Monday, August 09, 2010

Dugaan Pertunangan:

Assalamualaikum...

Entry yang sangat hot-hot akhir-akhir ni. bagi yang memahami sahaja tau kenapa dan mengapa. kenapa nak letakkan api pada kertas yang ditiup angin. kelak terbakar terkena diri sendiri.

Aku bercakap tentang diri aku sendiri yang diserang secara maya. yes, zaman makin moden. gaduh takde nak tarik-tarik rambut dah sekarang. hahaha. tapi haritu yes, aku sangat hot. hari ni, walaupun perkara dan hal seperti itu masih disebut lagi hingga ke hari ini seolah-olah puncanya adalah berpunca daripada aku, aku rasa aku perlu cool. buat apa aku nak berlawan. takde pekdahnya. biarlah dia nak bercerita atau mengata yang dia sangat baik pada aku. kadang-kadang terfikir apa MOTIF UTAMA dia menulis seperti itu? untuk nak membakar lagi ke? tapi hakikat, aku dan kawan-kawan aku lebih mengetahui. segala yang direka, aku mohon pada tuhan buka kanlah hatinya untuk sedar akan kesilapannya. aku takkan doakan kehancurannya. sebab aku tau Allah itu maha adil. selagi aku redha, aku maafkannya. begitu juga dengan tunangku. biarlah apa yg dituduh, tak mungkin hubungan kami goyang.silap aku juga. sepatutnya aku biarkan saja perkara itu and buat seolah2 aku bolayan. tapi banyak provokasi yg cuba di konfiuskan. itu tak adil bagi aku ye....... and aku patut membela diri.

Dugaan pertunagan bagi aku satu cara utk mengenal diri macam mana nak handle situasi yang akan datang pada alam perkahwinan nanti. macam-macam jenis orang di dunia ini. ada berhati busuk, berhasad dengki, drama queen dan macam-macam lagi. dan aku tak nafikan sesekali ada perasaan ini dalam ati aku. aku tak nak cakap aku terlalu baik dgn orang. sesekali ada jugak sakit atinya. cuma di pendam sahaja tanpa menyerang walaupun keadaannya amat kritikal. kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita buat tu sakitkan ati orang. dan jgn lupa orang juga mampu sakitkan hati kita juga.... jadi aku berhati-hati sekarang nak menulis atau nak becakap takut2 kalau2 orang tak buat taik kat aku, aku buat taik kat orang pulak. aku pernah alami situasi ni. dan apabila tersedar, kalau puncanya dari aku, cepat-cepat aku mohon maaf dan perbaiki keadaan. takut-takut berlarutan nanti tak bau syurga langsung. itu takut. aku juga cuba berhati-hati ketika berbicara takut teraibkan orang atau terfitnah dalam tak sedar. hati-hati...........

Dugaan pertunangan banyak faktornya. antaranya diri sendiri, nafsu, kenalan, kawan, sahabat, keluarga, tempat kerja dan lain-lain. aku cuba untuk tidak mengeluh dengan dugaan ini.

Diri sendiri - kadang-kadang kita akan menjadi panas baran and asyik nak gado je dgn tunang tu. tapi kena cepat2 sedar and boleh repair semua tu. fasa ni aku dah lepas rasanya. ada pon kadang-kadang time nak piyed je....

Nafsu - nafsu ni mahaye. tapi aku jumpa tunang aku sebulan sekali je. harap aku dan dia boleh menahan segala nafsu yang bergelora. lagi jarang jumpa lagi bagus ketika ini.

kenalan - ni orang di sekeliling kita. ini bukan kawan. kita juma kenal je dgn dia. dia boleh buat cerita macam-macam untuk rosakkan hubungan kita.


kawan - kawan ni kita berkawan dgnnya dan tak terlalu rapat. dugaan melalui kawan-kawan contohnya mesej kita atau ajak kita kuar (lelaki)


sahabat : ketika ni aku rasa obses nak jumpa sahabat. bukan jumpa saja. kalau jumpa nak p berkelah, karoke, boling and merayap. ni boleh menghabiskan duit ni..ehehehehe..

keluarga : merancang majlis akan melibatkan keluarga sepenuhnya. mungkin persilisihan pendapat akan berlaku. tapi fasa ni aku dah lepas. sekarang aku cuma wait n nikah je. boleh?hohoh..

tempat kerja : dugaannya aku rasa tak nak kerja di sini lagi. teringin nak cari suasana lain such as posting ke kedah ke.....huhuhuh.. tak semangat dah nak datang opis semenjak dua menjak ni....... maybe ini seketika. nanti ok balik kot.


lain-lain - untuk bakal pengantin, ketika ini ramai lelaki akan terpikat pada anda. sebab time ni muka manis n berseri-seri orang tua-tua cakap. ini dugaan berat. pandai2 la nak handel. jgn buat kerek reject orang terang-terang mcm kita ni cantik sangat ok. kita terus terang lah kita dah bertunang and terima dia sebagai kawan. cukup. lagi bagus bawak tunang berkenalan dgn kawan baru kita tu.. mithali betul aku ni!hohohoh..


_______________________________________
masih wujud lagi entry panjang berjela di blog ni. kira bagus la tu kan. jgn disebabkan anasir, aku tak semangat nak buat apa-apa. nasihat : let' it be......
Weekend lepas, dari nothern dia datang ke central utk berjumpa dgn buah hati pengarang jantung. yes, cinta jarak jauh ni bagus. tapi perkahwinan jarak jauh tak bagus la.. ehehe..
dari KL ~ PD ~ Melaka ~ KL
penat, tapi masa itu berkualiti kalau berjumpa sebulan sekali. banyak sangat gambar. but no need to show off.. hehe.

No comments: