Wednesday, May 05, 2010

Ulang Tahun Perkahwinan..

"Semalam, adalah hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-2. Alhamdulillah, dalam masa 2 tahun ini, pelbagai pengalaman pahit manis yang kami lalui bersama. Saya bersyukur pada Allah atas segala apa yang saya alami. Dan saya sentiasa hargai peluang hidup dan masa yang Allah kurniakan kepada saya dalam dunia yang sementara ini.

Bersempena dengan ulangtahun perkahwinan kami semalam, saya ada buat beberapa kejutan kepada isteri saya. Saya percaya, hampir semua wanita di dunia ini, betapa mereka sangat suka dan mengharapkan kejutan-kejutan istimewa dari suami atau kekasih mereka. Betul tak wahai kaum hawa?


Saya tak tahu samaada `perempuan sukakan kejutan istimewa` ini adalah fakta yang benar atau hanya sekadar mitos semata-mata. Tapi apa yang saya faham dari hasil pembacaan pelbagai jenis artikel dan info berkenaan perhubungan antara lelaki dan perempuan, banyak yang mengatakan memang orang perempuan sukakan kejutan. Jadi, saya telah mengambil kesempatan hari ulangtahun perkahwinan kami semalam, dengan membuat beberapa kejutan. Nak tau apa saya buat?

Baiklah, saya kongsikanlah sikit kisah dan pengalaman saya ni yer.Berikut ini adalah perkara yang saya lakukan bagi membuat kejutan istimewa untuk isteri saya.

1. Ambil cuti dan tawarkan diri untuk jadi driver dia
Saya ambil cuti pada hari ulangtahun semalam.(isteri saya tak tahu saya ambil cuti). So, pagi tu, saya dengan sukarelanya menawarkan kepada isteri saya untuk menghantarnya pergi kerja. Aik, apesal tak semena-mena nak hantar pulak ni?, soal isteri saya. Yer lah kan, biasanya setiap hari isteri saya akan drive sendiri untuk pergi ker. Tup-tup hari semalam, saya sukarela nak hantar dia pula. Tu yang dia agak terkejut tu. Dia tanya saya, Sayang tak kerja ker ari ni? Saya jawab ringkas saja, Tak, saya ambil cuti, ada hal sikit. So, pagi hari semalam, saya telah hantar dia pergi kerja dan kami makan pagi bersama-sama. (Nota : Walaupun isteri kita mungkin tak perasan bahawa kita ambil cuti dan hantar dia pergi kerja tu adalah semata-mata salah satu cara kita untuk menyambut hari ulangtahun perkahwinan kita, dia tak perasan pada mulanya tidak mengapa. Teruskan saja rancangan anda. Nanti dia akan fikir dan sedar sendiri bahawa kita buat tu semua adalah hanya semata-mata untuk buat dia suka, gembira dan rasa dihargai)

2. Beli sejambak bunga dan hantarkan ke pejabatnya.
Kira-kira pukul 11 pagi, saya pergi beli sejambak bunga (12 kuntum bunga ros merah) di kedai bunga berhampiran tempat saya bekerja. Saya kemudiannya hantar sendiri bunga tersebut ke pejabatnya. Apabila sampai ke pejabatnya, saya call dia cakap nak ambil kunci rumah (tipu sunat kata saya terlupa bawa kunci rumah tadi. Padahal saya nak bagi jambangan bunga tu..huhu). Apabila isteri saya sampai di bawah bangunan tempat dia bekerja tu, saya dah ready dengan sejambak bunga ros khusus untuknya. Nak tahu apa reaksinya? Hmmm…tak payahlah saya tuliskan panjang lebar di sini. Yang pasti, dia sangat suka, gembira dan ceria sekali apabila melihat saya. Berkali-kali dia ucap terima kasih pada saya. Alhamdulillah saya hanya nak buat isteri saya rasa bahagia. Nampaknya rancangan saya berjaya setakat ini.


3. Ajak makan malam di tempat istimewa yang belum pernah dia pergi
Selepas waktu kerja tamat, saya pergi jemput isteri saya di pejabatnya. Saya cakap pada dia, kami akan pergi makan. Tapi saya tak cakap kat mana. Isteri saya ikut saja saya. Apabila dia sedar kereta kami menghala ke Kuala Lumpur dan bukannya ke arah kawasan perumahan tempat kami tinggal, isteri saya mula bertanya, Eh nak pegi makan kat maner ni?. Alah, ikut jer lah. Jawab saya ringkas. Apabila saya membelok masuk jalan menuju ke KL tower, isteri saya mula tersenyum riang. Eh Sayang nak bawa saya makan kat KL tower ker? Hehe…Soalnya sambil tersenyum. Ikut sajalah. Bukan selalu pun. Jawab saya lagi. Dipendekkan cerita, akhirnya malam itu, kami telah menikmati makan malam secara buffet di restoran berputar Seri Angkasa di KL Tower. Saya lihat isteri saya senyum dan ceria saja malam tu. Alhamdulillah saya rasa misi saya berjaya.


4. Beri hadiah misteri
Lagi satu kejutan yang saya buat ialah hadiah misteri. Menurut salah satu artikel yang saya baca sebelum ini, mencadangkan supaya meletakkan sampul surat berisi voucher hadiah ke dalam handbag isteri. Daripada anda beri hadiah secara terus, adalah lebih baik untuk beri hadiah secara tak disangka-sangka. Iaitu letakkan kupon, surat tawaran atau voucher dalam handbag isteri anda. Jangan beritahu dia tentang hal itu. Biar dia sedar dan jumpa sendiri voucher atau surat tawaran anda tersebut. Barulah surprise gitu. Dalam kes kejutan untuk isteri saya ni, saya telah praktikkan teknik hadiah misteri seperti yang dicadangkan ini. Saya tak pasti apa reaksinya nanti. Tapi saya yakin, InsyaAllah isteri saya pasti terharu. Bukan kerana nilai tawaran hadiah tersebut, tetapi dia akan terharu kerana tindakan saya itu. Saya rasalah…tak tau la apa yang akan terjadi nanti. Saya harap, semuanya akan berjalan seperti apa yang saya rancangkan.


Begitulah 4 kejutan istimewa untuk isteri saya sempena hari ulangtahun perkahwinan kami kali yang ke-2. Saya harap ianya sikit sebanyak dapat memberikan idea dan panduan kepada para suami yang ingin membuatkan isteri anda gembira.So kalau korang ada pengalaman lain yang boleh dikongsikan bagi membuat kejutan-kejutan istimewa kepada pasangan anda, kongsikanlah pengalaman atau idea korang itu kat sini ekk."

Nota Kaki : Indahnya kalau semua lelaki ada sifat penyayang lagi romantik mcm ni...huhuhuhu.. harap-harap ada lelaki yg membaca entry kali ni....

Entry ni aku copy dari carigold.com.. memang forum tu banyak membantu lah...

1 comment:

JUE said...

Romantiknyeeeee....bertuah la klu my cik abg nk wat camni!