Thursday, July 22, 2010

Berkongsi wang hantaran...

Assalamualaikum.......

Dah lama tak rajin nak update di blog ni sekarang. dun know y.. maybe hormon dah berubah sejak berat badan bertambah lagi......

Semalam aku baru je baca mingguan wanita. cover poster Ayu Raudhah. majalah yang sangat berguna utk di jadikan koleksi timbunan. komen tentang seorang ustazah tentang konsi wang hantaran antara bakal pengantin perempuan dan bakal pengantin lelaki.

Wang hantaran adalah permulaan tanggungjawab oleh seorang lelaki. lagi2 mas kahwin yang di hukumkan sebagai wajib untuk di bayar penuh dan isteri diharuskan tidak mentaati suaminya sekiranya mas kahwin tidak dilangsaikan. tapi untuk zaman sekarang, wang hantaran sangat melambuang dah setanding dgn harga rumah di Kuala Lumpur kan. kadang-kadang aku hairan mana la depa dapat duit. maybe banyak sponsership kot. sedangkan aku tengok tunang aku sangat la berhempas pulas mencari duit untuk hari besar kami. Loan? oh tidak! banyak lagi tanggungan lain untuk di tanggung. anak 10 belum tentu loan tu abis.

"Boleh ke saya tolong buatkan loan untuk tunang demi menampung perbelanjaan kawen kami?"
Membuat loan untuk bakal suami ialah ibarat menggali kubur sendiri. bila dah kawen nanti sifat 'manja' si bakal suami akan terbawa2 hingga ke alam rumah tangga. nanti dia akan cakap "dulu boleh buat loan utk tlg dia cari duit kawen, kenapa sekarang tak boleh bayarkan sewa rumah, bil api, bil ari n segala bil???"....... apa guna berkahwin kalau kehidupan selepas kawen masih macam kehidupan semasa bujang? semua bil dan sewa perlu di share sorang separuh?

Yes, dari situ baru aku tau....  mas kawen dan duit hantaran yang di anggap sebagai hadiah adalah permulaan untuk lelaki itu sejauh mana tahap tanggungjawabnya. kalau tau si lelaki tidak mampu, maybe boleh turunkan nilai wang hantaran. boleh kawteam berdua sahaja kalau tak nak keluarga berasa tak selesa. duit hantaran tu kan hak perempuan..ehehehehehe..tapi mas kawen wajib ok.. jgn nak kurang2.... lagi2 pulak nilai emas tak pernah kurang dari rm100/1gram..

Alahmdulillah sangat..... tunang aku sangat bertanggungjawab setakat ni kalau nak di bandingkan dengan yang sebelumnya. Allah itu Maha Adil kawan-kawan. dia selalu rancangkan yang terbaik untuk ummatnya. jadi, janganlah mengeluh dengan segala kekurangan. kerna, dunia adalah dewan peperiksaan. dan syurga adalah tempat bersenang lenang tanpa dugaan, sakit ati dan kesedihan. InsyaAllah....... (Pesanan untuk diri sendiri jugak)


Tamatlah siri motivasi kita kali ni. wassalam dan selamat beramal........

3 comments:

Hazzy Ishak said...

aku rasa macam nak nikah je, tak ada sanding.hee. tapi mampu kah tengok org lain bersanding tapi aku tidak...
huwaaaaa....

Aty Fared said...

betul lar sumer tu... i nak pinjam u nyer n3 ni letak kat bLog i ley tak..?? nak sharing biar tunang i bace jugak... siyes ni i tanyer...:)

|Liyan| said...

hazzy : sanding tu dah jadi trend.. tapi sebenarnya tak elok sanding... buat pelamin setakat nak amek gambo jelah..hihihi..jgn renjis2...ekekek..

aty : pinjam la aty.. i tak berkira dgn u sebab blog u banyak info..hihihi...