Monday, March 08, 2010

Teknologi Punca penyakit....


Teknologi Zaman sekarang ni memang sangat pesat bukan? Ye, aku baru je balik dari bekpes dgn golongan ‘besar’ dari aku. Bila duduk semeja dengan pegawai ni, baru la otak aku mula berkembang tentang kenapa teknologi penyebab penyakit.

Aku bukan researcher, tapi aku bekerja bersama researcher. Ditambahkan lagi aku di bahagian polimer. Polimer ialah plastic yg buat botol air mineral, polistrin, tapak kasut korang dan macam-macam lagi darling.


Botol air mineral : botol ni tidak boleh diulang pakai okeh. Tambahan lagi kalau botol tu hasil daripada bahan-bahan recycle. Ia ialah penyebab cancer. dan botol tu hanya boleh digunakan sekali sahaja. pastu buang dalam tong sampah 3 warna ok..ehehehe. Botol ni akan cepat mengeluarkan penyebab cancer kalau korang masukkan air yg terlalu panas dan terlalu sejuk. Kalau suhu bilik masih boleh. Tapi risikonya tetap ada. Botol mineral yg berisi air dan ditinggalkan di dalam kereta semalaman juga tidak elok diminum dan punca cancer juga. Elok buang je atau isi je dalam radiator.. ehehehe..



Minyak masak : sekiranya korang seorang yg pentingkan kasihatan daripada duit, eloklah korang pakai minyak masak tu sekali goreng sahaja. jgn recycle. Sebab dia menyebabkan chemical radiation ye… dan kalau boleh sediakan minyak masak cap buruh dan minyak masak cap jagung kat rumah. Minyak masak cap buruh khas kan untuk menggoreng ikan/ayam. Dan minyak cap jagung untuk masak makanan seperti sayur, kari, gulai n so on yang memerlukan minyak tu masuk terus ke dalam perut kita…. (betul ke ayat aku ni?)heheheh.. minyak masak terpakai adalah punca darah tinggi ye..



Sayur : pilihlan sayur yg permukaannya tak lawa. Kerna itu lebih kurang bahan kimia yg ditabur padanya… sayur organic adalah yg terbaik.. lagi elok kalau korang tengok sayur yg harganya mahal. Itu adalah yang terbaik.

Sekarang ni, semuanya punca penyakit. Apa salahnya kita cuba elakkan apa yg kita tahu kan. Yes, sharing is loving………….

Penyakit cancer : sebenarnya penyakit ni tiada ubatnya… ubat yg Doctor bagi tu cuma untuk melambatkan pembiakan sel cancer tu sahaja.. so, mencegah lebih baik dari mengubati rite?

Sumber gambar : Pakcik google

2 comments:

Hazzy Ishak said...

hoyeaahhhh!
rajin2 lah masak kat umah ye

Mohd Ahmad Ferk said...

tangan ibu je yg mengoncang dunia.
ayah ade ke?
hehehe!