Thursday, December 31, 2009

Perhatian!!

Salam...

Sila amek perhatian to all readers..........

Sekiranya :

aku ada melakukan kesalahan atau apa saja yg mengguris atau menyakitkan ati secara aku sengaja ataupun tidak..... kepada....

1. Mak, tok, dan family (depa tak baca pon.. maybe boleh refer bila aku dah 'kembali' nanti)
2. Kamal Husni
3. Kawan-kawan (bagi yg mengaku kawan aku)
4. Musuh (kalau ada)
5. Jamil dan Na sekeluarga
6. Semua Orang yang penah ada hubungan denga aku..

AKU MINTAK MAAF!!!

Kalau taknak maafkan, terpulang la... aku faham, korang bukan Nabi nak ampunkan semua orang.. korang semua cuma manusia biasa (sama macam aku) tidak terlepas dari dendem kesumat......

tapi hari ini aku baik hati...

AKU MAAFKAN SEMUA
Termasuk anak Jamil & Na...... Tapi jgn ingat aku halalkan hutang dia tu ye. kalau taknak bayar it's ok, Allah maha adil.... Halalkan? Oh No.... Sila bayar!
--------------------

~Just Forgive & Forget~

Deal?

N17 ke N27?

Salam.....

Salam tahun baru start esok ye....

Sejauh mana kebenaran ini? :

"PT Kesetiausahaan Gred N17 yang mempunyai kelayakan Diploma ditukar lantik ke skim perkhidmatan Setiausaha Pejabat Gred N27 berkuatkuasa 1 JAN 2010. Gaji permulaan berdasarkan matagaji di Peringkat 1(P1) Gred N27. Elaun & kemudahan sblm ini adalah terus berkuatkuasa di bawah skim perkhidmatan ini."


-----------------


Pernah juga aku dengar ura-ura yg N17 akan jadi N27.. tapi tak tau sejauh mana kebenaran tu.. and statement kat atas tu aku baru terima dari salah seorang rakan YM yang mungkin juga seorang PT Kesetiausahaan.......


------------


nota kaki : kalau betul best jugak... tapi banyak sangat ke perbezaan gaji?


Wednesday, December 30, 2009

Uit.. High taste jugak...

Petang....

Sebelah petang, bos aku kembali ke opis seperti sedia kala.........
keadaan itu sama sekali tidak menyekat untuk jari aku menari-nari di atas keyboard dgn kelajuan 60 patah perkataan seminit... mak aii laju shoit...

Disebabkan kek tu masih berbaki 2 potong, aku pon mula la membodek :

Daku : Dr., nak kek?
BOS : kek? errr.........
Daku : (dlm ati) 'mcm tak nak je'... cheese kek Dr.,
BOS : Chese cake? bleh bleh....


Amboi... sponge kek taknak ye.....hihihi..

..................................

nota kaki : jadilah setiausaha yg pandai membodek sekali sekala... sekali sekala je tau.. jgn lebih-lebih..eheheh..

Update... Touching plak~

im back....

Setelah kekenyagan melahap cheese kek blueberry (aduhhhh.. sedap bangat), aku kembali ke meja pengarang untuk mengarang apa yg ada di benak dan sanubari ini.......

Tadi aku cakap masa aku tengah menulis entry sebelumnya, ada incoming call.. unknown number.. bukan dari mereka yg nak menipu duit aku, tapi dari sesorang yg dipertanggungjawabkan utk sampaikan sesuatu....

Sebenarnya entry tadi nak meluahkan perasaan... takde pon orang bagi kek kat aku... hihi.. tiba-tiba *gedebuk* sampai sebuah kereta waja berwarna silver no plat ***6767.... ala-ala no keta aku.. eheheh.. aku menunggu dgn sabar.. menda apa la kak ni nak bagi aku.... pastu tada~~~ sekotak yg berisi kek berada di tangan aku............

Dalam kepala aku cuma ada kamal husni.. mesti dia punya kerja la ni.... then dgn anugerah keramahan yg Tuhan bagi kat aku, aku tanya Kak Fiza.... sebenarnya Kak Fiza ni kawan Kak Shima pembuat kek setia untuk aku ketika ini... Kak Fiza ni klik Kak Shima dari Puchong, tak jauh dari Bangi tempat aku keja...

Yang boleh aku tau kak syima terlibat, kak fiza dah bongkarkan rahsia kamal husni n kak syima.. terus aku call kak syima... eheheheh.. thanks kak n my beloved darl.... love love love.. memang pandai menyimpan rahsia noooooooo....hehehehe..

Dahla nak order kek buat suara mafia.. kan kak syima kan...hihihihi..

gambar? nanti aku upload.. kek tu sangat sedap.. kaler lak puteh je.. sebab kaler kesukaan datuk kamal husni kan...

keknya tak nampak sebab ediblenye beso dari kek... tapi kek tu sedap.. tak tipu r....
----------------------------------

Tiba-tiba ati ni touching lak.... best kan dapat kek dari orang yg kita syg. yang penting surprise... itu orang kedua yg beli kek untuk birthday aku selain arwah ayah... kamal husni.. nama orang yg sgt sygkan aku...


selebihnya, terpulang kepada pemikiran hampa semua okeh...

*kek tu sempat melihat Nuclear Malaysia juz for a while..*


*Thanks for reading* Juz for sharing keseronokkan yg ada di hati... plz jgn dengki okeh... hohohoho..


Kadang-kala indah...

Salam..

Thanks kepada kawan-kawan yg ingat my birthday.... cukup la sekadar hampa semua ingat birthday aku.. itu bermaksud hampa masih care pasal aku.. tak gitu? eheheh.. thanks a lot...

Di saat bos aku keje luar, sempat la aku mengelamun..... terkenang n tiba-tiba lak tersedih... aceli family aku akan wish my birthday aku esok.. aku pon tak faham.. aku ada dua hari birthday.. 30 & 31 disember..... dalam ic aku memang tertulis 871230... tapi bagi family, aku dilahirkan 31 dis 87.. ntah la.. aku pon tak faham... heheheh..

Dulu di saat arwah ayah masih ada, langsung tak pernah takdak kek untuk birthday aku... yes, sangat seronok bila menjadi anak kesayangan kan.... tambahan pula aku sebagai anak tunggal dulu hingga sekarang... ada yg indah & ada yg tak indah.. indah sebab aku nak apa semua dapat.. tak indah sebab nak berkongsi cerita dgn sesorang yg bernama kakak or abg or adik kandung.... tiba-tiba rindu.. al-fatihah...
------------------------

Alangkah indahnya kalau :

..Ada orang bagi aku hadiah yg aku tak penah expect langsung...

hihi.. berangan kan.. kalau la aku leh jadi cinderella... nak je aku panggil pari-pari tu..

*ting*

tiba-tiba ada orang call nak anto barang...

nanti aku update....


daa...

Tuesday, December 29, 2009

AmBank dividen 15%?

Salam..

Entry ke-3.... ada incoming call.. unknown number.. aku ingat abg sepupu aku call nak ajak p amek make up kat sg. chua.. rupanya seorang lelaki yg bernama Hafiz (aku meluat dgn nama ni) call aku.. katanya dari Am Bank nak citer pasal plan yg ambank sediakan......

into dia memang boleh buat aku teruja... plan ala-ala ASB.. lebih kurang mcm pelaburan.. setiap tahun ambank akan bagi 15% kepada penyimpan2nya.. sekiranya kita berdaftar dlm tempoh promosi ni..... bleh pecaya ke? kalau ASB baru 8% kan... nak je p amek duit ASB aku p lambak dalam AMBANK..hihihihi...

Hati-hati ye.. lani banyak sangat unknown number.. aritu katanya dari celcom.. nak bagi promosi insuran pekejadah ntah.. pastu dari travel agency kononnya aku pengguna kad kredit bertuah dapat melancong.. tapi kena beli privilage card mintak no kad kredit.. terus aku matikan tepon.. arini pasal simpanan lak... dunia lani mcm2 scam yg orang buat kan.. semata-mata untuk mendapatkan duit.... tak kurang jugak yg mandrem, or berpura-pura kasih untuk menghabiskan duit orang... dunia-dunia...

Macam mana la keadaan perot diorang kat akhirat nanti yang makan duit atau hak orang tanpa kerelaan atau lebih senang dari sumber yg haram ni............. aku tak penah halalkan walau sesen pon yg masuk ke perot dia n mak bapak dia....

kejam ke? ye, kejam..........

2009 history..

Salam..

Apa yg aku dapat sepanjang 2009? perlu ke aku karang satu per satu untuk tatapan korang semua? maybe perlu n maybe tak perlu.. sebab sesetengah manusia suka ketawa berdekah-dekah melihat kesedihan orang lain..... kenapa ye? kerna ada neraka dan syurga.. itu saja jawapan yg tepat,padat dan cepat.

Sungguh tak sangka, 2009 adalah tahun yg paling menyakitkan mental aku. menyesal? of cause sangat menyesal... tapi takpe, aku akan simpan semua tu sebagai dendam kesumat... teruk kan? apa boleh buat.. aku cuma manusia biasa.. yes, aku memang pendendam.. so, dun make trouble okeh??

-------------------


2009, aku harap hg tak mai lagi dlm hidup aku lepas hang p buat selamanya...
2009, aku harap anak cucu hang takkan datang lagi dlm hidup aku lepas ni...
2009, lupakanlah aku.. biarkan aku bahagia dgn dia...... dia yg aku bertemu ketika bersama kamu 2009..
2009, aku tak membenci kamu, aku cuma benci 2-3 orang saja dalam dunia ni sepanjang aku besama mu 2009..
2009, 9 memang nombor kegemaran aku.. tapi.. 9 itu terlibat dgn 2009.. so tak gemar dah lepas ni...
---------------------
2010.. aku nak bercinta sepuas-puasnya!!

nota kaki: nak ikut pa p Medan boley??? nak ikut jugak!!!!!!!

cinta, lahirnya tanpa dipinta, wujudnya terkadang sukar diduga.. hadirnya membawa seribu makna.. Bagi insan yg tahu menghargainya........

~Ya Allah, jagalah cintaku ini.. agar ia tetap dijalan yang Engkau redhai~

Ita jgn tipu aku okeh!

Salam.....
Aku baru selesai bekpes kat kedai En. Wan.. dah ada port baru.. so tak perlu la aku ke bangi lama nak makan nasik lemak sambal baekkkk punyaaa~~
Semalam aku tak makan.. sebab peneman setia aku makan setiap ari bernard n azmi takde... bernard lik kampung... seghawak nun.. azmi lak bz dgn lab baru.. mcm datuk ko punye bz...hihihi...

ita! aku terserempak dia kat kedai Cik Wan. dah lama tak nampak dia.. mau tak.. seminggu aku honeymoon dgn mata merah...ekekekeke...

asal aku jumpa dia je mesti aku tanya "bila nak ada baby niii??" ade ke plak dia cakap nak saing dgn aku... nak berbesan dgn aku la tu...hihihi.. mesti best kan berbesan dgn ko ita.. bleh la kita bergosip..hihihi..

yg aku tak percaya.. ita cakap :

ita : yani, ko jaga badan ke??
aku : kenapa, aku nmpak kurus ke??
ita : 'diam...'
aku : 'aku tak puas ati'.... ko cakap la, aku nampak kurus ke?????????
ita : nampak kurus je...
azmi : 'tiba-tiba mencelah' badan kurus.. pipi tembam.. cocok botox kot...
ita : a'ah mie.. cocok botox.. bek ko puji dia kurus.. kompom dia blanja ko makan nanti....

tapi aku sedar, itu bukan fantasi.. tapi realiti.. hohohohohoho..
ita, ko tak tipu aku kan??

Monday, December 28, 2009

I'm Back!


Salam..
Long time no see...
best ke seminggu tak masuk opis? aceli aku baru baik dari sakit mata... ni pon masih ada sisa kemerahan pada mata.. tapi tak sakit dah.. maybe effact ubat kot... mcm kena tumbuk dah..wakakaka...

ingin aku nyatakan, pertama kali terkena jangkita sakit mata.. amatlah seksa sekali...huhuhuhu..plus demam lagi.. aku memang tak tahan lau demam.. lagi-lagi dok jauh dari famili... nasib baik aku sakit mata, amek mc teruih balik kampung la... 'ubat' aku di sana...hohoho...

---------------------------------

Yes, seperti yg diplan selama sebulan, aku awalnya akan balik pada 24/12/2009 malam.. sebab 25 tu kenduri classmate aku yg dulunya kami dipanggil 'geng 8'.. lawak lawak... tapi disebab kan aku dapat mc yang panjang, so aku bergegas lebih awal balik ke kampung..heheheh..
---------------------------------

25/12/2009 tu aku bergerak dari rumah farah (bestfren) untuk menuju ke Penang lew.. kebetulan farah pon nak p penang, so aku tumpang dia n transit di Gurun.. eheheh..
dari rumah farah, ke rumah kak shima yang buat kek tu untuk amek kek birthday aku dan farah.. kek beli sendiri je... huhuhuhu.. farah dah baleted birthday.. tapi aku up coming.. boleh la kan.. plz click hereuntuk ke blog kak shima
Ni la rupa kek tu.. cantek takkkk???? sila jawabbbbb!!hihihi..

------------------

lepas amek kek, aku terus bergegas ke gurun sebab dah ada orang bengang tunggu aku kat sana.. sowi.. sesat sket masa cari rumah k.shima..hehe..

-----------------

yes, masanya telah tiba.. aku sampai di penang dan tukar baju untuk p kenduri kawan aku tu.. dah rasa mcm kat bollywood dah.. masuk je dewan, rasa nak berjoget.. mak aiii... ramainya mami-mami jarum di sana... layan je la.. nasik briani secawann..
ni lah muka-muka baru kawan-kawan aku yg semuanya dah jadi setiausaha kesayangan..hihi..


::.Akmal(BF -Wani-Adik.::


::. Budak gemoQ & Wani.::



::. Perangai kami yang tak penah berubah dari dulu (gila camera) hohoho.::


::. ini bakal bapak budak.. bersama anak sumaiyah..debab betui budak ni.::


::. Ini la pengantinnya... anda teruja??.::
rugi sapa tak p... mcm kat mumbai..

::.ex-roommate.. adeh.. lama tak peluk dia.::


::.Ni.. heartmate..hehehe.::
------------

Selesai sudah majlis kawen-kawen.. aku gerak awal sebab farah tunggu aku kat Queensbay.. nak celebrate birthday la kunun...hihih...

pada Halizah dan Abdus Salam.. Semoga berkekalan sampai mati... berbahagia la... Amin..

-----------
Farah : kawan baik aku.. selalu gak gado.. tapi cepat juga kami baik.. baik kami sangat baik.. sekali tengok orang akan cakap kami lesbian.. tapi im not.. aku straight okehhh!! dia pon sama.. cuma kami telalu syg each other kot..wkakakakak..(jgn dia baca entry ni sudey)

Langsung tak selesa pakai baju kurung dok di celah-celah batu...

Thanks kepada Pakcik yg tak jemu menjadi teman pada waktu itu.. muka memang penat gila la tu.. keja tak benti.. pastu kena jadi pak supir lak...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Counting Day..........

May God Bless Us...

Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka
bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti
menyukai seseorang yang kita suka umpama kita
membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata
cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang
hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.

Thursday, December 17, 2009

Streessss ke cik kak?

Salam,

Hari ni tak tau naper tiba2 terasa rajin n nak buat blogwalking..... banyak betul blog yang diupdate dgn title "terima nikahnya".... betul la... sekarang ni kan bulan 12.. bulan 12 terkenal dengan musim mengawan...hohoho.. and birthday aku pon bulan 12 jugak... cant wait to celebrate with him... sekali kan la dgn new year...
--------------------------
back to our topic.. sape cik kak yg dimaksudkan? cik kak tu aku la.. terasa hampir nak migrain... kenapa ye.. muka pon tak dapat nak senyum.. tengok kalendar, esok 18 disember 2009 bersamaan 1 muharam 1431 hijrah.. my expactation date to be mrs. norzeeyani bt. rohazi... but alhamdulillah, Allah masih sygkan aku... dan selamatkan aku dari seorang lelaki yang tak bertanggungjawab....
--------------------------
Dalam masa yg sama, sekarang Air Asia tengah buat promotion sempena akhir tahun.. murahnye... kalau la dapat p honeymoon dgn Datuk K... alangkah indahnya dunia ini... tapi semua tu entah bila......
--------------------------

mak... nak nangis.. help meeee!!!!!
------------------

terdetik di hati nak buat perancangan... tapi risau kalau-kalau semua tu hanya angan-angan mat jenin saja.... dan akhirnya sia-sia lagi.....
-------------------
aku perlukan pengubat hati.. untuk teruskan hari-hari yg indah ini tanpa gangguan benda seumpama ini............

******************

~The End~

Cerpen By :
Budak mereng suda~

Wednesday, December 16, 2009

I'll try my best..

Salam,

Dalam ketandusan idea, aku cuba mengarang.. bukan cobaan.. tapi semua ni kebenaran... tak lama lagi, tahun baru akan menjelma.. bak bulan purnama... wakakaka.. suda la... main banyak kan..

well, alhamdulillah... Allah kabulkan doa insan hina ini... nasib baik masih ada hati yg lembut di dalam keluarga 'pelak' itu bak kata bapaknya.. aku no komen.. tapi nak saja aku anto mesej "pakcik, tak elok panggil mcm tu kat anak sendiri.. itu doa namanya"
tapi bila aku pikir panjang, biaq jela.. anak dia kan.. bukan ada kena mengena dgn aku pun..ehehe.. yg penting aku dapat duit aku balik... cukup setakat itu...
maybe meluat dgn perangai anak dia yg sial tu kot.. tu yg bapak sendiri pun tak tahan..
Ya Allah, jauhkanlah aku dari perkara seumpama itu.....

--------------------------------------------
aku tak kisah kamu tak nak hulurkan bantuan tu...... aku betul-betul tak kisah.. and dari situ, senang untuk aku mengenal siapa 'kawan' dan siapa 'mawan'..jgn mare...

---------------------------------

aku sangat bersyukur dengan kehidupan aku sekarang. yes, aku akan cuba jadi yg paling terbaik.... untuk semua orang...ehehehe..

wink* wink*

Wednesday, December 09, 2009

Happy Birthday..




Actually late upload... well.. this cake aku dapat idea becoz dia minat MU okeh.. same like me... MU jugak.. sebab abg angkat aku main dgn club tu jugak dulu... tapi la ni dah pindah ke real madrit...ops~ jgn marah.. sila tutup telinga!!

Ini kali pertama... tak penah aku susah payah buat delivery kat orang yang penah aku bersama sebelum ni... nasib la kan..huhuhu.. dari bangi, post ke kedah.......

sebenarnya aku mintak tolong kak shima yang memang buat bisnes kek2 ni... thanks kak... kek ni sangat cumil.. mcm kak shima jugak.. so lepasni boleh la sapa yang ada bf area alor star buat delivery birthday kek ya.... click saja pada nama kak shima yang kaler hijau tu... nanti sampai la ke blog dia...eheheh..

well, maybe aku akan lukakan hati orang-orang yang tak bersalah... tapi wat can i do... aku tak mampu nak menolak ketentuan ni... aku tak mampu nak menolak yang hati ni sudah mula sygkan dia........ thanks mak, abg sham.... eheheh.. kredit nama depa sket..
~aku sygkan family aku~

Monday, December 07, 2009

Jejak kasih...

Last week, aku buat overtime sket... sket je sebab aku tak cukup rajin... hehehe.. bukan apa, my bff nak datang... nad n bf dia... nad ni member aku masa aku studi di IIC dulu... International Islamic College... aiyo.. bleh pecaya ke?? pecaya ke tak lu pikir la sendiri ye.. tapi itu lah hakikatnya... banyak yg aku kongsi dgn dia.. cuma dgn dia, aku boleh cerita dari luar sampai dalam.... ehehe..

cuma nad yg betul-betul kenal aku... bestkan ada kawan mcm tu.. tak penah kami bergaduh or bermasam muka pon.. sebab masing-masing cakap lepas.. so, sudah faham dgn bahasa masing-masing.. tu la di panggil bff... satu dalam sejuta okeh!

dari bangi, aku ajak nad ke kg. batu, batu caves. p rumah makcik yg penah aku, nad, intan n pinad sewa bilik dulu.... saja p melawat tempat kami cipta tompok-tompok taik hunta...mcm2 kala ada... banyak cita jugak yg kami ungkit.. rindu pulak kawan-kawan.. intan ntah ke mana... peanad sgt kontroversi... aku n nad je maintain..hohoho.... dah boring rumah makcik, p jumpa yati.. dia bawak bf jugak.. aku gak yg solo kan....takpa, next time aku tak single lagi okeh~~

lupa nak snap pic budak2 ni....... sronok sgt sembang.. sampai la mata ni naik steamboat.... sampai rumah dah lewat.. pakcik aku cam marah je...hohoho... sowi ye...

Hukum Tuhan....

Salam....

blog ni lebih kepada luahan hati kan? ntah la.. aku seronok plak menaip apa yg ada dalam hati dari bercerita face to face dgn sesapa sahaja..... kecuali my best friend farah n nad, and my cousin, gemoq n kak nor senget (sometimes), n kamal usually... walaupun kadang2 tak semua problem aku cerita pada semua mereka yg tertulis di atas, tapi byk yg aku kongsi dgn depa ni.. thanks for being by my side... cewahh~

neway, untuk ketika n waktu ini, aku cuma harap he's refund my money as soon as possible.... tapi setiap kali aku buka cimb clicks, aku hampa sangat... bertapa jahilnya manusia akhir zaman ini... aku doa Allah beri pertunjuk kepada mereka dan petunjuk kepada aku juga.. amin.....

--------------------------

semalam gile r tak leh tido... sedar-sedar dah pukul 6 pagi... ntah kenapa aku fikir sal benda-benda yg mustahil semalam.. dah sampai seru agaknya... eheheh.. try nak pikir menda lain, benda yg sama juga timbul kat kepala batu aku ni...... dah sekian lama aku tak terpikir pasal menda tu.......

------------------------

aku tak faham keadaan aku sepanjang weekend ni.... asyik hujan je... tengok maggi dlm pinggan pon boleh hujan.. bukan sedih.. tapi hati pedih mengenangkan sialan tu... mak dia pon sama.. sori, tak tahan dah ni.... susah cakap dgn orang tak sekolah kan..

-----------------------


Thursday, December 03, 2009

LELAKI ADALAH PEMIMPIN :

Seharusnya dia melindungi, mendidik dan menyelamatkan wanita "

Bukannya mengambil kesempatan diatas kelemahan wanita ATAU menunggu serta memilih wanita hebat sahaja untuk dimiliki.

Lelaki yang mengakui cintanya suci dan sejati adalah lelaki yang menghormati dan menjaga maruah teman wanita atau kekasihnya "

Seharusnya lelaki ini bertimbang rasa dan berusaha membahagiakan wanita yang dicintainya bukanya menguasai dan menggunakan kuasa `VETO" sebagai lelaki.

Lelaki yang benar-benar jatuh cinta kepada seorang wanita:

Dia akan menerima siapa sahaja wanita itu seadanya, bukannya menyiasat dan menilai wanita yang macamana yang harus dicintai atau dijadikan teman hidup.

Lelaki yang bergelar suami adalah pemimpin dalam rumahtangga:

Sebarang masalah yang bergolak atau kepincangan dalam rumahtangga adalah tanggungjawab suami bukannya meletakan segala punca masalah atas kerana isteri atau anak-anak "
Ianya berpuca daripada kelemahan kepimpinan suami.

Lelaki perlu bijaksana dalam setiap urusan dan tindakan.
Jangan sesekali menyalahkan orang lain atau menuding jari atas setiap kegagalan hidup yang dilalui.

Renungan..

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya. ..

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..


Meja pengarang: Ya Allah.. aku reda dgn ketentuan-Mu ini Ya- Allah.. hanya Engkau yang layak menghukum mereka sekeluarga... hanya Engkau yg tahu kebenaran.. dan hakikatnya, aku tidak pernah utk menghalalkan walau sebesar kuman sekalipun hak aku yang telah digunakan sepanjang keturunan dia...

Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang sudah balig) harta mereka, jangan kamu menukar yang baik dengan yang buruk dan jangan kamu makan harta bersama hartamu. Sesungguhnya tindakan-tindakan (menukar dan memakan) itu, adalah dosa yang besar. (QS. 4:2) – surah an-nisaa’


Wednesday, December 02, 2009

Potong??


Raya haji aritu.. meriah la jugak rumah aku ni... meriah sebab sibuk dgn persiapan kenduri.. bukan kenduri aku okeh! tapi kenduri kanak2 yang dah jadi anak teruna kot...hihih..
Tapi ramai jugak kawan2 kampung aku yg tak dijemput ke kenduri rumah aku anto mesej "Selamat Pengantin Baru" kat aku.. yelah.. khemah semua cukup kat depan rumah aku... ape daaa..... aku bukan taknak jemput.. tapi aku pon tak sempat nak meses hampa semua.. tunggu kenduri kawen aku lah yek.. bila??? biarlah rahsia itu menjadi rahsia Tuhan.. aku sendiri pun tak tau..

Penuh gila rumah aku... sampai ada tetamu aku tu takut nak masuk.. ingat ada apa la kan... padahal keta je yg banyak orangnya ramai dgn kanak-kanak rebina ja.... kepada tetamu tu, thanks kerana kamu sekeluarga melawat keluarga aku... semoga pertemuan itu akan menjadikan satu hubungan yang kekal abadi hingga ke akhir hayat kita...



Aku selitkan gambar aku masa aku ke Teipei, China.... Believe it or not??hihihi..
Bila nak jadi model ni???hohohoh....
Tunggu offer dari abg fani yeee..

Ibu yang membanggakan kesalahan emaknya~

Semalam di saat aku sedang bergayut dgn bekas ofismate aku masa praktikal dulu di Kedah Communication & Event yang bernama Adila, tiba2 ada panggilan dari no yang aku tak penah hafal. tapi aku cukup kenal dgn susunan no tu... so, dgn sopan aku menjawab..... sebagai tanda hormat kepada golongan yang lebih tua dari aku......

Tapi, apa yang aku dapat?? keaiban, fitnah, hina, disalahkan n macam2 lagi..... kalau ikutkan hati yg sakit dan dihasut syaitan yang direjam, semalam jugak aku p santau sampai mampos... nasib baik iman masih di dada dan aku sedar kalau aku buat mcm tu, tiada keampuanan dan nerakalah tempat aku... so, aku cuma berserah.. biar Allah saja yang membalas.. dan aku cuma berdoa kepada-Nya yang berkuasa supaya apa yang mak dia cakap kat aku semalam, akan patah balik kat anak pompuan dia... itu saja doa aku.. amin ya robball'alamin.... tolong kawan-kawan aminkan untuk aku ye....

Sesungguhnya doa orang teranaya akan dimakmulkan oleh Allah Swt....

Hanya aku saja yang tahu kebenarannya... kalau dia nak percaya cakap anak dia 100%, buat apa dia call untuk tanya sebelah pihak aku pulak? buang kredit hang saja makcik oiii...

Baik punya kelentong mak dia... mak dia pon layan ja...anak buat salah tapi dikata betoi..bistu sampai bila pon tak betoi.. hidup nak makan atau lebih manis 'kedarah' harta benda orang ja...

biarkan luncai terjun bersama labun-labunya... luncai pulak bulat-bulat mcm cucuq keria kan... hohohoh....

nota kaki : makcik dan anak makcik patut p belajar bercakap menggunakan bahasa orang Islam.. sopan dan manis di dengar.... okeh??

Tuesday, November 24, 2009

Eksen!

Huh, eksen la ko ey? (tiba-tiba kecek KL)

Yup, dgn duit memang semua benda bleh buat.. tapi aku nengok life ko (KL lagi) tak berubah pon....sama je... apa kata dgn duit yg ko war-warkan itu ko p jumpa pakar fesyen ke, penasihat penampilan ke... kan bagus... jgn la dok perabih ayaq liuq bagitau duit ko banyak...tapi habuk tak nampak... even aku bekerja dgn gomen dan berstatus PA, aku still leh hidup dan bernafas dgn lega walaupun ada kekadang terover enjoy terus tersesak nafas dan tersedak kahak..wakakakak... ari-ari mai opis, dok dalam aircond n kembangkan montot... ok what....!

mesti hang cakap keja hang rileks kan?? bis hang ingat keja aku tak rileks ka?

yelah... hang (kedah balik) kan swasta.. gaji maybe weekly... tak gitu? taste nak mcm dato' K... blagak la hang lani noh... cakap tak tengok bawah dah..... jgn Allah tarik rezki tu sudey~

aku tau.. hang jeles sebab hang tak dapat keja cam kami semua kan?? ngaku cepat~!!!


nota kaki : jgn taksub dgn duniawi.. jangan terus mendongak ke atas tanpa memandang bawah ketika berkata-kata... bukan paaa... aku takut ayaq hujan masuk dalam hidung hang jaaaaa.......


Monday, November 23, 2009

Keajaiban...

Bila lah benda ajaib nak jadi dalam hidup aku...... kalau lah ada ceret aladin.. leh aku gosok-gosok supaya ada jin yg keluar n masa tu aku akan mintak macam-macam kat dia.......... apa yg aku nak mintak? sat aku bagi list..

Antaranya :

1. Duit 10k sebulan.. (aku tak mintak banyak...ckup la 10K..taknak tamak..)
2. Sony Satio (lau sony satio out of stock leh je jin bagi aku E71)
3. Prince charming pinang aku esok jugak, lusa kawen..
4. Hutang bank semua bank halalkan....
5. Dapat posting kedah bulan depan leh dok bawah ketiak tok aku...
6. Secret admire yg ensem anto bunga ari2..wakakak..
7. Jam tangan baru..... tag heuer ke..
8. Cincin sakti...





dah.. merepek kalah mak jenin.....

------------------

apa pon, aku bersyukur dgn apa yg telah dikurniakan skrg...

