Tuesday, March 23, 2010

Kisah aku masa balik kampung weekend baru ni...

Salam..


Yeah! Aku baru masuk opis arini.. semalam masih di dalam bus dalam perjalanan pulang ke perantauan…ehehehe.. well, seperti biasa bila aku balik kampung aku akan rasa meluat nak balik KL semula! Dan bila aku balik KL, aku rasa sayang duit nak balik Kedah..ahahah..


Memandangkan Kak Shima belum publish kek shantek aku di blognya, aku telak mengkopi pict2 kek tu dari facebooknya…hahahaha.. jgn maghah kak!


Aku telah menyusahkan Kak Shima untuk hari sabtu lepas. Dah tu suruh tunggu lama plak masa nak p amek kek. Sori kak!


Untuk hampa kat luar sana yg minat dgn kek-kek yg penah aku order, boleh order dgn Kak Shima ye.. bila korang dah start berurusan dgn dia, korang akan rasa dia macam darah daging korang.. tak caya? Try tengok!! (ni bukan cobaan membodek okeh!)hahahhaha


Jum kita tengok kek yang penuh dgn bunga kegemaran aku.. selama aku hidup 23 tahun yang belum betul2 cukup ni, Cuma mak saja yg bagi bunga kat aku. Masa convo aku.. tapi tu siap ugut “mak kalau tak bagi bunga masa yani kluaq dewan satgi yani tiyak?” hahaha.. and mak aku terpaksa la beli dia takut budak besaq gajah ni tiyak kat depan dewan..hihi.


Ni lah kek itu… cantik kan? Yes, sangat cute sampaikan aku rasa taknak bagi orang makan.. tapi kek ni aku tukar dgn ‘abg’ aku.. boleh ke aku panggil ‘abg’? sebelum ni aku panggil ‘pakcik’.. nanti cepat plak berkedut muka dia…hihihihi…



Bulat : Dari aku…

Love : Dari ‘abg’..hihihiii


~Tamat setakat itu. Aku sememangnya tak mau nak panjangkan cerita kek berkenaan…~

Kek ni dari dalam, sampai luaq adalah sama.. cuma bentuknnya saja yg berbeza.. alasan? biaq dia dan aku dapat rasa benda yg sama.. adil dan saksama..



1 comment:

Mohd Ahmad Ferk said...

power gak abg ko main bowling..
bleh ajar aku lepas nie..
;)