Monday, July 26, 2010

Kad kaweh the crock hunter...

Assalamualaikum....
Mulakan hari isnin dengan senyuman yg manis seperti tapai. InsyaAllah hari-hari anda akan tenang. dah ganti posa belum? aku tengah ganti untuk harini.. ehehehe..

Apa yang aku buat masa weekend ni? ok, aku berdating dengan housemate pada hari Sabtu tu. ke Alamanda. mula tu nak ke The Mines, tapi terasa malas teramat lak. so decide la nak p ke Alamanda menghabiskan duit. Beli kasut raya.. konon... padahal beli kasut baru bukan utk raya pon. skrg baru aku tau kaki aku ni tak sesuai dengan kasut vincci n nose ok. sebab cuttingnya agak kecik molek lau nak dibandingkan dengan kaki big foot seperti ku. so aku akan tukar jenama kasut kegemaran selepas ni. sabtu aritu aku grap Le Sandee...... glamer tak brand ni? tak pon... tapi cukup untuk merabakkan poket ye....

Itu lah hakikat percintaan jarak jauh, pertunangan jarak jauh dan selepas ini perkahwinan jarak jauh. selama percintaan jarak jauh aku mampu harunginya, pertunangan jarak jauh pon aku masih mampu lagi. tapi kalau perkahwinan jarak jauh, aku belum pasti. harap-harap aku dapat posting ke kedah secepat mungkin. mintak-mintak JPA tak malas nak proceed permohonan aku tu. sapa ada member di JPA boleh la tolong daku......

Ok, ini baru berkenaan dengan tajuk di atas. ari ahad aku ke PKNS kompleks, bangi je kawan. so aku memang tak bercadang nak ke kahwinku.com ke apa bala yang kad kawennya expensive and elegant. so aku decide nak tempah dgn kiosk2 kad kahwin je.. harga ja lebih murah berbanding dengan kedai yang berdotkom. aku tak kisah lau orang nak cakap "alar, biasa ja kenduri dia...." yes, memang aku rancangkan kenduri yang biasa. aku bukan anak datuk. cuma aku bakal isteri kepada bakal datuk je... wakakakakak.. so bagi aku, kehidupan selepas perkahwinan lebih penting.
Kad kahwin aku sebenarnya ada dua kategori. VIP and non-VIP. yang VIP tu harga rm0.80 x 600 keping je.......... dari 600 bahagi dua dengan tunang aku so dapat la sorang 300 saja untuk golongan VIP di mana akan di berikan kepada kawan-kawan terdekat dan warga pejabat aku sahaja. yang non-VIP aku design sendiri guna photoshop cs3 dan di photostat atas kertas warna sahaja. kedekut kah? tidak.......... buat pe nak buat kad kahwin yang berhardcover semua akhirnya orang akan campak je. tak semua yang nak hargai pemberian seperti itu termasuk aku..........


Itu formnya, dan kad berhotstamping memang sangat2 aku minat simple and nice2 gitu.. kan? bagi aku la... cantik itu subjektif. yang mana kad aku? maybe di antara kad itu tapi yang mana 1 tunggu jelah....

Part emosional : semasa isi form ada ruang untuk "Nama Bapa Pengantin Perempuan" so aku rasa sangat tak best sebab aku perlu isi nama orang lain tapi bukan nama bapa. sampaikan pakcik tu terkejut sebab aku cakap nak isi dengan nama nenek (org kedah panggil tok) aku. so, aku explain cakap sy tinggal dengan tok saya since kecik and ayah dah takde... so conversation btw aku and tukang jual tu amatlah smooth sekali sebab dia pon orang kedah jugak.. ehehehe. semalam aku berseorangan je.. tak di temankan sesapa. padahal orang yang singgah di situ kebanyakkannya bercouple. apa boleh buat, aku mesti terima keadaan ini seadanya walaupun hati tak sedap.. mungkin sekarang perkongsian segalanya agak terbatas. mana tahu esok-esok semuanya akan menjadi serba warna-warni... wekkkk~

Kalau ikutkan tunang aku, dia cuma nak yg rm0.60 without hotstamping. so di sebabkan aku nak sangat hotstamping, kos tambahan 20sen aku akan kumpul menggunakan menda alah  ni.... cute tak?hihihih..

Ni contoh kad yang aku design untuk di photostat...ehehehe.. black and white je okeh..
Sape yang berminat nak aku designkan kad korang leh la....kehkehkeh..

 Demikianlah entry panjang berjela... baca jgn sampai mutah tau....

2 comments:

Aty Fared said...

kaLo teror i pon nak wat sendiri kat kawen macam u..!! tapi..tangan i kayu...huhu.. yup betul.. i sendiri tak sediakan bajet yang besar tuk kad kawen..sebab..?? membazir..nantik derang buang jugak..!!! okeh..sume ade pendapat sendiri.. tapi..tuk i yang bajet ala2 kadar ni.. alangkah bagusnyer kaLo ley wat sendiri... :)

|Liyan| said...

aty, memang la tapi lau design sendiri takut nak print pulak costnye mahal sebab kaler bagai kan..huhuhuh..byk pro n con...