Wednesday, January 06, 2010

Parasit hati...

Salam..

Di saat aku membilang jam untuk pulang ke rumah dan menikmati Tom Yam yg ditapau di Juara Bangi, aku terbaca sesuatu dari carian google... "parasit hati"...

Maaf, andai bingkisan ini akan mengguris hati sesiapa shj yg membacanya.. dan aku yakin, mungkin tidak ramai yg akan membaca memandangkan karangan aku mengalahkan karangan subjek sejarah exam STPM.. it's okeh..

Parasit hati? siapa? aku, kau, dia? sesiapa saja.. mungkin aku, mungkin kau, dan mungkin dia.. dan sekiranya ada antara kita merasakan kita adalah tergolong dlm golongan parasit hati, lu pikir lah sendiri...

Cinta jangan keterlaluan, benci jangan sekali. Namun berhati-hati itu sangat perlu… pembeza antara sangka baik dan waspada. Sangka baik itu dituntut, waspada itu perlu. Jangan tertipu dengan senyuman. Jangan melulu oleh kemarahan. Sebaik-baiknya aturlah perasaan agar sentiasa di pertengahan. Agar diri sentiasa dalam kawalan. Pintalah hidayah, pohonlah taufik, untuk mencari kesetiaan dalam amukkan badai kemunafikan...

Maaf, kiranya bingkisan ini tidak sealiran dengan aku. Aku buat posting ni untuk peringatan aku sendiri supaya "parasit hati" ini tidak datang dari hati aku sendiri!

Aku bukan sesiapa nak menulis tentang watak hitam dalam kelompok manusia seperti dia.. pandai berkata-kata dan menipu dengan lagak yang tak mampu diketahui sesiapa. Dengan ilmu dan pengalaman yg secebis ini, aku cuba bermonolog dgn hati aku yg hampir basi... Entahla... tensi.. yup, sangat tensi.. kenapa? mungkin aku tidak melaksanakan ini :

1. Solat berjemaah.
2. Sentiasa berzikir.
3. Berdamping dengan Al Quran.
4. Melazimi taubat dan berselawat.
5. Sering bersedekah.

Jika yang melakukan kejahatan itu sijahil, kau ingatkan diri mu bahawa dia melakukannya kerana tidak tahu. Sebaliknya jika kau melakukan kejahatan, kau melakukannya dengan ilmu, dalam sedar, dalam tahu. Oleh itu dosa mu adalah terlalu. Takutilah parasit hati… Jangan parasit itu datang dari hati aku sendiri!

Ya, mana mungkin air taik akan membersihkan taik? Mana mungkin satu keburukan dihapuskan oleh satu keburukan yang lain?

p/s : anggap lah ini pesanan dari seorang kawan....