Monday, March 01, 2010

Adakah Allah sedang tunjukkan aku sesuatu?


Adakah Allah sedang tunjukkan aku sesuatu? Sebenarnya aku sikitpun tak mau ada perasaan ni sejak aku dah sangat sakit hati dgn lelaki durjana itu. Tapi semalam perasaan ni datang lagi. Kenapa pekara macam ni nak ganggu aku? Atau aku dalam keadaan yang emosinya tidak stabil disebabkan peneman setiaku setiap bulan?

Betul ke manusia diajar menghargai setelah kehilangan? Aku rasa sangat betul. Bila ada di depan mata, semuanya tak kena kan. Bila dah takdak? Entahlah, maybe jugak bila takdak tak rasa apa-apa pon bila mata dihiasi dgn pelbagai pilihan kan. Atau semua ni adalah salah satu dugaan di alam ini dalam melangkah ke hari itu? Entahlah. Aku dah bosan la ada perasaan macam ni. Semak kepala hotak.

Aku cuma berharap supaya aku tidak tersilap langkah lagi seperti sebelum ni. Aku amat berharap apa yang aku rancang berjalan mengikut perancangan yang betul.

Amat susah untuk aku mengawal perasaan sakit hati dan kecil hati. Tapi demi menjaga sesuatu hubungan, aku diamkan dan biarkan orang lain berasa selesa apabila mengetahui “im okay..”

Kadang-kadang berterus terang tu amat menyakitkan. Betul?

1 comment:

Hazzy Ishak said...

wey..kenapa ni?
durjana mana?