Tuesday, January 18, 2011

Dating lepas majuk-majuk

Last weekend (15 Jan 2011)....

malam sebelum tu sebenarnya majuk.. ye lah.. sepa tak majuk. suami asyik keja saja... aku bukan nak demand. cuma kadang-kadang nk kan perhatian... last2 aku off hp.. padan muka abg..hihihih... and yg surprised nya, bangun pagi aku on hp, dapat mesej "ayang cepat la bangun. abg kat parking ni.." ha, baru nak datang.. kalau tak jgn arap la kan nk mai kat aku.........

Dating kali ni aku bawak abg p Taman Pertanian Malaysia kat shah alam.. mula-mula nek beskal. sewa rm5/hour untuk sebuah basikal. amek dua jadi la rm10. tapi kami naik tak sampai sejam pon sebab aku dah semput + mengah. best jugak la dating macam tu.. sebab selama bercinta tak penah pon naik moto or naik beskal....heheheh.. so enjoy the moment la kan.......


Friday, January 14, 2011

19 November 2010 - lafaz terima nikah termaktup...

Mungkin sudah agak basi pada tarikhnya. tapi hakikatnya pada aku, ini masih baru. kerna mungkin jarak aku dan suami beratus kilometer. berjumpa hanya setiap 2 minggu. walaupun perkahwinan aku terdapat banyak konflik di antara family di sebelah mak, aku tetap teruskan dgn hati yg gunda gulana. apa boleh buat, aku yang pilih untuk tinggal dgn tok. jadi aku teruskan juga walau di dalam hati Allah saja yg mengetahui. perkahwinan aku tidak lah semeriah mana. cuma bagi aku ala kadar saja. memandangkan aku seorang anak tunggal, terima sajalah apa yang ada. aku tak buat perancangan macam orang lain... gedebum gedebang..... bukan aku tak nak. aku nak. tapi keadaan aku sangat lah tidak mengizinkan. lain lah kalau waris aku ialah ayah aku. mungkin dia akan buat yg terbaik untuk anaknya yg cuma seorang ini............

Setiap perkahwinan ada masam dan manisnya. begitu juga aku.... kalau tak bergaduh, mungkin kita tak faham pasangan sampai bila-bila... bila diluahkan kata hati, baru kita sedar apa yg kita buat tu tak sehaluan dgn hati pasangan..... aku selalu banyak halangan nk dapatkan pict yg diambil oleh OP. CD tinggal kat kampung la, CD room tak leh read cd la... so yg ada cuma gambar dari camera amature saja. komen aku sepanjang majlis adalah no komen.. terima seadanya...... aku sepatutnya gembira kerana aku dah bercaya laksanakan salah satu sunnah Rasulullah SWA......

Gambar-gamba ini semua cuma untuk tatapan aku sendiri, suami dan anak-anak pada masa akan datang.. mana tau kenangan 'pegun' hilang, masih ada kenangan 'lembut' di dalam blog ni...... eheheh..

Ini tok aku dan tok njang (abg tok)

pelamin on making - tak seperti gambar yg aku tunjuk. namun aku redha...

terpaksa ubah pelamin bila pikir ruang untuk photog nanti terlalu sempit..

siap sudah... jumlah bunga yg banyak....

ni sepupu aku jd cameraman. tangan dia shaking. maybe rasa nk kawen lagi kot..eheheh..

actually pada 19 nov 2010, ada 3 pasang pengantin yg akan akad nikah. memandangkan hari tu ialah hari jumaat, so lepas solat terus akad.... antara 3-3 ni, suami aku paling nampak kemas :p

Tok imam suruh sain je.. dia dah tak tanya setuju ke tak...ehehehe.

saat ni, sayu di hati.. bila diri aku sudah berada di bawah tanggungjawab seorang lelaki yg mengambilku sbg seorang isteri.... sayu... kerna bukan ayah ku sebagai wali... sebab dia tak sempat nk walikan aku.. hidup aku ibarat sebatang kara dan setelah berkahwin baru sedar akan tempat bergantung....

Lega dan berpeluh jugak... akhirnya dgn sekali lafaz, beserta genangan air mata si suami, aku sudah menjadi isterinya....

entahla masa ni rasa berpeluh.. maybe jumlah tetamu dlm masjid terlalu ramai.....

bersama mertua..... sebelah aku cuma mak sedara yg hadir.. sedihkan.. tak tau nk peluk sapa sesudah sah...

mujur ada makngah, pak ndak, kaklin dan kawan........ terasa juga yg aku ada keluarga...
mak aku petang 19 nov. aku tau kenapa mak taknak turut ke masjid. mungkin takut dikatakan curi tulang utk langsaikan persiapan. atau mungkin sedih nk tengok aku sudah berpindah hak...... sedih dgn keadaan hari bahagia aku, tapi ada yg nak buat onar.......




itulah sedikit sebanyak majlis pernikahan aku.. nanti kalau aku dh amek cd bleh aku upload pic from official.. cantik sket kaler and tahap getaran pon kurang kot..........