Thursday, January 28, 2010

Bahang mula terasa....

Salam....

Setelah dua hari aku dok ghodek-ghodek(orang KL cakap selongkar) rumah aku ni, tiba-tiba aku rasa bad mood... bukan sebab blog tak menjadi.. ehehehe... tapi sebab satgi ada meeting plakkk... adoi.. mencikkk!

Apsal nak buat meeting kerap sangat..... aku pon tak tau nak conteng apa dalam minit mesyuarat sebab byk sembang n presentation... apsal aku sorang ja kena amek minit! apsala tak orang lainnnn! tak suka tak suka tak suka~~~

Wednesday, January 27, 2010

Open now!

Salam...

Morning.. ok, sekarang belog ini telah di buka semula untuk tontonan umun... tu pon kalau ada yg nak menonton...eheheheheh...

# tak semua impian boleh jadi kenyataan............. takdir sudah ditakdirkan.. eheheheh..

Tuesday, January 26, 2010

Ketatnya kepala otak aku ni..

Harini rasa nak mengamuk.. sebab tu tadi aku delete semua yg ada kat blog.. pastu bebal sebab penat nak buat baru......... aku rasa sesak la arini.. aku takdakkk mooooddddd.. rasa nak terajang.. tapi pakai baju kurung.. so tak dapat la nak terajang kan.... terajang apa? apa2 jelah asalkan boleh sakit kan diri....hihihihi..


bodoh, sial dan celaker!

Boleh tak jgn pakai mag bos?

Salam and gud morning...

Spoil mood betol.. dah la bangun lambat arini.. sakit kepala aku.. adeh..... datang pagi-pagi ada sipolan ada di dalam bilik bos sambil memegang secawan mug yg berisi air.. sempoi tak?bercakap dengan pengarah sambil minum air.. kalau tolong buatkan air untuk bos aku skali takpe gak.... yang lebih sempoi, mug tu mug pengarah! adoi..mesti bos dah nampak.. aritu bos dah sound jgn letak merata mug tu nanti orang pakai.. aku dah letak dalam kabinet atas.. aku ingat tempat tu dah cukup rahsia.. tapi pandai je dia selongkar..... suka ati makcik dia kan?aku tak tau dia ni jenis apa.. sembang bum bang bum bang.. tapi bab mug-mug ni suka blasah mug orang... aku tak kisah sangat bab bantai mug orang.. tapi, kalau dia pakai, apabila dia sudah minum, dia akan rendam mug tu dalam singki kat pantry... dia ingat baju kot nak rendam-rendam....... kalau dia basuh, it's ok never mind la kannnn... pastu sapa yg basuh?aku?mintak maap!aku takkan basuh walaupun smpai berkulat.... makcik clearner yg selalu menjadi pembasuhnya.. kadang-kadang sampai 2-3 mug dlm sinki tu dia punya.....

geram laaaaa.. adoi.. mesti kena sound lagi japgi... tapi sebelum aku sound, mcm mana aku nak bercakap dgn sipolan ni secara berhemah ye untuk mengelakkan dia mengulangi perbuatan itu.... sejak dia masuk sini.. mug bersepah-sepah.. dia minum pastu kat mana dia duduk, kat situ la dia tinggal mug or cawan tersebut.. kalau dia punya takpa!ni orang lain punya.... masing-masing bawak sendiri untuk kegunaan sendiri... tapi dia pakai tak basuh... adokkkk...gerammm...



# EEEeee.. camne nak sorok mug bos ye?

Monday, January 25, 2010

Perihal PA .....

Salam.. second entry sebelum aku bertolak ke Nilai 3.. ups~hihihihi...

Pastinya ramai yg tahu Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) atau selalunya orang panggil PA (jarang orang panggil Pembantu Tadibir (Kesetiausahaan) kecuali dia si skema) sudah ditukar skimnya ke Setiausaha Pejabat sama jugak mcm PA. dan dengan itu juga, gred para PA yg berkelulusan Diploma telah di naikkan dari N17 kepada N27 termasuk la daku...hohohohohoho.. alhamdulillah...

Tapi, sedarkah para PA sekalian, yg dok komplen kat surat khabar semuanya PTPO? buat pengetahuan semua kawan-kawan PA sekalian, aku bukan bercakap berdasarkan khabar angin okeh... sebenarnya, rakan PA jugak sangat dengki kan PA... mcm mana nak tubuhkan Kelab PA yg pada asalnya nak bersatu padu menegakkan hak PA kan.. sedangkan PA dan PA pon dok dengki dengku....... PA yg mendengki PA ni bukan sebab berebut Pakwe or apa-apa....

senang cakap aku bagi nama PA Diploma dan PA SPM okeh.....

Hari itu, kejadian ni berlaku di opis aku jugak.... seorang PA SPM call PTPO, dan nyatakan rasa tak puas ati tentang skim baru PA Diploma.. katanya PA Diploma jaga orang biasa.. PA SPM jaga jusa.. tapi skim tak berubah.... tak adil untuk depa.. so what? aku pun jaga jusa wat.. tapi still cool je...hihihi...

bila PTPO tersebut cadangkan kepada PA SPM "apa kata ko turun je jaga orang biasa n biarkan PA Diploma jaga jusa-jusa.." tapi dia cakap "taknak lah.. nanti tak glamer"... cam hampes kan?

baik ke sikap dengki macam tu? entah la... rezeki masing-masing...

Happy Birthday Mak!!

Salam & Gud Morning!

Pagi ni aku takder mood.. keta aku tayar pancit lagi! shiot je.. tapi aku bantai naik jugak.. muka tebal masyaAllah... tapi aku tawakkal jelah... 'Hasbunallah wanikmal wakil'.. amalkan.. insyaAllah moga dapat pertolongan dari-Nya.. (tazkirah pada hari ini)

kemarin atau orang kolompo cakap semalam 24 jan 2010 adalah bezday mak aku... yg ke 44 tahun.. muda lagi kan mak aku?yeah! masih vouge gitu~ mcm besa.. pembuat kek setia aku Kak Shima telah dipertanggungjawabkan untuk membuat dan menghantar kek tu ke rumah.. Kak Shima memang tera.. cari rumah aku sat ja dah jumpak... memang GPS btoi la.. huhuhuhu...masuk ni dah 3 biji kek aku order dgn Kak Shima... sekali untuk encek kamal, farah n thirt untuk mak... maybe pasni aku order lagi untuk 'Majlis bertunang abg aku pulak' insyaAllah.....

Mak aku ni kadang2 bleh jadi pelawak jugak.. siap mintak plan n no tepon
Kak Shima.. lau plan umah takpa gak.. ni nak plan KEDAI KEK Kak Shima.. adeh... bila masa plak Kak Shima ada kedai kek ni.. maybe 1 ari nanti kan.. eheheheheh..

Hahahaha.. (menahan gelak takut bos dengaQ)...
aku baru copy gambo kek dari blog
Kak Shima baru aku tau Kak Shima save gambar tu as 'yamal'.. apa maksud 'yamal' tu kak?? buat-buat tak tau ni...hihihi.. cam sweet je nama 'yamal'.. hohohoho...

Semalam tengah siap-siap nak solat maghrib, mak kol.. dalam ati aku bermonolog 'amboi, mentang-mentang dapat call free'..hihihi.. then aku bagitau mak aku "mak, i nak solat sat.. satgi u call me back ok".. speaking gitu youuu~ mak aku cakap "okey!"

Pas solat misscall mak.. miscall je okeh.. then mak call balik.. sempat la bergosip macam-macam.. terutama 'majlis bertunang abg aku' hihihihi.. pastu aku bertanya :

"mak, sapa dah makan kek tu?"
mak jawab, "takdak sapa makan lagi"...
"Lar.. tak lalu ka?"
mak jawab, " bukan tak lalu.. syg la nak potong..kihkihkih"
"pasni bagi kek plastik la kak mak"
mak jawab, "k lah.. nak p potong kek kat abah.. abah nak makan.. adeii.. syg lak nak potong"
"ha... tau takut"...

Kek ni jugak khas untuk mak.. daripada aku dan kamal... sebagai salah satu langkah membodek bakal mak mertua beliau.. ahhahahah.... jum layan gambo...
Untuk pengetahuan semua, kek ni bukan kek biasa.. bukan sponge kek yg rasanya kadang2 tak manis tu..hihihi..kek ni betul2 rasa kek okeh.. home made!


Kepada mak : Happy Birthday, semoga dimurahkan rezki dan diberi kesihatan yang berpanjangan.. anak mu jauh diperantauan..wakakakak...dan semoga cepat dapat menantu.. ups!

Wednesday, January 20, 2010

Nasi Kandar oh Nasi Kandar....

Salam...

Entry ini amat terlibat dgn perot aku buat ketika ini.. aduh.. amat kelaparan... cuba nk kecutkan pipi dgn cara tak makan tengah ari.. tapi aku rasa tak mampu.. tolong~

*tengah aku taip entry, si Farid ni datang anto kuey.. adeh.. bleh la kurangkan nafsu nasi kandaQ...

Sambung crita....

Sebenarnya aku baru tringin nak nengok crita papadom yg digembar-gemburkan amat seronok tu.... pastu Si Saadom tu kan bukak kedai nasi kandaQ.. papadom dia mak aii.... telan ayaQ liuQ aku... agak out of date la kan baru nak tengok cita tu.. lantak arrrr! hehehehe...

Sapa nak teman aku makan nasik kandaQ malam ni? adoi... penyakit semua ni.. kemarin opis aku ada buat BBQ.. so melantak chicken wings and the kambing cop! sedap wooo! penyakit penyakit n penyakit.. malam ni kalau makan nasik kandaQ lagi nampak gaya kena p check kandungan kolestrol la aku.... tapi penah ke aku kesah? tak kann... hihihih.. tapi semalam ada orang cakap "kena kurangkan makan.. reason: pipi makin gebus".. hah? tak gheti-gheti lagi?

Expresikan perasaan anda ketika melihat gambar di atas di dlm komen box aku~hihihihi





Tuesday, January 19, 2010

Mencintaimu itu....

Salam...

Tiba-tiba mood jiwang aku jadi 'on'.. ntah la.. aku tak kesah hampa nak komen ke tak... "hampa mesti piley(pilih)"..hehe..

Aku cuba mengarang sebab itu adalah hobi aku... yes, aku harap aku boleh jadi pengarang novel tak lama lagi.. tengok je lah nanti.. arghh.. mak jenin betoi..

Sejarah aku, bila dh lepas mesti la kita panggilnya sebagai sejarah kan? tapi bila terbaca buku "Don't Be Sad" aku rasa sangat meninggalkan kesan yg mendalam.. sebelum ni aku baca buku-buku tazkirah or buku teks susah nak melekat dlm kepala... tapi kali ni, buku tu menjadi buku febret aku stakat ni... kalau nak pinjam boleyy! aku tak kedekut!hehehe..

Alhamdulillah, aku dikurniakan sebuah family yg amat memahami (walaupun kadang2 family seolah musuh sendiri disebabkan hasutan syaitonnnnn!) dan seseorang yg Dia berikan kepadaku sebagai penyejuk hati.. walaupun hubungan kami baru 3 bulan 4 minggu, tapi ia cukup untuk membuatkan aku rasa amat berbeza dgn orang selainnya...

Pengenalan yg diatur family, aku dah serik nak cari sendiri.. sebab yg aku cari semuanya expired! faham tak maksud expired? dah, aku tak berminat nak bercakap pasal orang itu... biarlah orang nak kata aku dan dia masih baru lagi.. kentut pun masih wangi dan bau cam resberry merah.. aku tak kisah! setiap hubungan pasti ada dugaan.. aku berdoa supaya hati aku dibimbing dgn sifat yg tidak suka gelakkan kejatuhan orang...

Dia, kawan kepada abg aku.. abg yg lain bapak dan lain mak.. tapi aku anggap dia sbg seorang yg abg yg aku boleh share hal pakwe makwe dgn dia.. cool kah? boleh laa... dari apa yg aku tau, dia memang ada follow up pasal aku since aku study kat poli lagi... (abg aku cakap okeh!).. patut la abg aku asyik suro aku singgah tempat keja dia... sebab ada orang nak husha aku!chait! perasan la aku ni...hahahah.. then bila aku dah beli keter, abg aku sibuk je suro tukar rim kaler puteh... rupanya dia punya akai.. sebab dia memang suka kaler puteh okeh...

Dipendekkan cerita, aku sangat-sangat 31n74 dia.. kerna? entahlah.. tak dapat aku nak describe one by one.... sedap mata memandang, tenang hati melihat, sejuk telinga mendengar... cukup lah... his taken!

Kalau aku over, mintak maaf sebab enterprem pakwe sendiri.. tapi nak buat mcm mana.. aku menulis di blog aku.. bukan di blog hang okeh!hahahah...

p/s : aku dah taknak orang lain dah!! plzz!!!!!! aku nak dia je... :p

Monday, January 18, 2010

Letih & Penat

Salam....

This week aku tak berpeluang ke Ampang.. maybe dalam fasa inflasi sifar.. so buat keputusan utk lepak dirumah sambil merehatkan mata...wakakakak.. hobi sepanjang zaman tuuu.. tapi rancangan meneruskan hobi tu meleset apabila tiba-tiba black out semasa aku & hazzy berada di kedai makan untuk membaham nasik ayam yg sedap dan murah tu... then balik rumah takde tv, takde kipas so agak tak seronok nak memanjakan mata.....

So, ajak kak ira, ex-housemate p alamanda,tak sangka plak di free.. jalan-jalan cari pakwe.. ups~takde la.. jalan-jalan buang duit... so dah penah jalan.... kunun nak p husha kot2 Adnan rempit masih boleh di terjah.. malang sekali, tinggal single seat je.. takkan aku nak gelak sorang-sorangkan.... so, terjah old dog jelah.. citer dia bagi aku tak best.. tapi boleh tahan.. bukan sebab tak faham.. maybe hero tua kerepot kot... hohohohoh... so, pastu blah balik n tidoq~

------------------------------------

mata dah penat, hati dah letih!! tolonglah!! tolonglah selami hati ini....

nyanyi sket~

"jika kau selam hati ini.. pastinya engkau kan mengerti.. lalalalalal~"

mood jiwang : on!

cam ape??? cam harem...~

Edit Photo Contest!!



Terserempak contest ni dari blog


The Fairy Tale Life wasn't for me




sekadar mencuba nasib dan kreativiti yg tak seberapa ni....hehehe.. byk bebenor penyertaan.. persaingan begitu sengit sekali....

contest ni dianjurkan oleh
Cik Rose




dan syarat-syaratnya adalah seperti
disini


Gambar yg dipertaruhkan!!

Here you go~

poyo gile gambar!!

seronok plak juin contest... sekadar mencuba nasib.. dua gambar telah dipertaruhkan untuk dua contest........huhuhu...

Harap bleh menang ye


Cik Rose
! hihihi..