Monday, May 31, 2010

Cameron Highland Review







Assalamualaikum... dan selamat hari wesak untuk mereka yg menyambut wesak day....

Long weekend lepas, aku ingat aku akan keboringan berkurung di bilik tercantik. rupanya tidak kerna encik kamal mai... so kami menggerakkan modus utk buat day trip ke cameron highland. perjalanan bermula seawal pagi ye, sebab aku tak penah p so tak tau berapa jangka masa perjalanan nak ke sana. sepanjang perjalanan jalan dia ala-ala nk naik gunung jerai ye... jalan sempit je.. tapi leh tampung trela.. ehehehe... di sepanjang jalan ada kedai2 orang asli yang jual madu, kacip fatimah, tongkat ali dan macam2 hasil hutan. niat di hati nk p cari 'tok pa' yg dlm cerita adamaya.. tapi sebab takut lambat smpai ke cameron highland, kami teruskan perjalanan. alhamdulillah aku dikurniakan kekasih yg tabah memandu. dengan itu memudahkan kerja aku untuk tidoq sepanjang jalan.... agagagagag..

Aku ingat sejuk sampai parkinsen lau duduk kat cameron.. rupanya genting lg sejuk ye.... so sia2 aku bekalkan baju sejuk made in korea tapi tak guna pon... sebab baju aku dah cukup sopan nak tampung kesejukkan tu...

Walaubagaimanapun, cameron highland bukan indah seperti yg aku gambarkan.. aku ingat ada bunga di merata tempat.. tapi tak... and dirty a lil bit.. tak seperti tempat perlancongan la... yang bestnya kat situ makan tak la mahal sangat. semua mcm harga aku di bangi saja. hotel mahal sebab time tu super peak season wesak+weekend. hotel rm60 pon leh mark up jadi rm288. so, batalkan saja hasrat utk bermalam lau harga sangat2 mahal leh tampung makanan aku selama hampir sebulan. tapi kalau nak have fun kat sana, bleh je......

Tempat yg menjadi tumpuan di sana ialah (aku mula dari bawah smpai ke brinchang je..) ladang teh. memang nyaman gila tempat ni. suasana hijau menyegarkan mata yg memandang. aku tak sangka ladang teh seluas tu... aku cakap depa nak heli nak p siram pokok jauh2... eheheh.. betoi kut.. and then ladang strawberi.. ladang ni memang berlambak shiot.. ampa leh pilih mana yg nk p. salah pilih dapat ladang yg tak best.. selalunya ladang ni akan ada eskrem dan strawberi salut coklat. ada yg melayu buat, ada cina, ada india. so makanlah dgn tanpa was-was. lau nak puas ati masuk semua ladang strawberi. kat papan tanda letak self hand pick strawberi, tapi tak dapat pon... tipooo depa ni... aku cari butterfly farm tapi tak jumpa, rugi dah kat sini. and ada kebun bunga. ni pun cari tak jumpa. so rugi lagi. dan yg paling femes sekali pasar malam kat brinchang town.. fuh... lau bleh naik scooter kecik tu aku dah naik. tapi sesak masyaAllah.. cameron pon jam ok. bukan KL je.. lau nak shopping bleh shopping kat pasar malam.. sebab harga dia murah dari kedai2 lain. yang best lagi kat pasar malam ada fresh flower, awet flower, madu ori dari sarang leh makan sekali sarang sepotong rm2.. and lain2 semua berasaskan strawberi... so, selamat bercuti.. segala-galanya ada di malaysia.

Tapi kalau tanya aku lagi sekali nak p lagi tak cameron, aku cakap ohhhh tidakkkkkk..... baik aku p london youuu... hahahaha.. tapi kalau nak merasa tak salah.. sila lah... ni aku sertakan picture aku bersama mr.k buah ati......... kami happy amek gambar. dan terasa geram nak rempat DSLR tak lama lagi.. tungguuuuuuu...!
Fresh flower ni baru RM4 ye.... murah tapi tantek sangat...
lau nak bunga ni tahan lama and lambat layu, bleh letak garam atau gula pasir atau penadol.. so aku letak penadol.. ehehehe..



Tudia entry panjang berjela... dah hari ni, aku di serang selsema lagi.. tak tau la sebab apa.. aku takut jugak kena L1N1 kan.. sebab kerap sangat. tapi maybe gak sebab aku banyak cium bunga semalam... habuk masuk idung kot... entahla.. lau tak sembuh gak esok kena p bazirkan duit di klinik....

*abg aku cakap "bunga bagi makan ubat, tapi orang tak nak makan ubat.."

Penangan DSLR... anda percaya??

3 comments:

Hazzy Ishak said...

time ni aku kursus...cisss

Cik Ruby said...

kak yan, kau sombong V(^^,)

Unknown said...

dah lama tak jejak kaki ke sana... kiranya dah bertahun gak la...teringin nak g sana sekali lagi....syoknya dapat bunga...