Friday, April 30, 2010

Aku dah ketinggalan ADAMAYA!

Salam...

Seperti yang telah dinyatakan, tv, astro dan tong gas sudah di angkut keluar serta merta. sekarang aku tak boleh nak tengok adamaya..... cakap nak kuar 1 may, bila follow up, cakap macam-macam.. adoi....... M.E.N.Y.U.S.*.*.*.*.*

Thursday, April 29, 2010

Tong gas yang hilang.. bukan permata yang hilang...



Salam dan selamat pagi...

Bermula entry ala bengang di sekitar jam 9 pagi... hahahah...

Entry ni adalah berunsur kelakar/jenaka atau lawak. sekarang aku dan Hazzy sudah tinggal berdua officially bermula semalam. segala berita perpindahan nomad (berpindah randah) di sampaikan oleh hazzy kepada aku bukan melalui tuan badan sendiri.. do i care?? no way! hahaa..

Bila ex-roomate berpindah, secara redhanya kami menerima keperluan tv dan astro di tarik balik kerana tv adalah harta intelek dia dan astro di daftarkan oleh nama dia. namun yuran pemasangan tidak lah diketahui dari mana sumber adakah dari sumber 'rakan kongsi' atau sendirian berhad.... tapi, tak perlu komfius kerna semua tu telah di angkut dan tiada pertikaian di situ. cuma terasa hot bila mesej di hantar "esok astro buang ey...."... tapi, do i care?? no way!

Sekembalinya aku dari kerja semalam, terus amek hazzy tanpa naik ke rumah terlebih dahulu. dan aku dikejutkan dgn satu berita...

Hazzy : hang tau menda apa lagi yang dia amek?? Liyan : entah la.. beras? sup bunjut?? Hazzy : ala... hang teka la lagi... Liyan : tu je kot harta menda dia... Hazzy : TONG GAS takdak!!!!!! Liyan : uih, kena curik kah?? Hazzy : DIA la amek.. Liyan : Omak aiii... makcik kayooo~huhuh..

tujuan aku amek hazzy adalah seperti berikut :

1. beli tv (agenda utama)
2. beli dvd player (takdak dalam plan awal)
3. Beli blander (tadak dalam agenda awal)
4. Daftar astro (agenda utama)
5. Beli meja tv

rajah 1 : kelengkapan yg telah siap di pasang.. sila abaikan kotak di sebelah kiri anda

so, kami selesaikannya dalam masa satu hari.. so what? yang belum beli tong gas yang hilang tu...hihihi.... tak berasap la dapoq aku setakat ni ye......

Dari meja pengarang : ingin melepaskan rasa ati. rasa tak sampai ati nak cakap depan2 sebab kesian. tapi dia tak kesian pon kat ktorang. sejak dari awal masuk cuci kaki. tak payah nak cuci rumah pon.. tapi kami diam. selama menetap disitu, langsung tak di kemas rumah. di biar semak dan di biar hapak dan di biar berlumut. dan ketika blah, barang di angkut ketika kami bekerja. barang yang tak sepatutnya amek pon di amek. kalau kami tak redha and halalkan camne?? ada ko kisah??? kuali yang di guna pon aku tak pasti dia basuh ke tak.. ke dia tinggal untuk aku basuh?hihiih... entahla....

Wednesday, April 28, 2010

Mulut kata redha.. pada hakikatnya hati berkata tidak..

Salam..

Mungkin ini entry yang bertemakan luahan hati dari aku.. Entahla, mungkin ada yang tak kena dgn aku.. selama ni aku berasa selesa walaupun dugaan datang bertimpa-timpa.. tapi aku redha.. redha ke aku? mulut cuma berkata. tapi hati tidak pasti. kalau aku redha mesti aku tak bersedih bukan?

Setiap kali dugaan mendatang, aku rasa sangat sedih.. rasa down sangat-sangat. tapi aku cuma mengubat ati dgn sendiri tanpa bantuan sesiapa.. ketika seronok, ramai orang bersama kita. itu hakikat kehidupan sesama manusia.

Dengan iman yang senipis kulit bawang ni kadang-kadang timbul tanda tanya tentang kasih syg Tuhan pada aku. adakah aku hambanya yang paling keji sehinggakan susah nak kecap bahagia dalam hidup? selepas satu, satu dugaan yang datang. sebenarnya aku tak kuat. dalam senyum ada tangisan. aku boleh ketawa, tapi dalam hati sudah bernanah tunggu nak pecah saja.

Aku cuba bertahan. aku tau ramai yang sakit ati tengok keadaan aku. kenapa mesti ada manusia yg kianat mcm ni. sehingga melibatkan cara halus utk menghancurkan hidup orang? sekiranya itu adalah betul, aku berdoa supaya semua tu akan pulang kepada mereka semula.. amin.. tolong aminkan kawan-kawan......

Dan sekiranya bukan angkara mereka yg kianat? apa sebabnya lagi? mungkin ada kesalahan yang cuba ditegakkan di sebalik kebenaran yang dicipta.. biar masa yg menentukan segalanya...... dan secara jujurnya, aku sudah malas nak pikir benda sebegini. sedangkan engkau susah nak faham pekara yang terlalu simple untuk difahami......


***************

Out of topic : aku rasa sangat tertekan dgn seorang perempuan... nak tau sapa?

Apa yang wanita mahukan dari lelaki?

Saja nak berkongsi dengan jejaka/lelaki sejati di luar sana berkenaan apa yang wanita inginkan dari lelaki pada masa-masa tertentu... mungkin kekadang dia kana berterus terang tentang apa yang dia ingin kan dan harapkan. tapi kekadang dia tak bagitau tapi sebenarnya dia sangat perlukan kamu....

Contohnya... :

bile sy marah :
sy nak awak memahami emosi sy dan awk kene kaji kenapa sy marah...mungkin awk ade sakitkan hati sy @ ade perkara yg menyinggung perasaan sy.. baik awk fikir balik kata2 @ perbuatan awk. sy marah bukan bermakna sy tak syg awk...sbb syg la sy tegur..

bile sy asik miscall, msg awk :
tu tandenye sy rindu kat awk.. dan sy mengharapkan awk dpt bg perhatian pd sy kejap..(tp kalo bleh... cari mase yg boleh kite borak lame.@ spend mase together. sy ade banyak perkara nk bagitau dan kongsi ngan awk..)

kalo sy mendiamkn diri slps beberapa miscall :
sy letih dh nk cari awk.. pandai2 la awk cari saya dan pujuk sy nanti.

bile sy moody :
awk jgn wat lawak ***** yg boleh wat sy marah awk.. sy hanye perlu awk memahami keadaan sy dengan memberi sokongan pd sy jika sy mengadu pd awk tentang masalah..jgn ckp sy emo ke ape..kesabaran awk amat diperlukan dan tenangkan sy ye...

bile sy mngadu sy sakit :
sy nk awk bg perhatian dan amik berat tentang sy. kalo htr sy gi klinik lg bagus..atau buatkan sy ubur..hehe

bile saya mengadu itu ini :
sbnyr sy tertekan... boleh tak awk jd pendengar sy? jika sy mintak tolong, baru awk bg cdgn..

bile sy hampir putus asa :
beri saya semangat, kata2 peransang agar sy kembali bersemangat...(hope awk dpt bersabar dgn karenah sy)

bile sy ngadu sy letih :
ade 2 keadaan
:
1) sy sgt letih...bg saya masa untuk berehat..
2) sy letih buat sume sorg.. awk leh tlg sy tak? tolong ringankan beban sy.. kalo tak leh bantu keje sy, tolong belikan mkn ke...


bile sy majuk :
ade 2 keadaan :

1) kalo majuk syg,
awk kene la jangan putus asa pujuk.. kkdg sbb awk tak bg perhatian, awk bz..tu sbb sy majuk...baik awk mintak maaf dan yg penting sedar pe silap awk supaya awk tak ulang balik..mgkn awk kene bg hadiah atau ucap kata2 yg indah untuk sejukkan hati sy

2) kalo majuk sbb gaduh yg besar...
mesti awk ade buat silap @ sakitkan hati sy.. awk kene selidik pe salah awk, sedar dan mintak maaf mgkn sy dh hilang kepercayaan pd awk -so, awk kene la buat sesuatu untuk mengembalikan kepercayaan itu.. dan mgkn juga makan masa.. tp sy nk tengok kesungguhan dan usaha awk..
mungkin yg lain org lain boleh tambah...

Bilik untuk di sewa - Bangi

Salam..

Kepada sesiapa yang ingin menyewa dgn aku dan Hazzybleh menghubungi aku secepat mungkin. antara butiran rumah adalah seperti berikut :

1. Pangsapuri (5 tingkat)
2. terdapat 3 bilik dan 2 bilik air.
3. Kelengkapan - Mesin basuh, Peti Ais, kelengkapan dapur cukup lengkap.
4. Rumah di tingkat 2
5. 15 Minit ke putrajaya (Alamanda)
6. Keadaan rumah yg selamat dgn rukun tetangga yang mengambil berat.

Ciri-ciri Penyewa adalah seperti berikut :
1. Perempuan
2. Pandai mengemas (penting!)
3. Tak nak yang pengotor (Penting!)
3. Bertolak ansur dan bekerjasama
4. Jujur dan tidak panjang tangan (Penting!)
5. Bekerja
6. Semangat setia kawan yang baik
7. Membayar sewa on time!

Kadar sewa bulanan (Penyewa baru)

sebulan = rm100

deposit 2 bulan = rm100+100

total = deposit 2 bulan + sebulan sewa =rm300


Peringatan! = sekiranya penyewa hendak berpindah, mereka hendaklah memberi notis sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum berpindah bagi memudahkan pencarian penyewa baru kecuali merekat telah mendapatkan pengganti dgn sendiri dan deposit rm200 akan dipulangkan. dan sekiranya bekas penyewa gagal mencari pengganti penyewa, deposit tidak akan dipulangkan. sekian, harap maklum!

***********************************

nota kaki* Hazzy rasanya kita perlu lebih tegas untuk mencari rakan serumah kali ni.. perkara yang lepas jadikan pengajaran....heeee...

Tuesday, April 27, 2010

Uh lala - When In Rome




Salam,

Last weekend aku dah berhasrat sejak hari pertama gaji yg aku akan bershopping secara orang gila. dan akhirnya hasrat aku itu tercapai. dan bila mula urusan pembayaran hutang pada ceti halal, aku mula menyesal.. hahaha.. sesal dulu pendapatan... tapi takpa, dah berkurun aku tak bershopping pon.......

********

Hari Ahad, aku ke Times Squares dengan siapa lagi tak lain tak bukan dengan pakcik aku la...ngeeee.... antara niat utama nak nengok wayang. aiming movie Kick Ass tapi akhirnya tak kesampaian... dan akhirnya we decide utk layan When In Rome...
ceritanya best la.. sebab heronya ensem than date nite.. tapi aku dengar date nite lagi syok. nanti-nanti la layan citer tu
..huhu..

~Kisah cinta hero yg bernama Nick and bath. Heronya hensem okeh... so mesti korang lagi berminat nak tengok... kisah bermula semasa ada beth nak berkahwin dgn jejaka itali dan beth terpaksa tinggalkan kerjanya utk menghadiri perkahwinan sister dia di Rome... Beth adalah sorang yang workerholic(betui ke eja?).. tapi disebabkan adiknya, dia sanggup tinggalkan keja walaupun dia terpaksa mencari line internet di merata tempat supaya dia dapat berhubung dgn pejabatnya.

Beth pada ketika itu menjadi pengapit kepada adiknya. dan nick menjadi pengapit kepada adik iparnya... so dalam ketika itu, nick banyak membantu beth dlm urusan yg berkaitan bahasa itali... tiba-tiba lampu terpadam n beth terkejut terpeluk la si nick tu.. ececece... nak tau apa jadi masa gelap? kena p layan sendiri la.... ekekekeke... sejak dari itu, beth mula menyimpan hati pada Nick.... tapi Beth frust sebab nampak nick kissing dgn sesorang di hadapan gereja. dan masa tu beth nak ajak nick drink.. so, sebab frust, dia drink sorang sambil bercakap dgn patung pancutan air cinta di hadapan gereja. sambil menyanyi dan merepek, dia mengutip syiling di dalam kolam pancutan air itu. maka, owner syiling tu pun mendapat isyarat cinta...(time ni ntah ape2)ekekekeke........

Seterusnya... sila lah layan.. confirm tak menyesal.....

Monday, April 26, 2010

Kisah si pembancuh air...

Salam....

Dah lama aku nak menentrikan blog ni... hari ini aku rasa tertekan sangat bila aku di suruh buatkan air. bukannya bancuh air tu satu tekanan pada aku. tapi ini baru lepas lunch. ok, tak kisah. aku buat air sambil bengang. sebabnya semalam aku dah siapkan borang untuk order air tapi bos aku cakap tak perlu minuman utk sebelah petang. membazir katanya. then, aku PA dia, mesti la aku ikut cakap bos aku.

Dah tu ada sorang pengurus yg incharge expert dari luar datang tersengih kat depan pintu aku mintak aku bancuhkan air. aku ingat secawan dua.. rupanya almost 10 cups okeh!... so aku buat-buat cool... aku buat jelah....... dan aku mintak abg opisboy ni anto masuk dalam bilik mesyuarat... aku ingat dah setel... tiba-tiba.............................

Sorang lagi pengurus yg sangat controversi kuar dari bilik meeting sambil menatang cawan.. aku mula la glabah... adoyai.. dia ke pantry n singgah kat bilik aku.. katanya :

"Yanie, next time jgn letak gula dalam air"

adoyai.. merah kejap muka aku ni.. rasa bahang kat muka... aku juz senyum tanda malu teramat.. terasa bengong yg teramat plak diri ni....... then aku p pada kerani kat bilik sebelah untuk lepaskan rasa tak puas ati.. yelah, terima kasih tak pandai. komplen pandai plak........ cuma dia sorang je bawak kuar air sebagai tanda protes.......

selepas setengah jam, kuar lagi sorang... aku siap tutup muka dgn buku. sebab aku ingat dia pon nak komplen benda yg sama. tapi dia cakap air yg aku buat takde ape pon.... sedap je...... pastu dia tanya nape.. then akak kerani ni pon cita la kat dia....... dia cakap maybe 'orang' yg komplen tadi ada protokol kot... or keturunan diraja.. so, ada disiplin air jgn letak gula...ekekekekek.... nasib baik dia tak komplen.. lau tak jgn arap aku nak buat air lagi.... sedap ati jugak dengar dia cakap "Rasulullah pon tak komplen depan-depan kalau makanan tu tak sedap...."

betul jugak kan.... jaga la ati orang sket... ape da~~~~~

Nota kaki : jap lagi bos balik meeting aku akan mengacum!

Wednesday, April 21, 2010

Kamu ada suara hati?


Salam..

Rasanya dah lama aku tak mengarang ala-ala cerpen pendek siap dgn metafora, monolog and segala lagi bahasa sastera lain kan.. entahla, sejak duamenjak ni aku rasa mood dah tinggal 10%. sebab enggak tau la mengapa.

Kamu ada suara hati tak? aku ada... dulu aku tak penah sedar pon suara hati ni ada. setakat baca dalam novel "suara hatinya berkata-kata" aku ingatkan saja nak sedapkan cerita. tapi sebenarnya tidak. sejak kebelakangan ini, aku selalu 'rasa' suara hati aku. selalunya suara kita tak boleh rasa. kita cuma boleh dengar. tapi suara hati bukan cam suara yang berunsur bunyi ye.. kita cuma dapat rasa. kenapa aku cakap aku dapat rasa?

Aku bukan nak buat cerita dogeng mat jenin ke hape.. tapi benda ni betul terjadi. kadang-kadang bila perasaan marah aku membuak-buak dan darah tinggi aku mula naik (heheheheh) aku rasa kat mulut ni nak je keluar maki hamun, mencarut, herdik orang yang aku marah tu. tapi sekarang, suara ati aku akan cakap "tak payah la yani, nanti burukkan keadaan. juz let it be..." itu yang aku rasa dan aku pun terus tak jadi marah.. eheheheheh....

Best bila dapat rasa suara hati macam ni. sekurangnya kita tak cepat buat keputusan yang memburukkan keadaan...

Anda pula bagaimana?? huuuu....

Nota kaki : mungkin penulis sedang melalui fasa-fasa perubahan positif dalam hidupnya...ngeee..

Tuesday, April 13, 2010

Betul ke lelaki kurang excited dalam hal kerja kawen?


Salam...

Saja nak berkongsi jawapan terutama bersama mereka yang baru atau sudah berumahtangga..... betul ke lelaki ni atau bakal pengantin laki kurang berminat atau kurang excited dgn hal kerja kawen? diorang hanya tau cari duit saja untuk nak sediakan majlis yg sempurna. selainnya mungkin dilepaskan pada bahu perempuan atau bakal pengantin perempuan atau ibu bapa mereka. betul ke??

Monday, April 12, 2010

Kenapa masalah sosial negara semakin kritikal?

Salam...

Semalam dalam buliten utama tv3 ada lagi kisah pembuangan bayi.. adeh.. aku try search dgn pakcik google guna key word 'pembuangan bayi' tadi.. masyaAllah... aku cepat-cepat tutup sebab aku memang fobia dgn darah n badan manusia atau binatang yang sudah 'tak sempurna' macam tu... kalau tengok mata aku akan naik bintang-bintang ye kawan-kawan....

Selain dari kes buang bayi, kes ragut, kes pak itam. aku rasa kes ni yang palin femes utk ketika ini..

buang bayi - kenapa buang bayi? sedangkan anak tu anugerah Allah. ramai lagi mengharapkan ada baby sendiri tapi tak kesampaian. tapi diorang yg senang 'buat' tak perlu akad nikah dan kenduri yang abis duit beribu ringgit senang je buang baby tu. cara pembuangan lak tragis gila.. lau taknak, bagi la pada yg nak. letak kat masjid ke, depan rumah orang ke, asalkan anak tu selamat. lagi satu, sanggup ke korang panggil baby tu sebagai anak haram? aku harap korang jgn panggil baby tu anak haram. panggil je mak bapak haram.

Kes ragut - peragut sekarang makin daring.. sampai berani panjat pagar rumah orang utk kejar mangsa... fuuuu~ menakutkan.. hati-hati pakai gelang emas. even zhulian sekalipun jgn pakai besar-besar. diorang bukan tahu gelang tu bukan emas... yang diorang tahu diorang nak!

Pak itam - ini satu lagi.. warga afrika ni pon amat merbahaya... jgn ada awek-awek malaysia terpengaruh dgn jelingan manja mereka. mereka boleh ngorat korang dgn hanya memetik jari sahaja ye......

Apa sudah jadi dengan dunia sekarang. hampir huru hara atau sudah huru hara? ramai yang tidak takut dgn undang-undang..

Punch Card aku semua merah utk bulan ni....

Salam..

Tiba-tiba ati aku tergerak nak tengok rekod e-punchcard.. omak aiiih! merah..! sebabnya rekod aku pada bulan april masuk pukul 8 pagi.. sebenarnya masuk 8.30 pagi... so salah siapa di situ..huhuhu.. takutnya... nampak tak cantik di situ ye.......... tapi aku still cool ye.. hihih..

Thursday, April 08, 2010

Saya mencari PA yang mau bertukar ke bangi..

Salam...

Bagi sesiapa orang utara kedah atau perlis yang nak bertukar ke bangi sila la hubungi saya..eheheh... saya nak posting balik kedah dalam tahun ni jugak.. kalau ada sesapa yg ada sedara yang dah berkawin dan suami di selangor dan isteri di kedah, meh la kita switch suka sama suka...... untuk jawatan setiausaha pejabat n27 tau... sila war-warkan kepada kawan, dan sedara mara ye.....

Tengkiu....

Beutiful Blogger Award dari Kak shima cumil...


Salam..

1. Semalam dah cek kat blogKak Shima danAlin Chong .. nama eden tersenarai sebagai penerima award ni.. tengkiuk...... aceli, this my second time kot dapat award.. first time dari masa jawab tag darinya.....

Bila terdapat award ni, terus terasa I’m Beautiful youuuu…. Hohoho..

The rules is……..

1- Thank & link the person that gave you the award –Done-
2- Pass the award onto 15 bloggers you've recently discovered & think are fantastic –Done-
3- Contact said blogs & let them know they've won the award – Done -
4- State 7 things about yourself

- Tunang kepada Kamalhusni..

- Seorang Setiausaha Pejabat yang manja kepada bosnya…wakakakak..

- Seorang anak manja kepada seorang mak yang sangat memahami..

- Sedang melaksanakan azam 2010

- Terasa tergedik-gedik nak posting balik kedah sebab nak dok bawah ketiak tok..

- Kadang-kadang pendendam dalam diam…

- Sangat bersyukur dgn kehidupan sekarang yang tidak perlu bergantung/menumpang orang =))

Bila dah dapat gelaran Beautiful..ups~ aku nak bagi award ni kepada kawan-kawan yang lain jugak….. sapa yg dah terima sebelum ni, amek la lagi ye…huhuh…

1. Hazzy

2.Alin Ceni

3.Ferk

4.Iqa love buggy