ajak
keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat
denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia
menghubungimu atau menunggu
panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali menebak apa yang
dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering
bertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling
romantik untuk memikat
hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan
membaca buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh
wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah
hatinya,kemudian barulah
dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di
fikirannya tetapi lelaki yang
dicintainya sekarang akan berada di tempat
teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi…….’ saja sudah cukup menceriakan
harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia
rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik
dengan mereka semata-mata
berselingkuh dengan kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur
dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.

26. Semua wanita maukan sorang lelaki yang cintakan
mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah air mata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang
disayanginya mengadakan surprise
buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan
romantis).Mereka akan rasa
terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai
setulus hati.Dengan ini dia
tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil
resiko tentang mereka dan tentunya
baik terhadapnya.So,kalau pgen memikat wanita
pandai-pandailah dlm bertindak…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana
apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh
jiwa.

Harap tips diatas boleh membantu saudara untuk menghadapi alam perkahwinan .

Wednesday, March 18, 2009

15 February 2009

Sobs..Sobs.....

tengok la bf no.2 aku ni......cian dia kesakitan...mata terkeluar...badan luka2....akitabat lembu....huhuhuh.....sedihnya....dah dekat sebulan kat sepital tapi tak sembuh2 lagi....sakit ati aku bila kena datang keja menumpang orang.... susah lau menumpang org yang tak ikhlas nak menolong... muka pon cam tak best je... dah tu nak balik pon risau.. kadang2 kena cari org suro anto kan.... adus....susahnya hidupku takder keter..........

~cepat la sembuh vivi......huhuhuhuhuhu~

Tuesday, March 17, 2009

::All About Myvi Club::


::My puteh vivi::
~spek kilang~






::Myvi Motorsport Club::


Merupakan sebuah club myvi yang agak aktif di dalam malaysia..... yan join this club since Oktober 2008.... dulu antara ahli yang paling aktif.... tapi skrg tak lagi....ada komitmen lain...eheheheh.... rasanya takder ape nak citer sangat....jom kita layan gambar myvi.....
~baru nak melaram kasut baru~
~see..........sedihnya.....~

**********
::MMC Northern::

Ni yan benti kat budak2 northern masa on the way lik kedah...singgah kat penang jap beramas mesra dengan kawan myvi utara region...hapening lalat ler...eheheh..thanks to es blanja char koeteow...memang menjilat r char koeteow situ..ekekekekke... AND kepada Big Bos thanks jadi Pak Supir........ Kepada Sis Iza n Jart.... gelak sampai pecah perut la lau lama lagi lepak dengan hampa....ehehehehe,,, ~bigboss, sis iza, yan, jart~
~tukar cameraman~

*************
::Chamang Convoy::
.....ni unofficial TT yang ke berapa pun tataw la...sebab banyak sangat unofficial TT yang dibuat sesuka hati..eheheh...
ini convoy ke chamang, pahang untuk bermandi manda air terjun di sana...keadaan sungai memang syiokkkk....air kuat...tapi tempatnya agak mengerikan.....
jom layan gambar~~.....

~Benti tepi highway jap~

~Bersama cek farah yang pengekoQ yang berjaya~

~clubmate~

~sampai ke destinasi.. susun keter molek2~

~posing luuuuuu~

~kak nurul~

-layan aiskrim dengan kak sara~

~dah nak balik dah~

...Otw balik benti jap rumah mamat efiQ..tgk baby cute, minum kopi, makan rojak home made mak die n then caloooo bette....kepala dah letih giler.....otw balik ada perkara mistik yang berlaku...jeng~jeng~jeng...

.....malas nak mention, nanti aku lak yang ketakutan.......

....jom layan gambar yang seterusnya.....

::Convoy ke Ulu Yam::

tgh shopping kat metro kajang, aina call....

"yan, buat pe??jom g ulu yam.. check poing petronas tesco ampang..pukul 1 ptg"

alamak, ni cam arahan je..eheheh... bergegas la aku dgn housemate aku untuk balik amek baju2 nak pakai mandi....

dah tu, cari tesco ampang lak tak jumpa...ades..........

setelah di beri direction yang memeningkan oleh casturi, kitorang pun sampai la di tempat yang tak penah aku sampai tu...maklumla...newbie driver..

jom layan gambar lagii~~

~The Journey begin~

~House Mate~

~Dah puas mandi n dah nak balik pun..tapi tgh bincang nak ke mana lak pasni...BOLING!!~

~makan dulu sebelum main BOLING~

~Comelkan bila bidadari puteh ni bersatu?~

lepas lepak kat kedai mamak sampai lebam, mata yan dah tak tahan n ajak kawan2 balik... yan tak tau jalan2 kL masa tu.. so follow bro man sebab die otw lik nilai, so sejalan dengan bangi...tapi ntah camner dengan kelajuan yang yan bawak (maklumla,jalan lengang tengah2 malam kan), terlepas pandang bro man masuk simpang....dah terlepas mana ntah, masuk jalan dengkel yang gulap gulita...kul 1 pagi..takuttt..nasib bukan bawak keter sorang....sampai rumah dekat pukul 3 pagi.............gile ahh..

::Charity Event::

::.Desa Amal Jireh, Semenyih.::

Official TT

~yan & kak sara..posing luuuu~

~mana satu keter yan niii??~

~candid niii....dah sampai di Desa Amal Jireh, Semenyih~

~ish-ish....ape preQ ni buat...~

~Sonoknye diorg masuk TV::

...pas balik dari rumah anak-anak yatim n orang tua ni kitorang benti kat kajang... lepak kedai mamak Ayza sambil layan gambar yang di capture...kehkehkeh...

.......lepas dari penat bersembang n ketawa berdekah-dekah, kitorang ke Metro Point Kajang yang tak jauh dari kedai mamak tu....buat pe kat situ??buat pe lagi????layan BOLING r........

..::Selepas BOLING, balik la kami::..