----------------

p/s : vavi bila nak setel hutang?? hang mampos lagi bagus!

Thursday, November 19, 2009

Berlaku lagi...

Hari ni meeting... perkara yg aku tak suka.. tapi apa leh aku buat.. aku cari rezki.. n ni tugas aku...
tapi aku nak buat camne ye.. aku mesti down lau bab2 meeting ni... tensiiiiiii~~~~~

Wednesday, November 18, 2009

Romantiknye Rasulullah SAW

Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapanbaginda lalu bertanya siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi". Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian~. "

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain~ . Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka". Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.

Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa~. ada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga~ kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda ke syurga.

"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman...." Aaaammmmmiiiiin~ Ya Rabbal 'Alamin~^^ Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, Insya Allah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya ALLAHUAKBAR~

credit from : http://202.71.110.104/portal/forums/showthread.php?threadid=111558

Tuesday, November 17, 2009

Bertambah rakyat malaysia lagik!!

~ni la bakal mak orang tak lama lagi~


Morning... aku kembali dengan entry yg agak teruja untuk aku...

Alhamdulillah, dgn usaha keras kawan aku yg baru melangsungkan perkahwinan Raya Posa aritu, akhirnya usaha keras itu telah berjaya... yahooo!!~~ hihi

aku baru dapat berita dari classmate aku yg sama blajaq kat poli dulu yg Roshimah sudah berbadan dua... bestnya.. bila la aku nak merasa pengalaman mcm tu ye? walaupun hubby dia keje kat langkawi, and dia di bukit kiara, tapi masih mampu menghasilkan masa yg berkualiti untuk menghasilkan rakyat baru ye... tahniahhh~~~ hahah..

aku dan kawan-kawan mendoakan semoga shima mendapat anak2 yg comel lote mcm mak pak dia jugak.. amin..

_____________________________

weh.. raya nanti aku tidak memandu secara solo okeh! mak ndak aku n gemoq akan turut serta.. yahooo!!~~~
atas pertolongan makcik yg berjaya meracun mereka berdua untuk balik beraya bersama... terer la makcik aku..
tapi.. rabbit tak ikut skali pon..huhuhu..

___________________________

nota kaki : baju raya tak beli lagi nih...

Friday, November 13, 2009

Puas Hati!

Well~ Well~ Well~

Aku baru masuk ofis setelah setengah jam menyulam mimpi di tilam sendiri... biasala.. hobi aku tak kira malam, pagi atau tengah hari... apa ko kisah aku nak tido kan?? hahah..

Alhamdulillah... tadi aku n hazzy n sorang staf di office aku pagi-pagi sudah cergas ke MOSTI (Ministry of Science Technology Inovation) untuk membuat permeriksaan saringan kesihatan yg dengan kerjasama MOSTI n Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara..... ada 2 pakej yang disediakan...

Pakej 1 : Ujian Glukosa dlm darah (Kencing Manis), Tekanan Darah, Tahap Kolestrol dalam darah, and BMI (berat badan) = RM10 (murah kan?)

Pekej 2 : Sama mcm pekej satu.. tapi di tambah Pap Smear & Mamogram... = RM25 (ni murah kaw-kaw punya)

aku cuma pilih pekej 1.. knp tak amek pakej 2? hihih.. malu la makcik..

Alhmadulillah aku masih sihat dari semua pemeriksaan di pakej 1 walaupun selalu gak aku amalkan pemakanan yg langsung tak sihat...heheh.. tapi aku masih tak berpuas hati dgn tekanan darah aku.. agak rendah.. effect dia, selalu letih la kan.. ni kena telan susu banyak-banyak (lalu ke?), makan kerang (uwelk~) baru ok kot..

agak keterlaluan ke kalau aku tunjuk ini??
berat : 52.4 kg
tinggi : 157 cm
BMI : 21.3
tekanan darah : 101/67 -agak rendah tapi masih normal.. (normal around 120/something...)
glukosa : 4.8
Kolenstrol : 4.41 - ni yg aku risau.. takut jugak terlebih kolestrol.. ari-ari aku makan nasik lemak + telur mata kobau..hihi..

Thursday, November 12, 2009

Bukan senang nak jadi senang....

Salam,
Gud Morning.. semalam aku tidoq awai.. pukul 9 tu dah mengeram... nak kata mengantuk tu ada la sket.. pastu cepat plak aku koma..hohoho.. siap mimpi-mimpi lagi... hari ni, senang la aku bangun tanpa rasa berat di mata disebabkan setan bergayut kan......

_________________

Back to our topic, bukan senang nak jadi senang.... seperti perpatah melayu mengatakan :-

berakit-rakit ke hulu.. berenang-renang ke tepian..
bersakit-sakit dahulu.. bersenang-senang kemudian..

bleh tahan gak aku menggunakan segala penjodoh bilangan tu kan...hihihi..

_________________

bkn senang nak bahagiakn semua hati dlm 1 ms yg sama.. termasuklah hati sendiri.. kadang-kadang kita perlu korbankan hati sendiri.. and kadang-kadang juga kita perlukan korbankan hati org disekeliling kita...
kadang-kadang org terlalu mengharapkan kita memahami depa, sedangkan depa sket pon tak memahami kita..huhuhu..
bila kita nak pertahankan kehendak hati kita, kita dikatakan tidak faham keadaan depa...
tapi bila kita ikot kehendak depa, kita la orang yg paling depa syg...
padahal, dlm hati kita ni mcm kena anai-anai..

betul tak?
...........................................

nota kaki : perkongsian mujarab...

Wednesday, November 11, 2009

Jom Melancong..

Dah lama tak jalan-jalan kat pulau... first time nengok gambar sipadan mabul island, jatuh ati beb.. teringin nak p.. tapi tak tau bila.. bila? zaman bujang.. takut nak p sorang.. tapi lau ada partner or kawan... adehh~ best gilaa... tak pon buat reunion kat sana ke? (gila kentang)

bila pikir balik, tak perlu la aku nak p thailand-phuket sana untuk nak tengok pantai yg cantik-cantik kn... tapi kat phuket ada 'pertunjukkan harimau'.. apa yg best aku pon tak tau...

pulau ni memang cantik.. patut pon menjadi rebutan antara Malaysia n Singapore...

Indah sungguh ciptaan Dia kan... tenang n sangat damai...
Mabul~~tunggu akuu!!!
..hahah..

Nota kaki : member aku ada kerja dgn traveller agency, so bleh la tanya pakej2 yg bleh di ambil kan... so.. aku dah semangat nak p ni.. tapi masanya blum tau bila..meybe ujung tahun depan...hhohoho..


..Jom melancong.. segala-galanya ada di Malaysia..

Monday, November 09, 2009

Bowling lagi....

Di saat keadaan gaji yang lambat dan membuatkan kepala aku kusut nak bajet untuk bershopping, sempat lagi aku ke Ampang nak layan boling kan..hihihihi... apa boleh buat, itu kan sukan yg sihat... tapi ramai yg tak puas ati sebab aku JUARA ACARA....(bikin line panas kat sini) wakakakakaka.... bleh caya ke aku juara??
_________________________

Jangan tak caya lau nabil pon sama naik je main boling.... tapi semalam ada pengasuh tambahan.. uncle kamal..hohoho..

...let's layan the gambo...

-Juara acara utk first game-


-junior player pon sibuk je berebut bola-


-muka dia memang jambu kan?-

-ni amek kesempatan namanya (nabil buat muka gatai)-

-ni mula-mula demam..main boling lega..pas men boling demam campak lak..wakakaha..-

~senyuman yg cukup utk menunjukkan betapa bahagiannya aku~
_______________________________

itu la rentetan permainan kami... pada cerita benarnya aku lah paling corot sekali.. bukan sebab aku tak reti main okeh!.. tapi sebab nabil la dok kaco aku....hahahahah...

nota kaki: bila aku nak nengok uncle kamal ligan anak dia pulak?????

Friday, November 06, 2009

Azam 2009,

Dalam sedar tak sedar.. rupanya dah bulan NOVEMBER pon...... sat sangat aku rasa.. and umur aku makin melonjak ke angka 23 tahun..... teruja aku nak memegang angka tu sbg umur seorang kanak-kanak rebina...hihihi...

Dulu bukan main lagi mencipta azam... tapi azam tu stakat ni masih hampesss.... apa bleh buat kan... masih blum ada kekuatan, and maybe itu sebagai komitmen kot....

tak lama lagi bulan DECEMBER... my fevret month.. sebab apa?hihihi... sebab dapat bonus lar..haha..

aku teringin nak p pulau perhentian..huhuhuhu.. aku rasa aku nak p jugak tahun depan..hohoho...honeymoon boley??

tapi pulau Mabul Labuan pun syiok jugak kan....

huuuu~

_________________________________________

p/s: dun take note.. semua tu cuma angan-angan mat jenin...

Thursday, November 05, 2009

susahnya!

Susahnya nak memiliki sesuatu yang diingini..... susahnya bila aku tak boleh terima keadaan yang mcm ni..... tak membantu langsung!!~~


aku dah takde mood skrg....!

Wednesday, November 04, 2009

Keinginan atau Keperluan??

Aku ada masalah harini.... masalah yang bercanggah di antara keinginan atau keperluan.....huuuu...

Tadi aku try isu kat staf kat sini pasal aku nak jual hp.. E63 dgn harga RM500 je... tak sangka lak dia seyes nak beli siap nak bagi deposit... lagipun hp tu in a good condition lagi... reason nak tukar hp baru yg ada secondary camera.. so that senang la aku nak 3G kan... nak 3G dgn mak aku..heeeee....

So, skrg keadaan aku tengah dlm kegawatan ekonomi... cash ada, tapi cukup makan sementara nak tunggu next gaji..... so boleh ke lau aku beli hp baru dgn swap credit card??hihihihihi.....

aku cuma aim buat ketika ini, E71(sebab kaler puteh) or EM5800 (sebab screen bagak)..... cantik... tringin lak nak pakai touch screen kan..huu...

kan best lau ada bapak gula. borrow some cash... nak add on dgn 500 supaya dapat hp yang diidami...hohohoho...

so keperluan or keinginan????