Monday, May 31, 2010

Cameron Highland Review







Assalamualaikum... dan selamat hari wesak untuk mereka yg menyambut wesak day....

Long weekend lepas, aku ingat aku akan keboringan berkurung di bilik tercantik. rupanya tidak kerna encik kamal mai... so kami menggerakkan modus utk buat day trip ke cameron highland. perjalanan bermula seawal pagi ye, sebab aku tak penah p so tak tau berapa jangka masa perjalanan nak ke sana. sepanjang perjalanan jalan dia ala-ala nk naik gunung jerai ye... jalan sempit je.. tapi leh tampung trela.. ehehehe... di sepanjang jalan ada kedai2 orang asli yang jual madu, kacip fatimah, tongkat ali dan macam2 hasil hutan. niat di hati nk p cari 'tok pa' yg dlm cerita adamaya.. tapi sebab takut lambat smpai ke cameron highland, kami teruskan perjalanan. alhamdulillah aku dikurniakan kekasih yg tabah memandu. dengan itu memudahkan kerja aku untuk tidoq sepanjang jalan.... agagagagag..

Aku ingat sejuk sampai parkinsen lau duduk kat cameron.. rupanya genting lg sejuk ye.... so sia2 aku bekalkan baju sejuk made in korea tapi tak guna pon... sebab baju aku dah cukup sopan nak tampung kesejukkan tu...

Walaubagaimanapun, cameron highland bukan indah seperti yg aku gambarkan.. aku ingat ada bunga di merata tempat.. tapi tak... and dirty a lil bit.. tak seperti tempat perlancongan la... yang bestnya kat situ makan tak la mahal sangat. semua mcm harga aku di bangi saja. hotel mahal sebab time tu super peak season wesak+weekend. hotel rm60 pon leh mark up jadi rm288. so, batalkan saja hasrat utk bermalam lau harga sangat2 mahal leh tampung makanan aku selama hampir sebulan. tapi kalau nak have fun kat sana, bleh je......

Tempat yg menjadi tumpuan di sana ialah (aku mula dari bawah smpai ke brinchang je..) ladang teh. memang nyaman gila tempat ni. suasana hijau menyegarkan mata yg memandang. aku tak sangka ladang teh seluas tu... aku cakap depa nak heli nak p siram pokok jauh2... eheheh.. betoi kut.. and then ladang strawberi.. ladang ni memang berlambak shiot.. ampa leh pilih mana yg nk p. salah pilih dapat ladang yg tak best.. selalunya ladang ni akan ada eskrem dan strawberi salut coklat. ada yg melayu buat, ada cina, ada india. so makanlah dgn tanpa was-was. lau nak puas ati masuk semua ladang strawberi. kat papan tanda letak self hand pick strawberi, tapi tak dapat pon... tipooo depa ni... aku cari butterfly farm tapi tak jumpa, rugi dah kat sini. and ada kebun bunga. ni pun cari tak jumpa. so rugi lagi. dan yg paling femes sekali pasar malam kat brinchang town.. fuh... lau bleh naik scooter kecik tu aku dah naik. tapi sesak masyaAllah.. cameron pon jam ok. bukan KL je.. lau nak shopping bleh shopping kat pasar malam.. sebab harga dia murah dari kedai2 lain. yang best lagi kat pasar malam ada fresh flower, awet flower, madu ori dari sarang leh makan sekali sarang sepotong rm2.. and lain2 semua berasaskan strawberi... so, selamat bercuti.. segala-galanya ada di malaysia.

Tapi kalau tanya aku lagi sekali nak p lagi tak cameron, aku cakap ohhhh tidakkkkkk..... baik aku p london youuu... hahahaha.. tapi kalau nak merasa tak salah.. sila lah... ni aku sertakan picture aku bersama mr.k buah ati......... kami happy amek gambar. dan terasa geram nak rempat DSLR tak lama lagi.. tungguuuuuuu...!
Fresh flower ni baru RM4 ye.... murah tapi tantek sangat...
lau nak bunga ni tahan lama and lambat layu, bleh letak garam atau gula pasir atau penadol.. so aku letak penadol.. ehehehe..



Tudia entry panjang berjela... dah hari ni, aku di serang selsema lagi.. tak tau la sebab apa.. aku takut jugak kena L1N1 kan.. sebab kerap sangat. tapi maybe gak sebab aku banyak cium bunga semalam... habuk masuk idung kot... entahla.. lau tak sembuh gak esok kena p bazirkan duit di klinik....

*abg aku cakap "bunga bagi makan ubat, tapi orang tak nak makan ubat.."

Penangan DSLR... anda percaya??

Monday, May 24, 2010

Shahir... walaupun kita berpisah aku bahagia...


Salam..

Setelah sekian lama aku tak update any entry di sini.. alasan? aku lebih ada mood utk main farmville di fb.. eheheh.. entah naper walaupn kena tunggu berjam aku stil tak jemu..

walaupun dah basi cita ni, aku tak kira. aku tetap nak update.. shahir.. juara AF8.. siot je.. camne la aku leh pecah tradisi p afundi.. tak penah aku afundi sebelum ni... aku cuma minat dia. aku tak cinta dia. aku cinta orang lain. dan aku tak curang dgn orang yg aku cinta.

Walaupun aku bukan dari keluarga atau kelompok kawan2 shahir, mungkin aku dari kalangan peminat yg tak berapa fanatik tapi dan akhirnya menjadi terlalu fanatik. aku tak faham kenapa aku menangis beria.. bangang jugak kadang2 aku ni... sengal campoq-campoq.. ngeeee...... siap langgan calleringtone. masa nak langgan calleringtone tu pen kat sebalah sebab nak tulis code dia. hampeh!

tapi yang penting lagu kebahagian dalam perpisahan memang syahdu la.. aku rasa nangis sebab dengar lagu ni.. hampeh jiwang lagi.. syabas KRU berjaya buat aku menangis dgn lagu2 korang... wakakakakka..

aku mintak maaf untuk VIP dlm hati aku kamalhusni... saya cuma minat dia. tapi saya tak syg dia tau.. jgn mare...ehehehe..

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih

Chorus
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

Ulang Chorus

Kebahagiaan dalam perpisahan

Wednesday, May 19, 2010

Selsema menjadi penyakit rutin aku pada tahun ini...

Salam..

Dah lama tak merapu kat sini.. hilang mood tengok blog.. aku lg suka bergerak secara bawah tanah..ehehe.. disebabkan banyak laman telah di block, aku bertekat utk menggunakan berokben.. bleh main farmville all the time.. walaupun terpaksa tunggu berejam utk mendapatkan hasil.. kalau lah duit dari farmville tu leh redeem ke RM, dah lama mokcik kayo....hihih..

Tahun 2010 ni tahun paling kerap aku terkena selsema.. ada orang cakap aku tak cukup vitamin.. aku rasa aku terlebih vitamin dah ni.. tapi nak buat mcm mana. apa2 penyakit itu satu dugaan utk kita. so reda je lah.. tapi dgn keadaan aku bekerja di dlm air cond ni memang sangatlah seksa lau air hidung asyik nak meleleh je kan... whatever la kan.......

Aku dah rasa muak tinggal di sini.. rasa nak rejam kepala dlm air lama-lama.. muak+meluat dgn keadaan sekeliling di mana-mana sahaja.. tapi apa kan daya.. di sini tempat aku mencari rezki kan.. terima jelah buat sementara ni. dan aku sedang berusaha keras supaya aku tidak tinggal di sini lagi bermula 2011.. insyaAllah dgn bantuan Allah...

Sejujurnya aku rindukan kawan-kawan aku di poli dulu.. susah senang bersama alangkah indahnya... tapi sekarang masing2 ada haluan sendiri. merekalah kawan yg paling setia sekali..

Tekanan demi tekanan datang bertalu-talu dlm masa 3 bulan ni. ada yg kritikal dan ada yang biasa sahaja.. kenapa la ada kianat dan dengki di dalam dunia ni.. semoga Allah sahaja yg membalas.. tujuan aku sekarang cuma satu buat masa itu..... membuat perancangan yg sebaiknya supaya aku tenang di kemudian hari tanpa gangguan makhluk2 bangang...huhuhu..

Wednesday, May 05, 2010

Ulang Tahun Perkahwinan..

"Semalam, adalah hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-2. Alhamdulillah, dalam masa 2 tahun ini, pelbagai pengalaman pahit manis yang kami lalui bersama. Saya bersyukur pada Allah atas segala apa yang saya alami. Dan saya sentiasa hargai peluang hidup dan masa yang Allah kurniakan kepada saya dalam dunia yang sementara ini.

Bersempena dengan ulangtahun perkahwinan kami semalam, saya ada buat beberapa kejutan kepada isteri saya. Saya percaya, hampir semua wanita di dunia ini, betapa mereka sangat suka dan mengharapkan kejutan-kejutan istimewa dari suami atau kekasih mereka. Betul tak wahai kaum hawa?


Saya tak tahu samaada `perempuan sukakan kejutan istimewa` ini adalah fakta yang benar atau hanya sekadar mitos semata-mata. Tapi apa yang saya faham dari hasil pembacaan pelbagai jenis artikel dan info berkenaan perhubungan antara lelaki dan perempuan, banyak yang mengatakan memang orang perempuan sukakan kejutan. Jadi, saya telah mengambil kesempatan hari ulangtahun perkahwinan kami semalam, dengan membuat beberapa kejutan. Nak tau apa saya buat?

Baiklah, saya kongsikanlah sikit kisah dan pengalaman saya ni yer.Berikut ini adalah perkara yang saya lakukan bagi membuat kejutan istimewa untuk isteri saya.

