Thursday, February 11, 2010

Anggapan!

Salam..

Hampir setiap hari, blog ni mesti ada entry baru walaupun tak sebaru mana.. sampaikan ada yg cakap "p ofis dok depan computer, menaip ja.. cukup time balik".. senang kan orang beranggapan sampai sebegitu rupa... dah hakikatnya kerja aku memang duduk di depan computer.. bukan di tapak binaan atau di depan mesin-mesin utk gerakkan kerja... tapi tak semestinya sepanjang masa aku cuma mengadap saja computer ni dan kerja aku makan gaji buta hari-hari.......

Susahkan nak buat orang faham kerja kita? memang susah.. tak semua faham apa yg aku buat kat ofis ni.. letak ja CCTV dan baru depa tau aku buat kat ofis ni selain berblogging or blogwalking or farmville..... banyak lagi tugas yg aku buat selain bukan tugas rasmi seorang PA... tapi perlu ke aku bagitau satu persatu utk buat orang tak beranggapan yg PA macam aku ni cuma goyang kaki kat opis.. perlu ke aku bagitau semua orang yg aku tengah mengarang surat, tengah update surat, tengah lupus file, tengah cari surat bos dalam file yg bertimbun... perlu ke???

Itu bab kerja orang susahnak faham.. kalau bab hati dan perasaan? bukan senang jugak.. kadang-kadang apa yg kita cakap pon orang boleh salah faham. kita bagitau keadaan dikatanya kita gelabah or kalut..... susahnya... kadang-kadang rasa sakit ati.. tapi pendam jelah.. nanti burukkan keadaan pulak kalau kita suarakan rasa tak puas ati tu.. biar berkudis di dlm takpa.. asalkan pihak kedua or ketiga tak terasa ati..

Nota kaki : jangan mudah buat anggapan yg saya ni cuma mai ofis goyang kaki dan duduk kat atas kerusi.. dan sekiranya bagi alasan 'penat' akan buat orang ketawa saja... come on la.. kerja kita tak menentu tau... saya rasa kamu patut fikirkan dahulu sebelum mengeluarkan apa-apa statement kerna ada ketikanya ada hati yg terguris dgn gurauan yang tak sepatutnya.. bukan bermaksud saya bukan golongan yg tak boleh bergurau.. nope, im not introvert.. tapi ada kalanya hati ni tak dapat menerima gurauan yg sinis tu... yes, saya tak nafikan ada kalanya memang saya langsung tak ada kerja.. tapi BUKAN SETIAP HARI!

1 comment:

Hazzy Ishak said...

wey bahagian aku jangan lupa...haha