Wednesday, April 21, 2010

Kamu ada suara hati?


Salam..

Rasanya dah lama aku tak mengarang ala-ala cerpen pendek siap dgn metafora, monolog and segala lagi bahasa sastera lain kan.. entahla, sejak duamenjak ni aku rasa mood dah tinggal 10%. sebab enggak tau la mengapa.

Kamu ada suara hati tak? aku ada... dulu aku tak penah sedar pon suara hati ni ada. setakat baca dalam novel "suara hatinya berkata-kata" aku ingatkan saja nak sedapkan cerita. tapi sebenarnya tidak. sejak kebelakangan ini, aku selalu 'rasa' suara hati aku. selalunya suara kita tak boleh rasa. kita cuma boleh dengar. tapi suara hati bukan cam suara yang berunsur bunyi ye.. kita cuma dapat rasa. kenapa aku cakap aku dapat rasa?

Aku bukan nak buat cerita dogeng mat jenin ke hape.. tapi benda ni betul terjadi. kadang-kadang bila perasaan marah aku membuak-buak dan darah tinggi aku mula naik (heheheheh) aku rasa kat mulut ni nak je keluar maki hamun, mencarut, herdik orang yang aku marah tu. tapi sekarang, suara ati aku akan cakap "tak payah la yani, nanti burukkan keadaan. juz let it be..." itu yang aku rasa dan aku pun terus tak jadi marah.. eheheheheh....

Best bila dapat rasa suara hati macam ni. sekurangnya kita tak cepat buat keputusan yang memburukkan keadaan...

Anda pula bagaimana?? huuuu....

Nota kaki : mungkin penulis sedang melalui fasa-fasa perubahan positif dalam hidupnya...ngeee..

No comments: