Thursday, December 03, 2009

LELAKI ADALAH PEMIMPIN :

Seharusnya dia melindungi, mendidik dan menyelamatkan wanita "

Bukannya mengambil kesempatan diatas kelemahan wanita ATAU menunggu serta memilih wanita hebat sahaja untuk dimiliki.

Lelaki yang mengakui cintanya suci dan sejati adalah lelaki yang menghormati dan menjaga maruah teman wanita atau kekasihnya "

Seharusnya lelaki ini bertimbang rasa dan berusaha membahagiakan wanita yang dicintainya bukanya menguasai dan menggunakan kuasa `VETO" sebagai lelaki.

Lelaki yang benar-benar jatuh cinta kepada seorang wanita:

Dia akan menerima siapa sahaja wanita itu seadanya, bukannya menyiasat dan menilai wanita yang macamana yang harus dicintai atau dijadikan teman hidup.

Lelaki yang bergelar suami adalah pemimpin dalam rumahtangga:

Sebarang masalah yang bergolak atau kepincangan dalam rumahtangga adalah tanggungjawab suami bukannya meletakan segala punca masalah atas kerana isteri atau anak-anak "
Ianya berpuca daripada kelemahan kepimpinan suami.

Lelaki perlu bijaksana dalam setiap urusan dan tindakan.
Jangan sesekali menyalahkan orang lain atau menuding jari atas setiap kegagalan hidup yang dilalui.

No comments: