Thursday, April 08, 2010

Hukum mengaibkan orang lain....

dibalas oleh: (ustaz/ustazah) Mohd Yusnaidi Bin Md. Sabri

Asalamualaikum.
Islam agama mulia. Allah tidak suka orang-orang Islam membuka aib orang lain. Nabi s.a.w. bersabda mafhumnya, "Barang siapa membuka aib saudaranya, Allah akan membuka aibnya di akhirat". Allah juga menjelaskan supaya orang Islam menjauhi daripada pra-sangka buruk dan mengaibkan orang lain. Firman Allah, "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakkan dari pra-sangka, sesungguhnya pra-sangka itu adalah dosa...(Surah Al-Hujurat, ayat 12). Oleh itu mengaibkan orang lain adalah haram dan berdosa
.”

Bagi aku, seseorang yang telah mati hatinya terhadap hukum Allah pastinya tidak takut dengan firman Allah dan sabda Rasulullah ini.. malah, mereka akan terus tersenyum dengan perbuatan mazmumah mereka itu….

Maksud Mazmumah : Membuat kejahatan untuk mendapatkan keuntungan

Contoh situasi : “Mengaibkan orang lain untuk menunjukkan dia seorang yg baik dan menutup mata orang sekeliling terhadap keburukannya sendiri”

sikap suka mengaipkan orang lain adalah sikap mazmumah yang menjadi punca hati tidak bahagia.

Hasad dengki - amalanya ‘hangus’ akibat hasad dengkinya itu kerana ia beranggapan memiliki sifat ketuhanan.

****************************

Semoga apa yang dikongsikan ini menjadi satu panduan hidup kepada kita semua. Orang yang berusaha untuk menjadi yg terbaik adalah lebih baik dari orang yang beranggapan dirinya “aku tetap aku”

“Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan mereka berusaha utk mengubahnya sendiri”

-Wallahu’alam-

3 comments:

Cahayamylife said...

macam mana pulak kalau yang macam video2 klip orang kene tangkap khalwat?
Mereka saksikan video tu berulang kali.Dan acapkali mengutuk si pelaku2 di dalam video tu setiap kali saksikan video tu.Tu rasanya dah tak kena konsep mencegah tapi lebih kepada mengaibkan. Sedangkan orang tu secara positifnye mereka yang melakukan khalwat tu telah berubah.Bagaimana? Apa pandangan anda?

Anonymous said...

kak norhayati: saya setuju...terlalu banyak video klip tangkap khalwat disebarkan..kalau mukanye dorang blurrkan xpela..ini, nmpak dengn jelas wajah2 pelaku...apa pula hukumnya..? bukankah tindakan ini sama seperti mengaibkan pelaku..?subhAllah..marilah kita sama2 mencegah ia dari berleluasa..

norZAiDi said...

kalau macam tu, orang yang menyebarkan tu berdosa la. yang merakam tu pon dosa jugak. yang tangkap kan ramai. kadang2 lebih dari 4 orang. kenapa perlu rekod lagi. kan?