Tuesday, October 27, 2009

Petua Menambat Hati Isteri...

  • bertanya secara khusus mengenai kegiata isteri sepanjang hari.
  • Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesaikan masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
  • Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian berkualiti terhadap isteri.
  • Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah. (bestnya lau dipujuk camni...hihihi..)
  • Tolong masak atau ajak makan di luar sekali-sekala.
  • Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya)
  • Pujuk bila isteri marah atau kecil hati. (Penting untuk aku..hihi)
  • Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
  • Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bertindak atau bergerak. (bg masa untuk sy make-up..hihi)
  • Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefom rumah. (sebab sy tunggu awak kat rumah)
  • Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
  • Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.
  • Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
  • Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.
  • Apabila hendak keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
  • Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.
  • Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari. (so sweet..)
  • Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, atau sekadar ingin memberitahu “AKU CINTA PADAMU”.. ( i like...)
  • Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari. (sukaaa....)
  • Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.
  • Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.
  • Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.
  • Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.
  • Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali-sekala.
  • Sentiasa lakukan ibadah bersama.(solat berjemaah jum..)
  • Jika “outstation”, telefon isteri beritahu nombor telefon tempat penginapan dan beritahu anda sudah selamat sampai.
  • Sentiasa kemas dan wangi sebelum masuk tidur bersama.(namau bau rokok k..hihi..)
  • Urut belakang isteri sekali-sekala.(urut jgn tak urut naa)
  • Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
  • Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.
  • Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan. (ini tips penting ni..mesti buat..ehehe)
  • Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan. (mesti buat tau..)
  • Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.
  • Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa. Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di khalayak ramai.
  • Lebihkan isteri dari anak-anak. (penting...)
  • Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda. (betul.....)
  • Seeloknya masuk tidur serentak. (mesti...)
  • Belai isteri sebelum pergi kerja.
  • Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.
  • Cari masa untuk berdua-duaan sekali-sekala.
  • Lakukan riadah bersama isteri.
  • Bawa isteri pergi berkelah sekali-sekala.
  • Tolong cuci atau jemur pakaian sekali-sekala. (tolong ye abg..)

Nota Kaki : Selamat belajar!...hihihih

No comments: