Thursday, August 12, 2010

Kenangan itu indah kalau di ingatkan.....

Assalamualaikum.... (jgn lupa jawab salam)

2 Ramadhan 1431H... 1 Ramadhan yg dinanti haritu dah pergi menginggalkan kita. setahun lagi baru nak jumpa balik. itupun kalau di panjangkan umur. dan mungkin ketika itu aku sudah berada di sisi si dia tersayang untuk makan dan berbuka bersama.. aminnn.... doakan aku ye.. tak nak hadapi perkahwinan jarak jauh...huhuhuh...

Tadi tengah drive balik dari merayap di sebabkan opis aku black out, tiba-tiba tersenyum sorang cam orang gila meroyan. teringat pertama kali terpandang wajah lelaki ini.. dari tepi sebelah kirinya. aku di dapur ketika tu membasuh pinggan mangkuk selepas tetamu pulang pada hari raya ke-2. Si dia kawan kepada abang aku. nak berkenalan dengan adik kawannya yang baru sahaja kecewa bercinta dengan orang yang salah di saat genting. dalam hati "hensemnya...." (hensem itu subjektif ok).... bapak sedara aku "pak ndak tengok muncung kereta dia pun pak ndak dah berkenan. kalau tak jadi yang ni pak ndak tak mau p kenuri ang".. sampai begitu hukuman yang bapak sedara aku bagi. aku "kita bekenan kat orang. orang entah bekenan tak dengan kita ni".. ayat pasrah..

Aku tak pernah kenal dia sebelum ni, tapi dia kenal aku melalui abg aku sejak aku masih blajar lagi. masa ni aku bergelut dengan family kerana di suruh tukar pakai baju kurung dan bawak air hantar padanya. rasa macam drama tv pulak. nak tak nak sebagai anak mithali kena la tukar baju.. ecehhh...... masa p anto air rambut aku terlalu panjang di depan. masa tunjuk tu rambut tutup muka (dia cakap) so tak nampak la muka aku yg cute miut ni. ahaha..

Malam tu, aku ingat dia dah balik. pastu abang aku mesej cakap sidia nak jumpa aku, tapi ditemani oleh abang aku. kami bertemu dan bertentang mata buat kali pertama di Old Town White Coffe Jalan Kancut Alor Star. masa tu "Abg sham, adik segan la.... orang dah la low profile je..." abg aku tak kesah langsung aku cakap camtu. dia jalan menuju je ke arah si dia. then aku duduk bertentangan dgn dia. sidia masa tu eksen giler muka sambil mengadap note booknya. aku ni ngadap hp je malu..... aku sempat bersembang dgn dia bila abg aku bangun dari tempat duduk n menjawab phone. masa tu mula la sesi temubual aku dan dia... bla bla bla bla......

Dan dipendekkan cerita, masa nak balik abg aku tanya, "dia tak mintak no fon?" aku geleng n cakap "dia tak suka adik kot".. abg aku pun diam. dia tertinggal baju di rumah aku. so, abg aku bawak sekali untuk bagi pada si dia. aku pulak di suruh hulurkan baju tu pada sidia. dah la tak kenal! aku tak nak. tapi di paksa oleh abg aku pulak..... so bagi jelah. dan ketika itu masa dia nak ambik baju mula lagi drama tv di dalam hati aku sendiri. berdebar sehh.. tak caye?? betul tak tipu........  then lepas tu aku nak masuk keter dia panggil and hulurkan business card.. aku tensi sebab aku takde business card "sorry, sy takde business card..." dia sengih "takpa, nanti apa2 contact lah"..... dalam ati aku "(ceh, aku lak nak kena cari dia... aku kan pompuan...."(aku ego)... aku masuk keter n bagitau abang aku dia bagi card. abg aku cakap ok la tu...

Aku pun tak ingat aku contact dia selepas berapa hari. tapi yang pasti bukan haritu gak aku contact dia. mula-mula kena jual mahal dulu k.. ehehehe...dalam masa aku tak contact dia, sibuk je suro abg aku mesej n tanya aku tak suka dia ke......... depan cam kerek je.. belakangggggggg!!! aku ja tau..eheheh.. love u~


Hasilnya~


dan bermula dari pertemuaan itu, kami bersama-sama menghitung hari untuk bersama. sorang di kedah dan sorang di bangi.. jauh.. jumpa sebulan sekali ja.. kawen nanti camne? tak tau lagi...huhuhuh..

No comments: