Thursday, August 12, 2010

Perkara-perkara kecil untuk menjalinkan kemesraan berpanjangan antara suami dan isteri

Orang selalu mengingatkan tentang perkara - perkara kecil yang perlu dilakukan untuk menjalin kemesraan yang berpanjangan antara suami isteri.

Berikut ialah perkara kecil yang boleh dilakukan untuk menumbuhkan rasa kasih mesra berpanjangan antara suami isteri :

- BERCAKAP seperti sedang dilamun cinta.
Pasti isteri akan bahagia apabila mendengar nada suara suami yang sentiasa tenang dan penuh kasih. Dan, tentu sekali bernada tegas dalam keadaan tertentu. Dalam suasana seperti ini, mudahlah untuk menyelesaikan apa juga masalah, selain menjadikan hubungan terus harmoni.


- BERCUMBU layaknya mabuk asmara.
Pada malam hari atau waktu yang sesuai tak kira sesibuk mana, ambil waktu seketika untuk bercumbu mesra dengan perlahan tapi mendalam. Luahkan kasih melalui cumbu rayu, seperti anda mahu menyatakan bahawa anda sangat menyintainya.


- Selalu nyatakan PENGHARGAAN.
Ungkapan terima kasih kepada isteri umpamanya mungkin dianggap hal remeh. Walhal ia boleh mendorong pasangan untuk lebih rela melakukan banyak lagi pekerjaan. Apa juga hal kecil yang dilakukan oleh suami atau isteri, hargailah dahulu dengan ucapan teruima kasih.


- Ketika tidak bersama, luanglah waktu untuk MENELEFON, SMS atau BERBALAS E-MEL. Berbalas e-mel nakal kadangkala juga berkesan untuk menghangatkan hubungan.


- PELUKAN di pagi hari.
Cara terbaik untuk memulakan hari anda ialah dengan pelukan yang nyaman. Sambutlah pagi hari dengan pelukan dan senyuman disusuli ucapan syukur dan ungkapan kasih sayang. Pastinya keintiman di awal pagi ini akan diingati sepanjang hari.


- Saling MENGGODA.
Sewaktu bercinta dahulu mahupun semasa awal perkahwinan biasanya pasangan akan saling menggoda. Tetapi mengapa kebiasaan yang membahagianakn  itu dihentikan selepas punya anak atau cucu ? Hubungan seharus terus diceriakan dengan godaan - godaan dan canda yang berpatutan.


Sebenarnya banyak lagi perkara kecil  yang boleh dilakukan untuk mengukuhkan lagi ikatan suami isteri. Asasnya ialah pasangan harus menjadikan hal - hal kecil itu satu kebiasaan.


Cubalah :-)


Credit to : nuranilelaki@yahoo.com

No comments: