Monday, April 26, 2010

Kisah si pembancuh air...

Salam....

Dah lama aku nak menentrikan blog ni... hari ini aku rasa tertekan sangat bila aku di suruh buatkan air. bukannya bancuh air tu satu tekanan pada aku. tapi ini baru lepas lunch. ok, tak kisah. aku buat air sambil bengang. sebabnya semalam aku dah siapkan borang untuk order air tapi bos aku cakap tak perlu minuman utk sebelah petang. membazir katanya. then, aku PA dia, mesti la aku ikut cakap bos aku.

Dah tu ada sorang pengurus yg incharge expert dari luar datang tersengih kat depan pintu aku mintak aku bancuhkan air. aku ingat secawan dua.. rupanya almost 10 cups okeh!... so aku buat-buat cool... aku buat jelah....... dan aku mintak abg opisboy ni anto masuk dalam bilik mesyuarat... aku ingat dah setel... tiba-tiba.............................

Sorang lagi pengurus yg sangat controversi kuar dari bilik meeting sambil menatang cawan.. aku mula la glabah... adoyai.. dia ke pantry n singgah kat bilik aku.. katanya :

"Yanie, next time jgn letak gula dalam air"

adoyai.. merah kejap muka aku ni.. rasa bahang kat muka... aku juz senyum tanda malu teramat.. terasa bengong yg teramat plak diri ni....... then aku p pada kerani kat bilik sebelah untuk lepaskan rasa tak puas ati.. yelah, terima kasih tak pandai. komplen pandai plak........ cuma dia sorang je bawak kuar air sebagai tanda protes.......

selepas setengah jam, kuar lagi sorang... aku siap tutup muka dgn buku. sebab aku ingat dia pon nak komplen benda yg sama. tapi dia cakap air yg aku buat takde ape pon.... sedap je...... pastu dia tanya nape.. then akak kerani ni pon cita la kat dia....... dia cakap maybe 'orang' yg komplen tadi ada protokol kot... or keturunan diraja.. so, ada disiplin air jgn letak gula...ekekekekek.... nasib baik dia tak komplen.. lau tak jgn arap aku nak buat air lagi.... sedap ati jugak dengar dia cakap "Rasulullah pon tak komplen depan-depan kalau makanan tu tak sedap...."

betul jugak kan.... jaga la ati orang sket... ape da~~~~~

Nota kaki : jap lagi bos balik meeting aku akan mengacum!

1 comment:

Hazzy Ishak said...

adakah aku boleh teka sape org tu?
he he he