1. Ambil cuti dan tawarkan diri untuk jadi driver dia
Saya ambil cuti pada hari ulangtahun semalam.(isteri saya tak tahu saya ambil cuti). So, pagi tu, saya dengan sukarelanya menawarkan kepada isteri saya untuk menghantarnya pergi kerja. Aik, apesal tak semena-mena nak hantar pulak ni?, soal isteri saya. Yer lah kan, biasanya setiap hari isteri saya akan drive sendiri untuk pergi ker. Tup-tup hari semalam, saya sukarela nak hantar dia pula. Tu yang dia agak terkejut tu. Dia tanya saya, Sayang tak kerja ker ari ni? Saya jawab ringkas saja, Tak, saya ambil cuti, ada hal sikit. So, pagi hari semalam, saya telah hantar dia pergi kerja dan kami makan pagi bersama-sama. (Nota : Walaupun isteri kita mungkin tak perasan bahawa kita ambil cuti dan hantar dia pergi kerja tu adalah semata-mata salah satu cara kita untuk menyambut hari ulangtahun perkahwinan kita, dia tak perasan pada mulanya tidak mengapa. Teruskan saja rancangan anda. Nanti dia akan fikir dan sedar sendiri bahawa kita buat tu semua adalah hanya semata-mata untuk buat dia suka, gembira dan rasa dihargai)

2. Beli sejambak bunga dan hantarkan ke pejabatnya.
Kira-kira pukul 11 pagi, saya pergi beli sejambak bunga (12 kuntum bunga ros merah) di kedai bunga berhampiran tempat saya bekerja. Saya kemudiannya hantar sendiri bunga tersebut ke pejabatnya. Apabila sampai ke pejabatnya, saya call dia cakap nak ambil kunci rumah (tipu sunat kata saya terlupa bawa kunci rumah tadi. Padahal saya nak bagi jambangan bunga tu..huhu). Apabila isteri saya sampai di bawah bangunan tempat dia bekerja tu, saya dah ready dengan sejambak bunga ros khusus untuknya. Nak tahu apa reaksinya? Hmmm…tak payahlah saya tuliskan panjang lebar di sini. Yang pasti, dia sangat suka, gembira dan ceria sekali apabila melihat saya. Berkali-kali dia ucap terima kasih pada saya. Alhamdulillah saya hanya nak buat isteri saya rasa bahagia. Nampaknya rancangan saya berjaya setakat ini.


3. Ajak makan malam di tempat istimewa yang belum pernah dia pergi
Selepas waktu kerja tamat, saya pergi jemput isteri saya di pejabatnya. Saya cakap pada dia, kami akan pergi makan. Tapi saya tak cakap kat mana. Isteri saya ikut saja saya. Apabila dia sedar kereta kami menghala ke Kuala Lumpur dan bukannya ke arah kawasan perumahan tempat kami tinggal, isteri saya mula bertanya, Eh nak pegi makan kat maner ni?. Alah, ikut jer lah. Jawab saya ringkas. Apabila saya membelok masuk jalan menuju ke KL tower, isteri saya mula tersenyum riang. Eh Sayang nak bawa saya makan kat KL tower ker? Hehe…Soalnya sambil tersenyum. Ikut sajalah. Bukan selalu pun. Jawab saya lagi. Dipendekkan cerita, akhirnya malam itu, kami telah menikmati makan malam secara buffet di restoran berputar Seri Angkasa di KL Tower. Saya lihat isteri saya senyum dan ceria saja malam tu. Alhamdulillah saya rasa misi saya berjaya.


4. Beri hadiah misteri
Lagi satu kejutan yang saya buat ialah hadiah misteri. Menurut salah satu artikel yang saya baca sebelum ini, mencadangkan supaya meletakkan sampul surat berisi voucher hadiah ke dalam handbag isteri. Daripada anda beri hadiah secara terus, adalah lebih baik untuk beri hadiah secara tak disangka-sangka. Iaitu letakkan kupon, surat tawaran atau voucher dalam handbag isteri anda. Jangan beritahu dia tentang hal itu. Biar dia sedar dan jumpa sendiri voucher atau surat tawaran anda tersebut. Barulah surprise gitu. Dalam kes kejutan untuk isteri saya ni, saya telah praktikkan teknik hadiah misteri seperti yang dicadangkan ini. Saya tak pasti apa reaksinya nanti. Tapi saya yakin, InsyaAllah isteri saya pasti terharu. Bukan kerana nilai tawaran hadiah tersebut, tetapi dia akan terharu kerana tindakan saya itu. Saya rasalah…tak tau la apa yang akan terjadi nanti. Saya harap, semuanya akan berjalan seperti apa yang saya rancangkan.


Begitulah 4 kejutan istimewa untuk isteri saya sempena hari ulangtahun perkahwinan kami kali yang ke-2. Saya harap ianya sikit sebanyak dapat memberikan idea dan panduan kepada para suami yang ingin membuatkan isteri anda gembira.So kalau korang ada pengalaman lain yang boleh dikongsikan bagi membuat kejutan-kejutan istimewa kepada pasangan anda, kongsikanlah pengalaman atau idea korang itu kat sini ekk."

Nota Kaki : Indahnya kalau semua lelaki ada sifat penyayang lagi romantik mcm ni...huhuhuhu.. harap-harap ada lelaki yg membaca entry kali ni....

Entry ni aku copy dari carigold.com.. memang forum tu banyak membantu lah...