Wednesday, July 27, 2011

Baju hero papa...

Hujan dan redup.. betul boring buat aku nak tidoq saja.. bos pulak outstation. kalau bilik bos aku ada sofa panjang macam bilik bos aku yg dulu, mesti dah jadi pot beradu..hahaha.. nasib la.

Since peknen, kaki aku selalu krem masa tengah tido. salah mengeliat je mesti kejong. kurang kalsium ke? mungkin. kesian anak aku dapat mak macam aku. ubat memang perkara paling tak di minati.. tak consisten langsung pemakanan suplement semasa mengandung. hopefully, baby sihat dan kuat hendaknya. apa boleh buat, aku tak boleh nak menahan loga kalau terbau ubat.

Semalam, alang-alang si suami bercuti boleh la aku ajak dia p queensbay mall. nak jayajusco la.. saja cuci mata baju baby kan. sebenarnya aku dah beli dah baju baby tru online blogshop. sangat cute. rasa aneh sangat bila ada baju kecik dlm rumah aku tu... so aku mms la si suami haritu "baju hero papa" hahaha... cute!
remote kat tengah tu saja nak tunjuk yg baju tu sebenarnya mmg cinonet... 
Semalam pulak hasih shopingan aku dan si suami, cuma dapat 2 pasang baju warna putih suci dan dua pasang mitten and bootee pun kaler puteh.. 

Ikut je lah kehendak si papa yang nak anak dia pakai serba puteh masa dalam pantang nanti kan. itu je yang aku baru beli. lagipun masih baru. baru 22w...... anyway, saja nak share hasil scan 4D putera kecil dalam perut haritu.. kecik lagi.. belum chubby doc cakap... tapi dia malu.................
berapa hari aku keciwi tok som tido dgn pict ni.... first baby kot mmg ada perangai macam ni. orang lain tak tahu la... bukan aku je. aku rasa si papa pon macam control macho je padahal dia nk je tenung lama2 pict anak dia. tapi malu-malu sebab si bini suka gelak2 kan dia... hehehehe...

Indah masa mengandung? yes, memang indah ada si kecik menendang, mengeliat n main macam-macam dalam perot.. tapi tenaga agak menurun bila mengendung sesuatu ni. biasala tu. aku kena biasakan. nanti nak beranak lagi kan! hahahaha..

Kena produce anak yg banyak since aku anak tunggal.. tak nak hidup kesunyian dan kesepian seperti diri sendiri..... wekkk......

No comments: